Thursday, April 8, 2010

Makaroni goreng sedap Cik omie

gambar ihsan pokcik gugel




Hari ni tekak tiba2 jer teringin nak makan makaroni goreng peberet aku. Dah lama dah x buat kan, jadiknya aku merajinkan diri la tghari tadi gi kedai cari bahan2nya. Mula2 aku gi kat kedai mamak BM Mohammad ( ceh...cam promote lak ), pusing2 satu kedai, tp jumpa tomato puree jer, yg lain x de pulak dah abis katanya. Gi la plak kat kedai acheh tu kedai runcit Nordin ( promote lg)pusing2 jumpa makaroni dgn cendawan je. Pas tu gi plak kat kedai Iwani ( promote lg...ngeh..ngeh..ngeh..) jumpa la daging kisar dan barang2 yg lain...haa..dah complete dah...jom masak plak..

Bahan2 nya :-


1 peket makaroni ( rebus sampai empuk)
bawang besar 1 biji ( dicicang )
cili kisar 4 sudu ( sori, yg nak mkn ni tekak melayu ) x nak pun x pe
daging kisar 400 gm
tomato puree 1 tin sedang
tomato sos 3 sudu makan
kiub ayam1 ketul
hotdog ( potong nipis )
carrot ( potong ikut suka )
cendawan butang dlm tin
daun sup/bawang.

cara2 nak masak:-

1:)  tumis bawang besar sampai naik bau, masukkan cili giling, masak sampai naik minyak.

2:) bila cili dah masak, masukkan daging kisar, biar sampai air daging dah keluar baru masukkan tomato puree.


3:)  kemudian masukkan tomato sos dan kiub ayam, masak sebentar. pas tu masukkan carrot, cendawan dan hotdog tadi.

4): kalau nmpk cam kering sngt masukkan air sedikit, biar masak dan mendidih baru masukkan garam dan perasa.

5:) masukkan makaroni yg dah direbus td, gaul sebati dan biar seketika atas dapur. rasa garam, klu dah ok blh la tutup api dan hidangkan. jgn lupa tabur daun sup/bawang. siapp.....jom kita makan......la..la..la..la..la..

resepi ni aku dpt dr puan cah atid

11 comments:

butterfly said...

sedap... tengah lapar ni.

hani said...

cam sedap je..tak penah mkn la pula he3..

Dayung Serian said...

gulppp!!! cam sedapp jer:)

Normi Ali said...

butterfly :) mmg sodap......dijamin..

hani:) cuba laa....sedap

Dayung:) buat laa.....pasti nak lg...

neodmarco said...

wew..boleh try nanti ni.

ina mail said...

saya tak pernah masak makaroni.nak cubalah.pernah tengok kawan bawak kat opis, tapi dia buat jadi hancur sangat kenapa ye?

Normi Ali said...

ina mail :) makaroni tu hancur sbb dia rebus lama sngt kot, klu rebus sampai lembik mmg gerenti hancur...klu nak mkn dgn spagetti pun boleh tp jgn campurkan kuah tu, asingkan, bila nak makan baru taruh atas spagetti.....selamat mencuba ye...

DALILA MISMAN said...

sodapnya tengok makaroni..tgh2 ari tgk,tiba2 rasa lapar....

Normi Ali said...

Dalila Misman :)buat le cik Dalila...senang jer nak buat dan cepat kenyang kalo makan makarono ni :)

FLORA said...

NICE BLOG...........INTERESTING,,,,,,,I LIKE IT.........

qellissa said...

sedap sgt, suka mkn makaroni goreng, tp x reti nk masak..thanks for the recipe..leh try ar pasni...hihihi

Autolink