Thursday, April 8, 2010

Azean minta menteri campur tangan ..apa kes mokcik oiiii....

credit to BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Pelakon, Azean Irdawaty meminta campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam menyelesaikan kes anaknya, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 32, yang kini ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah Langkah Pencegahan Khas) 1985.




Azean berkata, beliau tidak berpuas hati selagi tidak mendengar sendiri penjelasan berhubung kes itu oleh menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, malah akan terus menyalahkan polis.
 
“Kak Yan berharap sangat menteri terbabit sudi meluangkan sedikit masa bersemuka untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku. Kak Yan sudah buntu dan kesihatan pun mula terganggu mengenangkan nasibnya (Benjy) di penjara.
 
“Jika boleh, Kak Yan mahu menteri campur tangan dalam hal ini kerana naluri keibuan Kak Yan tetap berasakan Benjy tidak bersalah. Sebaliknya, Benjy teraniaya dan mungkin dijadikan alat bagi menutup kegiatan orang lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.




Azean turut meminta pihak media tidak mengganggunya dengan bertanyakan pelbagai soalan berkaitan kes anak sulungnya itu kerana mahu berehat, lebih-lebih lagi beliau masih dalam proses pemulihan penyakit kanser dihidapinya.



“Cukuplah... Kak Yan sudah letih. Sejak semalam selepas polis mengadakan sidang akhbar, Kak Yan menerima panggilan tanpa henti bertanyakan soalan yang sama mengenai kesahihan apa yang dimaklumkan pihak polis.



“Kak Yan tidak berdaya dan terlalu penat memikirkan kejadian yang menimpa Benjy. Sudah hampir sebulan Kak Yan tidak boleh tidur lena sehingga terjatuh dari tangga malam tadi akibat tubuh terlalu lemah,” katanya.

Kelmarin, polis mendedahkan Benjy dipercayai mempelajari teknik membuat syabu menerusi internet sejak enam bulan lalu berdasarkan penemuan pemacu storan mengandungi 11 artikel berjudul The Secrets of Methamphetamine Manufacture yang disembunyikan di sebuah stor rahsia di tingkat 10, sebuah kondominium mewah di Jalan Segambut di sini.



Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata kes masih disiasat dan meminta semua pihak tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan.



“Beri kepercayaan kepada polis untuk melengkapkan siasatan bagaimanapun, kita akan majukan perkara ini kepada Kementerian Dalam Negeri untuk tindakan susulan, termasuk dihantar ke pusat tahanan akhlak,” katanya

Aku hangin betul la dgn statement Mokcik ni........biar la polis siasat kes Benjo ni, tlg la jgn campur tangan dlm siasatan polis. Klu betul anak awak x bersalah, x payah la nak takut. Upah je la lawyer yg bagus. Ni sampai nak soh menteri campur tangan lak...ni dah lebih ni.....cukup2 la berlakon tu Kak Yan, nasib baik la Benjo tu baru belajar nak buat, kalo dah buat dan jual dadah tu, cam mana? agak2nya berapa ramai lg anak bangsa kita yg akan terjerumus dgn dadah ni......lu pikir la sendirik....

7 comments:

iena hamdi said...

hehehh sabar babe

Cik Ina Do Do Cheng said...

azean tu ingat anak dia sorang je masuk lokap.anak dia dalam lokap sibuk nak hantar berus gigi, towellah bagai. apa dia ingat kat umah ke. kalau anak di dilayan cam vip, apa kata orang yg duk dalam lokap tu . akak pun meluat ngan dia ni.

Jieda said...

kalau banyak sangat cengkadaknya nanti kang dari orang kesian kat family dia terus naik menyampah

Normi Ali said...

tu la ka....bukan x kesian kat dia, tp berpada2 la kasi statement, kang awak melalak kat luar, anak yg kat dlm tu lak yg kene dgn polis....

kakngah said...

kdg2 aku rasa.. dia mcm gunakan title sakit dia tu utk amk perhatian org.
mentang2 la artis.. cuba org biasa.. ada sape kesah??

Normi Ali said...

saya pun rasa cam tu gak kakngah, ambil kesempatan betul.kdg2 kesian kat benjy tu, tak pasal2 satu malaya tau dia anak x sah taraf.tp yg sebenarnya Allah masih sayangkan dia.....tu yg kene tangkap awal2 lg tu, bayangkan la , kalo dia kene tangkap masa tgh proses dadah, tali gantung la jawabnye....

QYLA AQURA SHOPPE said...

sy pon grm tgok prangai sstgh artis ni...mntang2 la artis...konon dapat phatian lebei la tu...
tp rsenye org2 yg die suh masuk cmpur 2 lebih bjak n arif dlm bab2 nie...xde mknenye tertindas or org khianat die...sah2 die yg duk blaja proses bnde 2...mmg kompom tbabit..kalo die edar dadah...da slmt ke tali gntung cm org bese da..peace no war=)

Autolink