Tuesday, May 25, 2010

Padah mencuri kabel TNB



MUADZAM SHAH: Seorang pemuda meninggal dunia penuh azab apabila tubuhnya bukan rentung, malah terputus dua akibat terkena renjatan elektrik ketika dipercayai cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah pencawang elektrik di Felda Keratong 9 di sini, kelmarin.
Keadaan mayat mangsa berusia 20 tahun itu amat mengerikan dengan separuh badan daripada paras pinggang ke bawah tersangkut pada talian elektrik setinggi 3.5 meter di pencawang itu.
Sebahagian lagi tubuh mangsa termasuk kepala, rentung dan terjatuh di bawah tiang talian elektrik berkenaan ketika ditemui penduduk kira-kira jam 11 malam.
Menurut Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Pegawai Bomba Rahmat Omar, pihaknya menerima panggilan menurunkan mayat mangsa tergantung pada tiang elektrik berkenaan kira-kira jam 11.30 malam.
Katanya, tujuh anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan mereka mengambil masa hampir setengah jam menurunkan mayat terbabit yang sudah terputus dua.
“Berdasarkan maklumat, mayat mangsa ditemui penduduk yang melalui tempat kejadian berikutan pencawang TNB itu terletak di persimpangan masuk Felda berkenaan dan Felda Keratong 10.
“Usaha menurunkan sebahagian tubuh mangsa juga dibantu kakitangan TNB yang memutuskan bekalan elektrik terlebih dulu,” katanya, semalam.
Menurutnya, disebabkan kejadian itu penduduk di Felda berkenaan termasuk sebahagian bandar ini bergelap hampir sejam sebelum bekalan disambung semula selepas kerja menurunkan mayat mangsa selesai.

“Mayat mangsa dipercayai penagih dadah dihantar ke Hospital Muadzam Shah (HMS) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 24, berkata kegiatan bodoh mencuri kabel elektrik di Felda berkenaan dikesan semakin berleluasa sejak enam bulan lalu.
“Kecurian kabel menyusahkan penduduk kerana terpaksa bergelap akibat bekalan terputus. Sudah beberapa kali gangguan elektrik berlaku disebabkan kegiatan jenayah terbabit disyaki dilakukan penagih dadah.

“Apapun, kejadian ngeri itu diharap memberi pengajaran mengenai padah mencuri kabel elektrik dan berharap pihak berkenaan melakukan tindakan sewajarnya supaya penduduk tidak mendapat masalah akibat perbuatan pencuri terbabit,” katanya.


Kalau kat kampung saya, yg selalu kene curi kabel telefon. Memang selalu sangat, suspek utama, drug addict ler. Ingat lg masa tu arwah mak tiri saya tgh sakit kuat kat hospital, adk pulak tgh training kat Johor, bayangkan lah macamana seksanya kami nak berkomuikasi, masa tu kat kg mmg susah nak dpt line celcom dan maxis. Memang kene sumpah seranah je lah mat pet yg curi kabel tu. Kadang2 lepas 2-3 hari TM ganti kabel baru, kene curi lagik, jln penyelesaian yg mudah, belikan arwah ayah handset, walaupun line x berapa clear, tp asalkan dpt dengar suara dia sekejap pun x pe la.....harap ini akan menjadi iktibar kpd semua mat pet ni...tp dorang ni ada baca paper ke?

4 comments:

Ross Tina Abdullah said...

eee...ngerinya...

Normi Ali said...

tu la...kan dah jd BBQ..

Unknown said...

ngeri gle...nsib kt kg sy xd plak kes curi2 kabel ni..huhu

nairaariaa said...

ngeri nyerrr...

Autolink