Thursday, May 27, 2010

Kecewa je, bunuh diri......senangnye hidup....

 gambar hiasan sahaja
                                                
Mangsa luah perasaan kepada rakan melalui SMS kerana isteri minta cerai

GUA MUSANG: Seorang lelaki yang juga bapa kepada tiga anak, ditemui mati tergantung akibat kecewa dengan tindakan isterinya menuntut cerai di Kampung Limau Kasturi Dua di sini, pagi semalam.

Mangsa berusia 27 tahun, ditemui tergantung dalam tandas bilik tidur rumahnya kira-kira jam jam 11 pagi oleh rakannya, Saiful Nazim Nawang, 21, selepas bergegas ke tempat kejadian apabila mengetahui mangsa tidak keluar dari bilik sejak Khamis lalu. Saiful Nazim berkata, bapa mangsa meminta bantuannya untuk memujuk lelaki terbabit keluar dari bilik kerana kebiasaan hanya dia seorang yang mampu berbuat demikian ekoran hubungan rapat mereka sejak kecil. “Saya memanggilnya berulang kali tetapi tidak dijawab dan ketika mengintai menerusi lubang tingkap di luar bilik tidurnya, saya terdengar bunyi lalat menyebabkan saya mengesyaki sesuatu berlaku.

“Saya memecah tingkap masuk ke dalam bilik dan terjumpa mayatnya tergantung dalam bilik air dalam keadaan sudah berbau,” katanya ketika ditemui, semalam.

Saiful Nazim berkata, kira-kira jam 6 petang Khamis lalu, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada mangsa yang meluahkan kekecewaan kerana isterinya membuat keputusan untuk bercerai.

Beliau berkata, sejurus menerima SMS itu, dia bimbang perkara buruk berlaku dan menghubungi rakannya itu untuk memberi nasihat dan memintanya solat.
Katanya, mangsa tidak keluar dari bilik tidurnya sejak Khamis lalu selepas isterinya bersama tiga anak pulang ke rumah mentuanya di Kampung Limau Kasturi Satu tidak jauh dari situ.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Bunuh diri bukan lagi sinonim dgn kaum india, org melayu pun ramai yg bunuh diri skg ni. Banyak kes yg melibatkan org melayu, satu kes cam kat kg saya puluhan tahun yg lalu, sorang lelaki bunuh diri dgn menembak dirinya sendiri sbb tak dpt terima kenyataan yg isteri baru yg dikahwini itu sebenarnya gila. Ini kes org aniaya dia la ni........mari kita lihat hukum bunuh diri ini.


Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.
Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.

من تردى من جبل فقتل نفسه فهو في نار جهنم يتردى فيه خالدا مخلدا فيها أبدا ومن تحسى سما فقتل نفسه فسمه في يده يتحساه في نار جهنم خالدا مخلدا فيها أبدا ومن قتل نفسه بحديدة فحديدته في يده يجأ بها في بطنه في نار جهنم خالدا مخلدا فيها أبدا

Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari No. 5442 dan Muslim No.175)
Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:

ومن قتل نفسه بشيء في الدنيا عذب به يوم القيامة

Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari No.5700 dan Muslim No.176)
Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:

كان فيمن كان قبلكم رجل به جرح فجزع فأخذ سكينا فحز بها يده فما رقأ الدم حتى مات قال الله تعالى بادرني عبدي بنفسه حرمت عليه الجنة

Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari No.3276 dan Muslim No.180)

Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A. katanya:

أتي النبي صلى الله عليه وسلم برجل قتل نفسه بمشاقص فلم يصل عليه

Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim No.107)
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:
“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakala al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”
Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.
Wallahu a’lam.- credit to Shoutus Sunnah Enterprise

7 comments:

Pensel Kontot said...

aduh...kena otak manusia semakin sempit....
bunuh diri bkn jalan penyelesaian....

Ieda Al-Habsyi said...

adoii..bolleh pulak gitew..seram tgk pic atas tu

Fina Fento said...

kawan satu tempat kerja lama saya dulu minum racun. kes macam ni jugak rasanya, isteri nak mintak cerai. sampai mayat berbau baru orang dapat tau..hmm..baru2 ni kat perlis cikgu lelaki bunuh diri sebab kecewa kena transfer mengajar kat tempat lain sbb dia sayang sgt budak2 kat sekolah lama..yang kesiannya, dia call isteri dia dulu sblm dia terjun ke laut. bila isteri dia sampai, dia dah takde..

NHidayah Rosli said...

perghhh giler la...dah terang2 dlm islam kate...jgn.....bunuh diri itu berdosa besar....ado...ttp sbnrnye,if ade dikalangan kita yg mcm tu....they need support from friends la..not just by sms or call je...we need to b with them..ajak g masjid ke..surau ke..

Jieda said...

apa je la..setiap masalah kan pasti ada jalannya.janganlah sampai nak tamatkan riwayat hidup.adik lelaki kawan sekerja saya pun bunuh diri dengan minum racun rumput kerana tunangnya mintak pertunangan diputuskan.

cEro said...

itu namanya ada akal tiada ilmu..

kay shafiQ said...

Sapa bunuh diri truih masuk neraka. Just remember it in our mind

Autolink