Monday, May 17, 2010

Cepatnye jadi janda....




MADINAH: Sejurus sebelum pulang buat pertama kali ke rumah suaminya selepas bernikah, seorang pengantin perempuan diceraikan, gara-gara masalah yang ditimbulkan oleh keluarganya di majlis perkahwinan mereka.Lelaki yang menceraikan isterinya itu adalah seorang daripada dua pengantin di majlis berkenaan.
Adiknya juga berkahwin pada hari yang sama.
Kedua-dua beradik itu yang berkahwin dengan wanita dari dua keluarga berlainan sedang bersiap sedia untuk meninggalkan majlis itu dan berlepas pulang ke kediaman mereka apabila pertelingkahan tercetus antara dua keluarga itu mengenai kedudukan pengantin di meja makan majlis perkahwinan itu. Keluarga pengantin perempuan yang diceraikan itu menghalang seorang lagi pengantin perempuan menduduki meja berkenaan kerana mendakwa dia tidak menyumbang pada kos meja berkenaan. Keadaan menjadi semakin buruk apabila keluarga pengantin yang diceraikan itu berbisik kepada penyanyi di majlis berkenaan supaya memalukan pengantin perempuan yang lain dengan mengecopnya sebagai kedekut.
Apabila mengetahui mengenai pertelingkahan itu, kedua-dua pengantin lelaki cuba campur tangan.
Si abang menegur isterinya kerana sikap keluarganya.
Bagaimanapun, si isteri enggan menyalahkan keluarganya.
Ini menyebabkan pengantin lelaki itu hilang sabar dan menceraikan isteri yang baru dinikahnya di situ juga.

Tetamu yang terkejut dengan tindakan itu cuba menyelamatkan keadaan tetapi usaha mereka sia-sia. - Agensi



Sebab berebut meja jer boleh jatuh talak? X tau nak cakap la kan....mmg bodo piang tol ....tp org2 arab mmg selalu aku dgr kes cam ni. Ada satu kes dulu,sbb x puas hati punya pasal habis dorang bakar khemah yg penuh dgn jemputan dan mengakibatkan berpuluh2 org mati, klu x silap pengantin pun mati terbakar juga...dunia...dunia...

4 comments:

Unknown said...

aduhai...pak arab memang panas betul mereka ni..

Cipina said...

astaghfirullahalazim..mengucap panjang baca entri ni..apa la singkat sangat pemikiran..ish ish ish..buat mcm benda main2 je nikah kawen ni..haih..

Nur Hawa Mohd Zin said...

Astagfirullah al azim...tu lah hati bila baran syaitan mula kuasai dan jdlah macam ni..baru pasa akad nikah, bace semua syarat dan perjanjian dan jd macam ni...Allahu Akhbar...malu lagi, maruah lagi, penyesalan lagi...

Ross Tina Abdullah said...

peliknya la org arab ni...

Autolink