Friday, March 30, 2012

Al- Fatihah, Raja Dato' Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah mangkat akibat serangan asma.


 IPOH: Anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah, 54, mangkat di kediamannya di Kuala Lumpur awal Jumaat akibat serangan asma.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor ketika dihubungi Bernama berkata Raja Ashman menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Damansara pada 1.30 awal pagi Jumaat.

Beliau berkata jenazah Almarhum dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar, untuk disembahyangkan sebelum istiadat pemakaman berlangsung di Makam Diraja Kuala Kangsar yang terletak bersebelahan dengan masjid itu selepas selepas asar.

Raja Ashman yang terkenal dengan sifat mesra rakyat meninggalkan isteri Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin serta seorang putera Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah serta dua puteri Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia.

Baginda merupakan anakanda ketiga Sultan Perak daripada lima adik-beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Yong Sofia.

Raja Ashman dilantik menjadi Raja Kechil Sulong Perak pada 16 Mac 2010. - BERNAMA

 Al fatihah utk arwah, ramai rasanya kurang kenal dgn arwah ni, seorang yg humble dan warak. Tadi masa baca kat forum ada forumer mengatakan yg arwah ni sangat baik terutama dgn kanak2, sanggup memecahkan rumahnya untuk dijadikan surau dan arwah hanya memakai kereta kelisa sahaja. Moga roh almarhum di tempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Amin.

3 comments:

nohas said...

Assalamu'alaikum..

Al-fatihah..anak sultan negeri teman, amat jarang melihat anak sultan yang berperibadi sebegini..semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas rohnya..

Normi Ali said...

nohas: sama la dgn saya, selalu tgk anak2 kerabat ni asyik pg clubbing jer, jarang jumpa yg warak macam ni, moga Allah permudahkan urusan almarhum disana. amin.

Irfa said...

alfatihah
kagum dgn peribadi beliau

Autolink