Monday, April 9, 2012

Bagaimana caranya nak menyemak keputusan ujian/peperiksaan anak anda secara online?



Salam semua kepada mak2 dan bapak2 sekalian. Entri ni khas untuk mak bapak yang masih tak tau lagi akan keujudannya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ni. Saya sebenarnya pun baru tahun lepas tahu pasal benda ni, itu pun sebab tak sengaja tertengok anak saya tengah check dia punya result ujian. Kalau tak harammmmm mokcik tau. Hampeh betul bebudak sekarang ni, benda2 camni kalau boleh mesti nak sorok dari mak bapak ekkk. Kalau nak check, kena isi no.ic anak anda dan pilih samaada anak anda sekarang di sekolah rendah atau menengah. Kalau nak check yang tahun lepas punya pun ada gak. Tapi bagi sekolah rendah hanya tahun 3 dan keatas sahaja, manakala bagi sekolah menengah bermula dari tingkatan 2 dan keatas sahaja. Okey..kalau anda semua dah faham camana nak buat, sila check keputusan ujian anak2 anda sekarang, tp sebelum tu, kot kalau ada yg sakit jantung atau darah tinggi, sila ambil ubat dulu sebelum tengok, atau pastikan ada seseorang di sebelah anda semasa menyemak keputusan ujian anak anda, mana lah tau kot ada yg pengsan pulak nanti...he..he..he

No comments:

Autolink