Saturday, February 11, 2012

Jom buat Apam Polkadot.




Dah lama sebenarnya nak mengapam ni,
tp sebab takde barang2 yg sesuai utk buat apam polkadot ni
kat dapur, maka harus le aku menjenguk kedai menjual barangan bakery ni,
tak lain tak bukan kedai " Bake with Yen" kat Lorong Haji Taib satu.
Macam2 barangan utk buat kuih ada kat sini,
dari acuan hinggal la baha2 mentah utk buat kuih.
Harganya pun lebih murah dr kedai biasa.

sebahagian dr barangan yg au beli.




Resepi ni saya ambil dr cari.com

Bahan :
3 biji telur (aged in fridge for 2days)
200 gm gula pasir
1 camt (penuh) ovallete
1 camb essence vanilla (atau perisa lain2 ikut suka)

250gm tepung gandum + 3 camt baking powder (ayak bersama)
150ml fresh milk
pewarna ikut suka

acuan kuih lompang
papercup (S or M)

filling blueberry / kiwi / coklat / kaya
(guna jem rasberry lg sedap!)

Cara :
1. Pukul telur, gula, ovallete & essence vanilla dgn mixer menggunakan maximum speed sehingga adunan kembang dan berwarna putih.
2. masukkan fresh milk dan tepung berselang seli sehingga habis. kacau sebati (adunan nampak berkilat).
3. bahagikan adunan kepada 3 bahagian. campurkan pewarna mengikut suka.
4. masukkan setiap adunan kedalam piping bag.
5. panaskan kukus. guna api yg sederhana.
6. masukkan papercup ke dalam acuan kuih lompang. pipekan adunan ke dalam papercup (pipekan 1/2 saja dulu). letakkan filling dan kemudian baru pipekan lagi baki adunan sehingga penuh.
7. pipekan pula dot dot berlainan warna.
8. kukus selama 10minit. (balut penutup steamer dgn kain utk mengelakkan wap air jatuh ke atas permukaan apam).
9. sejukkan dan boleh dingap.


Satu tip dari saya utk dapatkan apam yg gebu dan lembut,
sila gunakan tepung hong kong @pow,
sbb kalau guna tepung gandum, apam akan jadi keras kejung bila dah sejuk.

Selamat mengapam dr saya.

3 comments:

adarnadzmie said...

bestnya dpt buat apam polkadot ni...hehe..nak try tp takut tak jadik..hehe

Mama Farris said...

nak try...tapi kena beli mixer dulu laa...

Normi Ali said...

puan nomi: senang jer buatnye...gerenti jadik

mama farris: x payah tunggu mixer, pukul dgn tangan jer, biar kasi muscle berketul sikit :)

Autolink