Saturday, July 2, 2011

Berita Baik-Kabinet tidak luluskan permohonan Astro naikkan tarif perkhidmatan



KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, isu tarif itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.


"Saya bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini, hari ini. - BERNAMA


Aku baru bercita2 nak hentikan langganan Astro smlm, kalau betul sprt yg dikatakan tak jadi la aku potong Astro, walau pun aku ambil pakej yg murah, kalau tariff naik jugak mmg tak berbaloi le membayar RM54 hengget sebulan tu. 
Tapi masaalahnya, adakah Astro akan akur dgn arahan kabinet tersebut, atau keputusan ini hanya akan bertahan beberapa bulan jer???? Kita tunggu dan lihat sahaja :)

1 comment:

Nur Hawa Mohd Zin said...

Bagus! kalu naikkan..boikot jerk

Autolink