Tuesday, June 28, 2011

Sagun,Nostalgia zaman kanak-kanak.

  Salam semua ......entry ni saya buat khas utk sahabat saya,
Encik Syaharudin Salehudin, yg juga merupakan seorg Deejay,
yg dah lupa mana rupa Sagun ni. Almaklum le semenjak 
meninggalkan kampung halaman dan berkahwin dgn org di Malaysia Timur ni,
beliau sanagt blur tentang makanan bernama sagun ni.

Sagun ni merupakan makanan ringan yg diperbuat drpd kelapa,
tepung beras,tepung pulut dan juga gula.
Semua bahan tadi di masak di dalam kuali,
dan amat senang pembuatannya dan amat murah kosnya. 

Mana rupa Sagun???? Lihat gambar dibawah ini :-

 Gambar ikhsan dr sudipkayu.blogspot

Resepi nak membuatnya:
  • 1 biji kelapa parut
  • 200 gm tepung beras
  • 50 gm tepung pulut
  • 80 gm gula halus

Cara-cara

  1. goreng kelapa parut sehingga separuh kering atau sehingga wangi
  2. Kemudian masukkan tepung beras n tepung pulut.
  3. Goreng kesemuanya hingga garing n berderap (Saya goreng dgn api yang perlahan dalam 15- 20 minit)
  4. Sejukkan dulu , baru digaul dgn gula halus 
Resepi dr MyResepi

Tapi kalau makan sagun ni, tolong le jgn bercakap,
nanti gerenti bersembur dan kemungkinan utk tersedak, adalah amat tinggi.
Sila brrhati2 semasa makan sagun ni ekkk....risiko
tercekik atau tersedak, sila tanggung sendiri.



2 comments:

ummiross said...

ummi pun suka makan sagun masa kecik2 dulu, sekrang pun suka, tp xjumpa dah...

Nur Hawa Mohd Zin said...

heheh..suka beli juga...bila makan penuh mulut kalu cakap habis..hehe..memang tersedak kalu makan :)

Autolink