Wednesday, January 12, 2011

Yang Murah Jauh, Yang Mahal Dekat.


Salam readers.............bagi surirumah tangga dan emak kpd 5 org anak, memasak sendiri adalah pilihan yg mesti dipilih utk jimat belanja, ye tak?Dengan harga barang yg semakin mahal skg ni, sedangkan gaji takat tu jer, amatlah perit bg org yg ramai anak mcm saya ni.Kalau dulu, bila nak beli barang, ambil dulu baru tanya harga, skg ni tanya harga dulu baru berani nak pegang...hu..hu..hu sngt sedih rasanya hokeyyyyy....

Kat rumah saya ni ada bnyk kedai runcit, dr ownernya mamak, Acheh, Melayu  dan gak pasaraya, Jusco, Giant dan Carefour. Harga barangan?? Memang berbeza2. Contohnya ayam, kat kedai mamak hari ni 1 kilo RM7, kat kedai Acheh tu RM6.90 beza cuma 10sen jer. Harga kat pasaraya besar tu tak pasti la pulak, sbb jarang beli kat situ. Tapi 2 kedai tu la yg dekat kat rumah saya ni. Kalau turun dr rumah dlm 3 minit dah sampai.


Tapi ada satu kedai ni barangan basah dia mmg murah dan segar, bayangkan ayam 1 kilo boleh dpt harga
RM5.70 jer. Sotong RM13 sekilo, Tongkol RM7sekilo, Keli Rm5 sekilo. Tapi jauh la pulak, kalau menapak mau 10 minit la jugak. Selalunya saya pergi dgn Pak incik sbb kadang2 saya paksa dia keluar Office jap masa waktu rehat utk jadik despatch saya pg beli ikan.Tapi skg ni dah x boleh selalu keluar dah...sbb dah kantoi dgn boss ari tu...hua..ha..haa.

Tapi demi menjaga kepentingan poket, saya harung gak jalan kaki ke kedai tu, walaupun jauh tetap redha,
bayangkanlah tadi habis RM30, tp dpt ayam sekor(besar dlm 2.5 kg) sotong, ikan 2 jenis, sayur dan mee. Kalu kat kedai mamak tu jgn cakap la...kekadang menagis rasanya bila nak bayar tu. Tapi kekadang rasa ok gak pg kedai yg jauh tu, sbb selain dpt jimat belanja, dpt keluar peluh gak..hu..hu..hu


Jadinya skg pilihan tetap berada ditangan sendiri, kalau malas terbang la duit, kalau rajin jimat la duit kan?

1 comment:

SyedGraphiX said...

btul2.. hehe..tp, better yang dekat.. haha.

http://syedgraphix.blogspot.com/2011/01/i-comment-you-you-comment-me-okay.html

Autolink