Tuesday, January 11, 2011

Kanak2 3 thn mati didera ibu tiri.




Nor Aqiulla Razali (gambar kecil) yang pengsan diberi bantuan selepas melihat mayat anaknya, Nordiana Qistina Nurafizan dibawa keluar dari Rumah Mayat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, semalam. – utusan/Nasirruddin Yazid


JOHOR BAHRU 10 Jan. – Sukar untuk digambarkan betapa seksanya penderitaan ditanggung seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menjadi mangsa dera di Kampung Sungai Tiram di sini.
Hampir keseluruhan tubuhnya penuh dengan 73 kesan lebam dan luka.
Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja sanggup melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak kecil yang tidak berdosa itu.
Berikutan kecederaan itu, kanak- kanak tersebut, Nordiana Qistina Nurafizan, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi semalam di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
Bukan hanya Nordiana Qistina, malah adiknya, Danish Irsyad berusia setahun, turut menjadi mangsa kekejaman yang dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya. Kanak-kanak itu ini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, Nurafizan Ludin, 29, seorang pekerja kilang manakala ibu tirinya pula seorang suri rumah.
Ibu kandung mangsa, Nor Aquilla Razali, 27, menetap di Pasir Gudang dan bercerai dengan Norafizan sejak setahun lalu.
Nor Aquilla ketika ditemui memberitahu, bekas suaminya itu menghubunginya untuk memaklumkan kematian Nordiana Qistina kira-kira pukul 11 pagi ini.
Wanita itu yang tidak dapat menahan perasaan setelah melihat keadaan mayat anaknya di Bilik Mayat HSI pengsan tiga kali.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius.
“Punca kematian Nordiana Qistina adalah kerana 73 kesan penderaan di seluruh tubuhnya.
“Melalui bedah siasat, organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Roslan berkata, mangsa dihantar oleh bapanya ke HSI kira-kira pukul 8.25 pagi semalam namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Beliau memberitahu, ibu tiri mangsa sedang dicari dan dia berkemungkinan akan ditahan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Utusan Malaysia difahamkan, bapa mangsa membuat laporan polis mengatakan anaknya itu meninggal dunia kerana lemas ketika mandi dalam sebuah besen di rumahnya.
Jenazah Nordiana Qistina selamat dikebumikan di kampung datuknya di Felda Tenggaroh, Mersing, kira-kira pukul 5 petang tadi.





Mak tiri jenis apa la ni, x kan x de hati perut langsung.
Mak tiri budak ni, kalo
dapat kat saya , mmg lunyai saya kerjakan.
Nak gaduh pun, cari la
yg sama besar dgn awak,
ni yg pg balun budak kecik apasal????
bodoh betingkat!!!!



Utk melihat wajah bapak dan mak tiri arwah ni sila ke sini, dan gambar itu ada di page 12.

9 comments:

nurulazham said...

gerammmm sgt2 bil atau berita ni semalam!!!
boleh pulak ayah kandung dia sendiri bela bini baru dia! ayah jenis apelah tu...!!!!
tak de perasaan marah langsung bil aisteri baru bunuh darah daging dia sendiri!!!

Normi Ali said...

ni mesti kes x nak bayar nafkah, sbb tu gigih bawak lari anak. mmg s#@l la punya mak tiri.

U.Y.A said...

bodos yer..!!!!xsuka lah menda2 nie...

saveme_zero said...

mmg geram sgt! dpt kat saya gak ni...mmg abis sy kerjakan. bodoh!akal bawah kaki. tembak dgn senapang gajah jer. yg bapaknya pun...xkan la x perasan anak tu kena dera..smpi 73 kesan deraan! binatang pun sayangkan anak. leleh air mata ni.

ieda said...

bapanya pun wajib kena heret ke mahkamah juga...ada ka patut biar anak kecik macam ni kena dera...

Rinna said...

Ya Allah tak de hati pewut langsung ker..kut iye pun marah tak kan laa sampai teruk dikerjakan budak tuh..

Yang si bapak leh plak.. citer yg anak mati lemas dlm besen.. tak de akai ker apa..ish..sabo je laa

Harap dapat hukuman yg setimpal ngan perbuatan dia tuh..

cikjenat said...

kalo shaye kan..mule2 saye cucuh mak tiri die ngan puntung rokok bapak die..pastu sye hanguskan kulit muka mak tiri die sebelah ..lepas tu saye curah ngan air garam + asam limo bior die ngelupor kepedihan..ish! tapi sye tak sampai ati la nak buat mcm itu kat mak tiri die..biorlah Allah je membalasnye..ape2 pun marilah kite same-same memupuk perasaan belas kasihan & saling menyayangi anak2 kite..seburuk manepun kelakuan anak2 kite, mase kelahirannye itulah saat terindah dlm hidup kite..siapapun anak kita hari ini..ingatlah satu ketika dulu dia pernah membahagiakan kita..

Idayu Suraya said...

kuang hajar punye kambing betina....adoiii gerammm betol dgn manusia jenis macam ni...kucing pun tau syg anak laaa....emo ni.....rase nak carut2 kan muke kambing tuuuu

anakibu said...

al fatihah utk arwah.. adik nordiana..

syurga tempat mu, neraka buat ibu tiri mu...

Autolink