Tuesday, January 18, 2011

Vanidah Imran dan Rashidi bakal bercerai???





KUALA LUMPUR 17 Jan. - Kelibat pasangan artis Vanidah Imran dan suaminya, Rashidi Ishak di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini mengundang teka-teki dan spekulasi pihak media.

Ia ekoran kedua-duanya dilihat di mahkamah tersebut pada pukul 12.45 tengah hari ini oleh sekumpulan wartawan yang kebetulan berada di premis berkenaan untuk membuat liputan satu kes lain.

Pengacara Nona musim baru itu dan suaminya dilihat berada di kaunter pendaftaran mahkamah yang kebiasaannya dikunjungi oleh orang awam untuk kes-kes berkaitan penceraian, hak kekeluargaan atau jenayah syariah.

Namun kehadiran pihak media yang menunggu di luar pintu bilik kaunter itu tidak disenangi oleh Vanidah dan Rashidi yang cuba mengelak wajah mereka daripada dirakam oleh jurugambar.

Pasangan tersebut juga enggan ditemui oleh pemberita yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai kehadiran mereka di situ.

Selepas kira-kira 15 minit, mereka kemudian dilihat keluar bersama seorang wanita yang memakai baju kurung kuning dan bergegas menuju ke kenderaan.

Hasil 'siasatan' media dengan sumber mahkamah bagaimanapun mendapati kedatangan Vanidah dan Rashidi difahamkan bagi menemani seorang ahli keluarga mereka yang mempunyai urusan di mahkamah berkenaan.

Vanidah dan Rashidi yang mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2000, seringkali dijadikan contoh kepada pasangan artis tempatan kerana perkahwinan mereka yang kekal sehingga kini.

Pasangan pelakon berusia 37 tahun itu yang pernah dinobatkan sebagai juara musim pertama program 'Sehati Berdansa' dikurniakan dua cahaya mata berusia sembilan dan enam tahun.

Credit to utusan online


Tidakkkkkkk.....tidakkkkkk...tidakkkkkkk....tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....jangan la pasangan ini bercerai....saya suka tgk dorang ni....sekali lg tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Harap hanya gossip semata2.....mereka kesana hanya utk melawat mahkamah sambil belajar sahaja ( bersangka baik )..hu..hu...hu MySpace

9 comments:

nurulazham said...

alahai...
janagnlah sampai bercerai...
suke tgk diorang..pasangan ideal...
harap2 spekulasi semata2...huhuhu

Anonymous said...

wish it's not true!

RerameUngu said...

jangan la hendaknya ada yang buat sepkulasi sehinnga timbul pulak fitnah pasal pasangan ni..pihak akhbar suka sangat buat spekulasi tak sahih...siasat sebelum nak keluarkan berita2 camni...:)

pasangan yang sweeetttttt sangat22...semoga jodoh diorg kekal hingga ke akhir hayat

pena mata bulat said...

mebi g tmn sedara amik form kot...takkan kejap sgt

Al Basirah said...

kahwin lame2 pastu cerai.sayang lah

hanaahmad said...

jangan cepat percaya. dorang p teman saudara depa atas tuntuntan nafkah bukan depa nak bercerai pun. doa2kanlah yang baik2 saja. :)

Nurul Asyikin Mustafa said...

harap2 bukan kes cerai la yer...saya suka pasangan ni...

..:akyn:.. said...

isskk.... jangan lar dowang bercerai...
dorang tuh dah ler sweet couple.. :)

Eddy Ahmad said...

adeh baru nk jdkn dorg pasangan contoh...artis mmg cmni erkk.. T_T

Autolink