Wednesday, December 8, 2010

Sein dan Nana sehati berdansa bakal bercerai?




KUALA LUMPUR 8 DIS 2010: Sedih pulak Murai Batu bila dengar cerita yang baru sampai kat telinga Murai Batu. Tidak tahulah betul atau tidak, tapi cerita ini agak sadis jugalah. Murai Batu dapat tahu, pasangan Juara Sehati Berdansa Musim Ketiga, Sein dan Nana khabarnya nak bercerai.
Mengucap panjang Murai Batu apabila si pengirim berita menyampaikannya kepada Murai Batu. Yelah, mereka berdua ini memang nampak romantik dan gembira selalu. Menurut sumber Murai Batu, pasangan tersebut akanhadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor petang ini bagi membincangkan tentang kes penceraian mereka.
Lepas satu per satu, pasangan sehati berdansa ini bercerai.Susahlah nak cakap sama ada program Sehati Berdansa itu memang mempunyai badi kurang sihat sehingga setiap pasangan yang masuk program itu akan bercerai.
Tapi ada juga angin yang bertiup mengatakan hubungan pasangan Sein dan Nana ini goyah dikatakan berpunca dari Sein sendiri yang dengarnya telah main kayu tiga di nelakang isterinya.
Sama betul atau salah, itu Murai Batu susah nak cakap hanya mereka dan keluarga mereka sahaja mengetahuinya. Harapan Murai Batu kalau boleh selamatkan perkahwinan itu, selamatkanla. Lagipun usia perkahwinan mereka yang telah pun memasuki tahun keempat dan fikirkanlah tentang anak-anak.

Credit to Murai.com

Macam dah kena badi la pulak sehati berdansa ni kan?

1 comment:

ibuintan said...

as salam,

jodoh pertemuan di tangan Tuhan...

semoga anak2 mereka tidak terabai

Autolink