Monday, November 22, 2010

Skim Piramid for DUMMIES.




1)        Iklan disertakan dengan orang-orang yang (kononnya) dah berjaya.
 Pose gambar tipikal geng-geng pyramid MLM: -

a.        Bergambar dengan pakaian suit, atau yang bergaya, biasanya 
seragam
b.        Bergambar menunjukkan ibu jari (thumbs up)
c.        Bergambar di tepi kereta mewah (tak pernah di bergambar dalam kereta
 mewah lagi, mungkin mereka akan buat selepas ni kalau kereta sewa)
d.        No plat kereta-kereta mewah tersebut disembunyikan

2)        Tagline corny yang dikira ‘catchy’ menjadi slogan perniagaan mereka 
(perhatikan yang dalam setiap tagline lebih berkisar pada kewangan berbanding produk,
 walaupun mereka bukan bank). Contoh:-

a.        Badan sihat pendapatan hebat (AC  Konsortium)
b.        Kewangan anda bernyawa bersama kami (AC  Konsortium)
c.        Anak Score A, Ibubapa Score RM (Score A)
d.        Anak anda berjaya misi kami, poket anda berganda inspirasi kami (Score A)
e.        i-Rich 2010 WE ARE THE CHAMPION! (I-Rich 696)
f.        Beli produk, dapat saving (I-Rich 696)

3)        Pengiklanan yang melibatkan “gandaan”. Kalau ia mengatakan duit anda
 akan berganda selepas melabur walaupun sekali dan sedikit, gandaan 
sampai 5, 6 atau 7 angka dalam masa yang singkat, ada bonus mengikut level (1, 2, 3, etc.) ,
 hari-hari dapat duit, pasti MLM Piramid (walaupun ada produk yang konon diperdagangkan)

4)        Testimonial-testimonial yang diragui kesahihannya. Jika testimonial tersebut
 tidak disertakan nama penuh, alamat dan no kad pengenalan dan cara untuk pemberi 
testimonial dihubungi, hanya menunjukkan satu gambar yang tidak berkenaan dengan 
produk (mungkin gambar sedang tersenyum, atau menunjukkan thumb up (ibu jari)), 
dengan dakwaan produk boleh menyembuhkan segala mak nenek penyakit atau 
dapat wang 5 angka dalam masa 1, 2 atau 3 bulan, pasti ianya skim pyramid

5)        Biasanya geng MLM/piramid mendakwa sudah kaya dan berjaya dan 
hanya ingin berkongsi ‘kejayaan dan kekayaan’ bersama anda, atau memberikan anda ‘peluang’. 

6)        Selalunya mereka tidak mengaku mereka menjalankan skim pyramid 
atau MLM walaupun metodologi mereka jelas pyramid/MLM

7)        Ayat perisai tipikal yang dikeluarkan oleh geng pyramid/MLM 
apabila mereka dikesan menipu dan diajukan pertanyaan tentang sesuatu yang mencurigakan: -


i)        Anda dengki (istilah biasa PHD, mereka akan mengulangi perkataan ini
 sehingga ia hilang makna dan ironi
ii)        Anda fitnah
iii)        Anda tak boleh tengok Melayu maju
iv)        Pelbagai defense mechanism yang mengaitkan bangsa dan 
agama walaupun tidak menjawab soalan yang dikemukakan secara 
teknikal dan meyakinkan
v)        Mereka akan mengatakan mereka mencari rezeki 'halal', so please leave
 them alone. T-T

8)        Biasanya kalau nak menerangkan tentang bisnes, mereka mahu berjumpa
 terus dengan anda dan tak mahu terangkan di mana-mana yang boleh diakses 
oleh ramai orang. Mereka minta datang ke pejabat mereka  atau mereka akan 
berjumpa anda di mana-mana untuk terangkan tentang ‘bisnes’

9)        Bonus bergantung pada pelaburan atau penyertaan orang baru.
 Kalau tak ada orang melabur tak ada bonus atau bonus lambat
 (sebenarnya tak ada bonus kalau lambat). Tak kisahlah sama ada orang lain (biasanya orang lama) carikan orang baru untuk anda, atau anda perlu cari sendiri orang baru.

10)        Sijil lesen perniagaan atau agen jualan langsung yang sengaja discan 
dengan kecil (supaya anda tak mudah nampak maklumatnya)

11)        Syarikat tidak memiliki sijil jualan langsung atau mendakwa sijil agen 
jualan langsung dibawah anak syarikatnya (jadi dia boleh gunakan lesen itu 
kononnya—metodologi tipikal untuk mengelak cukai)

12)        Mengiklankan yang: - 


a.        anda tak perlu kerja berat untuk dapat wang 5, 6, atau 7 angka
b.        anda boleh dapat rumah besar dan kereta mewah
c.        anda bebas hutang
d.        anda boleh bercuti ke destinasi yang diidamkan

13)        Kualiti barang yang diperdagangkan tak sepadan dengan nilainya.
 Biasanya kualiti rendah tapi harga barang sangatlah tinggi

14)        Menggunakan agama sebagai metodologi untuk mengabui
 mata orang ramai tentang skim mereka: -


a.        Menguar-uarkan tentang solat yang mereka buat: solat taubat, 
solat hajat, solat istikharah, solat sunat
b.        Menganjurkan majlis tazkirah dan diuar-uarkan pula
c.        Kalau buat kebajikan mesti diiklankan oleh mereka—everybody must know
d.        Ada sorang atau dua Ustaz katanya yang akan kata program
 mereka halal (mesti pakai kopiah untuk tunjuk alim). 
e.        Mungkin Ustaz yang mereka lantik tu akan mengaku mempunyai ijzazah syariah 
atau pelajar sekolah pondok, tapi tak nak tunjuk Ijazah tu. Mereka boleh jadi sesiapa
 saja yang pakai kopiah, supaya nampak Islamik.

15) Anda tak ada duit? Takpa, boleh buat pinjaman untuk sertai skim kami.

16) Penyertaan banyak dialu-alukan untuk kakitangan kerajaan. Easy target ma.




2 comments:

KUIH said...

saya tak suka MLM atau Network Marketing atau skim piramid atau apa2 bentuk perniagaan yang sewaktu dengannya.

Lebih berniaga jual produk daripada harapkan orang bawah cari lagi orang bawah dan cari lagi orang bawah... orang bawah akan teraniaya, orang kat atas kaya raya.

Affan Ruslan said...

hahaha. lol

Autolink