Tuesday, October 19, 2010

PERINGATAN UNTUK SEMUA KAUM ADAM.

hp Pictures, Images and Photos


Jumaat lepas aku ada terdengar pengumuman dr khatib yg bertugas di surau sebelah rumah aku ni. Cam biasa bila nak mula sembahyang jumaat, khatib akan buat pengumuman tentang aktiviti surau atau ada pesanan utk para kariah tempat aku ni. Yang paling aku tak boleh blah bila khatib tu ckp cam ni" kpd semua jemaah, sila tutup handphone anda bila berada disurau, sbb saya tak nak macam minggu lepas, imam elok jer baca fatihah, ada pulak Lady Gaga menyahut kat belakang''. 

Masa tu kebetulan aku berdiri sebelah tingkap dan aku ternampak sebilangan jemaah tersenyum dan semua pakat check henpon memasing, dan ada satu mamat tu, mengurut dada, aku agak dia baru perasan yg dia tak tutup henpon dia.....lepas tu aku terbayangkan la, camana la perasaan tuan punya henpon kalau henpon dia berbunyi semasa sedang berjemaah tu, kalo kot nasyid ke, mungkin ada ampun lg kot, tp kot keluar "rah..rah..ah..ah..ah, ruhma....ruhma..ma..maaa'.......weeiiii....gila siot......korang ada pengalaman?

5 comments:

ezan said...

ehehe..lawak giler dengar "pak imam tue cakap lady gaga menyahut kat belakang" :)

matahati-aishahazhar said...

hehehe... kelakar lah.. nasib baik pak tu kenal lagu tu lagu lady gaga... dahsyat pak imam tu ye

yahaya said...

pak imam tak khusyuk dengar suara lady gaga..

Unknown said...

pernah dgr lagu cari jodoh masa solat.. tgh khusyuk tu, tetiba... ibu ibu bapak bapak...

Normi Ali said...

boo boo: pak imam tu pun guna ringtone tu kot...he..he..he

shatooman: tak dapek nak menolongnye yer....mau mamat tu tak gi semayang kat masjid tu lg kot...malu =D

Autolink