Sunday, August 29, 2010

Marion Counter bakal kahwin dgn waris NAZA?





KUALA LUMPUR 27 Ogos - Kisah percintaan personaliti televisyen terkenal, Marion Counter dengan usahawan muda, SM Nasaruddin yang juga anak kepada pengasas syarikat konglomerat terkemuka, Kumpulan Naza, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin bukan lagi rahsia.

Selama lima tahun mereka bercinta, Marion dan Nasaruddin berjaya merahsiakan perhubungan mereka dan tidak pernah mengumumkan mengenai perhubungan mereka secara rasmi.

Bagaimanapun, hos program E! News Asia itu memberitahu Utusan Malaysia hari ini, dia dan Nasaruddin bakal disatukan sebagai suami isteri pada Disember ini.

Menurut Marion atau nama sebenarnya, Marion Rose Counter, 30, dia dan bakal suaminya, Nasaruddin, 27, bagaimanapun belum memutuskan tarikh pernikahan mereka.

Kata Marion, sudah tiba masanya untuk dia dan Nasaruddin mengumumkan berita gembira itu sebelum tercetus sebarang spekulasi kurang manis.

Selama ini, personaliti jelita itu berkata, dia dan kekasihnya mempunyai sebab tersendiri mengapa berahsia mengenai status hubungan mereka.

Nasaruddin, kata Marion, kurang gemar menggembar-gemburkan hubungan percintaan mereka sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin selain enggan terkena tempias glamor.

Atas permintaan Nasaruddin, Marion bertolak ansur dan menghormatinya.

"Dia (Nasaruddin) juga perlu menjaga reputasinya sebagai seorang ahli perniagaan dan kalau boleh, katanya, biarlah saya seorang sahaja yang terlibat dalam dunia seni.

"Tetapi, selepas lima tahun dan akan berkahwin tidak lama lagi, kami fikir sudah tiba masanya untuk mengumumkannya. Tiada apa yang perlu disorokkan lagi," ujar Marion dalam nada ceria ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum bergelar isteri kepada Nasaruddin, Marion akan terlebih dahulu memeluk agama Islam sekitar bulan depan atau Oktober sebaik selesai menjalani rakaman program E! News Asia dan The Biggest Loser Asia musim kedua.

Nasaruddin dari kaca mata Marion, seorang lelaki yang cukup matang serta sangat memahami kerjayanya sebagai seorang selebriti.

"Lima tahun mengenalinya sudah cukup meyakinkan saya bahawa dia merupakan lelaki terbaik untuk saya jadikan seorang suami.

"Pada masa yang sama, saya juga sudah bersedia untuk berkahwin dan memulakan keluarga sendiri.

"Begitu juga dengan keputusan saya untuk memeluk agama Islam. Saya kini lebih bersedia dan yakin untuk menjalani kehidupan sebagai seorang muslim," jelas Marion lagi.

Menurut personaliti kelahiran Pulau Pinang itu lagi, apa yang membuatkannya gembira ialah hubungan dia dan Nasaruddin direstui oleh keluarga kedua-dua pihak.

Pada masa ini, persiapan perkahwinan Marion dan Nasaruddin berjalan lancar seperti yang dirancang mereka.

"Memang saya terkejar-kejar antara kerja dan persiapan perkahwinan. Tetapi, saya akan pastikan dalam seminggu, saya dan Nasaruddin akan bertemu untuk membincangkan hal perkahwinan kami.

"Mujur ada perancang perkahwinan yang banyak membantu melancarkan proses persiapan," katanya.

Kalau la betul, semoga berbahagia...bertambah sorang lg umat Muhammad.....

4 comments:

MAZHA said...

salam, semoga kekal hingga ke akhir hayat serta menjadi suami yang dapat membimbing isteri yang baru memeluk Islam ke arah isteri yang solehah...InsyaAllah

SURIA AMANDA said...

musim celebrity kahwin ngan usahawan kan...

Anonymous said...

sib baik aku dah kawin noami klu idak meraung aku hehehe

sweetsal said...

wah mesti meriah ni...best tgk org2 kaya kahwin..tumpang gembira ni..

Autolink