Saturday, July 3, 2010

Orang Gua Musang mmg hebat tangkap pencuri kabel TM...syabas!!!!!!

Loceng pada kabel telefon perangkap pencuri


Orang ramai melihat lelaki dipercayai cuba mencuri kabel telefon di Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Jeram Tekoh di Gua
Musang kelmarin.


GUA MUSANG - Seorang lelaki dipercayai terlibat mencuri kabel telefon di Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Jeram Tekoh dekat sini diberkas oleh penduduk di situ yang memerangkapnya dengan memasang loceng-loceng kecil pada kabel sebagai satu cara mengesan.
Lelaki berusia 20-an itu, yang diberkas pada pukul 5 pagi kelmarin berhampiran Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh kemudian diikat pada sebatang pokok selama empat jam sebelum dia diserahkan kepada polis.
Seorang penduduk, Abdul Aziz Mohamad, 57, berkata, usaha menangkap pencuri dijalan secara bergotong-royong kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini penduduk Jeram Tekoh tidak dapat menggunakan telefon di kediaman masing-masing akibat kabel kerap dicuri.

Credit to Kosmo


Syabas pd org kampung yg tangkap mamat ni, mmg azab sesangat klu kabel kene curi, nak ganti tu makan masa dan kos. kat kg aku pun selalu jd kes cam ni, klu dpt la sapa yg curi mmg kene ikat dekat pokok mangga, pas tu taruk kerengga, biar dah bengkak badan baru hantar kat polis. harap TM bg la saguhati kat penduduk kg ni, macam bg free sebulan sewa ka.......kan..kan...kann

2 comments:

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

mmg padan muka si pencuri tu.....kabel pun nak curi...

Anne said...

padan muke...ingat murah ke TM nak invest & tarik kabel telefon tu. Syabas to penduduk Gua Musang!

Autolink