Thursday, April 22, 2010

Pensel 8 hari dalam alat sulit

 FIELD NOTES - Pencils Pictures, Images and Photos


GOMBAK: Seorang remaja lelaki bukan sekadar merogol rakan sebayanya, malah turut menyumbat sebatang pensel ke dalam kemaluan mangsa dipercayai bagi tujuan suka-suka.
Tindakan terbabit hanya terbongkar selepas doktor menemui pensel sepanjang empat sentimeter itu yang masih ‘tertanam’ dalam kemaluan mangsa.

Difahamkan, mangsa berusia 14 tahun berkenaan tidak menyedari kewujudan pensel itu yang dicucuk suspek ke dalam kemaluannya sejurus selepas memperkosanya dalam kelas pada 13 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosli Hassan, berkata mangsa yang juga anak terbuang dan tinggal di rumah kebajikan sebelum ini dilaporkan menjadi mangsa rogol yang berlaku dalam kelasnya di sebuah sekolah di Rawang di sini.

Menurutnya, dalam kejadian terbabit mangsa dirogol ketika waktu rehat ketika kebanyakan pelajar kelas berkenaan keluar untuk makan di kantin.

“Namun berdasarkan siasatan, suspek turut ditemani beberapa rakan lelaki lain yang bertindak sebagai ‘penjaga’ yang berkawal di pintu kelas. “Rakannya itu dipercayai menutup pandangan dari luar supaya perbuatan rogol terbabit selama lima minit tidak dilihat sesiapa.

“Rakan suspek dipercayai sengaja bersubahat dan polis akan memberkas beberapa lagi pelajar lain dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, mangsa yang diperkosa suspek dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Agak mengejutkan apabila mangsa tidak menyedari kewujudan pensel yang dimasukkan suspek ke dalam kemaluannya sejak lapan hari lalu. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengeluarkan pensel itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati mangsa sudah mengandung sebulan. Ini sekali gus membuktikan mangsa pernah diperkosa sebelum ini,” katanya.

Ditanya sama ada mangsa dirogol suspek sama, beliau bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu berikutan pegawai penyiasat belum mengambil keterangan kali kedua daripada mangsa.

“Fakta terbaru ini mungkin menjadi petunjuk baru mangsa pernah diperkosa di lokasi lain di sekolah sama. Setakat ini, suspek pelajar lelaki itu direman enam hari untuk membantu siasatan,” katanya.




Sedihnya bila aku baca kes2 cam ni, mcm mana budak2 skg boleh jadi cam ni. Dulu waktu aku kecik2, paling jahat pun ronda naik basikal keliling kampung. Dulu, waktu zaman aku budak2 lelaki kalo usik pompuan, setakat siul tikus tu jer....x berani nak usik lebih2, apalagi kalo nak pegang2 pompuan tu....mau kene kapak dgn mak bapak....mana silapnya kan?    Agama? Budaya?Pengaruh tv? Rakan sebaya?Kurang perhatian mak bapak?

3 comments:

Unknown said...

tul2 tuh sedey tul arr...

berbeza sungguh dak sekolah zaman skrg dan dlu

nurulazham said...

sedih dgn remaja sekarang...
dulu2 kita ni, kalo budak laki siol2, kita kalau boleh tunduk xmo tunjuk muke..sumpah seranah lagi ada..takut pun ada..walaupun tak tau 'rogol' tu hape..isk..isk...

Wasatiah Gurlzz said...

ayyya, menakutkan lah bdk2 zmn skrg..jgn la adik2 sya jd cenggitu..aish...

Autolink