Friday, January 29, 2010

MSN Berhantu?

  



KUALA LUMPUR: Dirasuk, diusik ketika tidur dan komputer dihidupkan sendiri pada tengah malam antara‘gangguan’ dialami kira-kira 400 atlit dan jurulatih yang menginap di asrama Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini.

Lebih membimbangkan apabila hampir 20 atlit yang menginap di asrama itu  pernah mengalami histeria sejak dua bulan lalu.

Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan MSN, Abdul Rashid Yaakub berkata, gangguan itu berlaku sejak kompleks itu dibuka pada 1996, tetapi tidak sekerap dalam tempoh dua bulan ini.

“Ia bukan hanya mengganggu atlit, tapi juga jurulatih sehingga ada yang diserang histeria dan meracau pada waktu malam.

‘Makhluk’ itu jarang menjelmakan diri ketika mengacau penghuni asrama sedang tidur, cuma ada beberapa kali kelibatnya dilihat atlit dan pegawai di sini.

“Atlit yang menginap di bangunan Casa 1 paling teruk diganggu.

Lebih membimbangkan apabila hampir 20 atlit yang menginap di asrama itu  pernah mengalami histeria sejak dua bulan lalu.

Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan MSN, Abdul Rashid Yaakub berkata, gangguan itu berlaku sejak kompleks itu dibuka pada 1996, tetapi tidak sekerap dalam tempoh dua bulan ini.

“Ia bukan hanya mengganggu atlit, tapi juga jurulatih sehingga ada yang diserang histeria dan meracau pada waktu malam.

‘Makhluk’ itu jarang menjelmakan diri ketika mengacau penghuni asrama sedang tidur, cuma ada beberapa kali kelibatnya dilihat atlit dan pegawai di sini.

“Atlit yang menginap di bangunan Casa 1 paling teruk diganggu.

Bukan hanya di asrama, malah pejabat MSN turut menjadi mangsa.

Dalam satu kes, seorang jurulatih yang sedang tidur terkejut apabila kakinya diusik secara tiba-tiba, manakala komputer di pejabat tingkat lima dihidupkan sendiri pada waktu malam.

“Kejadian seperti ini sudah lama tidak berlaku.

Kali terakhir apabila kompleks ini mula beroperasi 14 tahun lalu, namun selepas kami ‘memagar’ kawasan ini, insiden itu tidak berlaku lagi sehinggalah ia menyerang kembali, baru-baru ini,” katanya yang dihubungi semalam.

Bimbang gangguan itu terus berlarutan, pengurusan MSN mengambil keputusan melakukan upacara ‘memagar’ kompleks itu yang dilakukan tiga malam berturut-turut sejak Sabtu lalu.

“Kami ‘memagar’ kawasan ini pada malam Sabtu, Ahad dan Isnin lalu yang dikendalikan Unit Hal-Ehwal Agama MSN.

Kami turut meminta khidmat Darul Syifa pada malam Sabtu lalu.

Pada dua malam berikutnya upacara itu dilakukan  kakitangan MSN.

Kami berharap selepas ini tiada lagi kejadian yang  menakutkan atlit dan petugas di sini,” katanya.

Perkara itu turut disahkan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong yang menjelaskan pihaknya sudah mengambil langkah berjaga-jaga bagi sentiasa memastikan keselamatan dan keselesaan atlit dan pegawai.

“Tindakan ‘memagar’ kawasan MSN hujung minggu lalu adalah ikhtiar untuk mengawal masalah ini.

Saya harap selepas ini tiada lagi gangguan dan masalah ini selesai dengan segera,” katanya.

Sementara itu, seorang atlit boling padang wanita negara yang mendakwa ‘diganggu’ pada malam Ahad lalu berkata, ketika berehat di biliknya ditingkat 4 Casa 3, ada ‘benda’ meresap tubuhnya menyebabkan dia tiba-tiba melekat di dinding dalam keadaan tidak sedarkan diri sambil menjerit-jerit sekuat hati.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Era berkata, sebelum kejadian dia berehat di biliknya selepas pulang berlatih di Klang, kira-kira jam 7.40 malam.

“Setengah jam selepas itu Ustaz Hasnol (Mohd Hasnol Abu Bakar) datang bersama beberapa orang  ke bilik saya.

Kebetulan hari itu keluarga saya juga ada.

“Saya meminta keluarga menemani saya kerana sejak awal lagi sudah berasa kurang selesa kerana pihak MSN mahu ‘memagar’ kawasan ini padamalam itu.

“Selepas memagar bilik saya, mereka membuka bilik lain.

Selepas itu, saya dapat rasakan ada sesuatu ‘memasuki’ tubuh menyebabkan saya terus tidak sedarkan diri.

Tubuh saya terus melekat di dinding sambil menjerit-jerit.

Saya dalam keadaan tidak sedarkan diri selama 20 minit sehinggalah dipulihkan dengan bantuan Ustaz Hasnol.

“Sebaik sedar, ibu  pula dirasuk sebelum dipulihkan Ustaz Hasnol dengan bantuan beberapa kakitangan Darul Syifa.

Saya tak nampak ‘makhluk’ itu, tapi ibu beritahu ia menjelma sebagai perempuan tua berambut panjang dan mempunyai taring,” kata Era.

Era, 23,  dari Sepang berkata, kejadian itu pertama kali dialaminya di MSN.

Selepas kejadian itu, katanya, dia tidak berani berada di biliknya pada waktu Maghrib sebaliknya menumpang di bilik rakan.




aku rasa la hantu2 tu pun nak bersukan gak...........nti klu sensiang berebut lak dgn atlit tu sume, jd dorang dtg memalam la.....nak konker MSN kekdahnye...he..he..he

2 comments:

Fina Fento said...

tak pun dia aim tempat ni sebab ye la, kan lepas bersukan semua orang penat, n time tu la dia serang, dah masing-masing badan lemah..kot..wallahualam

Normi Ali said...

mungkin gak, dan antara sbb ''pagar'' kat MSN tu roboh mungkin ada antara atlet tu yg buat benda2 x elok kot...wallahualam

Autolink