Showing posts with label paranormal. Show all posts
Showing posts with label paranormal. Show all posts

Friday, October 1, 2010

'Suara' minta tolong di Ladang Gadong

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Ladang Gadong di Kuala Langat, Selangor yang menyimpan kisah tragis melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain, kini mula menerima gangguan suara misteri.

Beberapa anggota polis yang bertugas mengawal lokasi pembunuhan kejam itu mendakwa mendengar 'suara-suara' meminta tolong hampir setiap malam.

Ekoran itu, polis dikatakan terpaksa menambah bilangan anggota yang berkawal daripada dua kepada lima hingga enam orang mengikut syif setiap hari.

"Pada mulanya, hanya dua anggota bertugas namun bilangannya terpaksa ditambah kerana ada yang mengalami gangguan-gangguan ketika bertugas.

"Mereka diganggu 'suara-suara' itu yang sayup-sayup kedengaran meminta tolong," kata sumber sambil memberitahu salah seorang suspek kes itu juga mengakui 'didatangi' lembaga.

Menurutnya, 'suara-suara' itu biasanya muncul dari dalam ladang kelapa sawit terbabit di waktu tengah malam semasa anggota-anggota sedang berehat di pondok kecil yang dibina mereka tidak jauh dari tali air.

Katanya, anggota-anggota terbabit juga tidak dapat memastikan dari arah mana 'suara-suara' itu kerana keadaan ladang yang amat gelap selain ia hanya sayup-sayup kedengaran.

Katanya lagi, bagi langkah berjaga-jaga anggota tidak melakukan rondaan seorang diri sebaliknya dijalankan secara berkawan pada setiap jam.

Sementara itu, menurutnya, sebatang tali air di ladang tersebut dipercayai telah dijadikan oleh suspek-suspek sebagai tempat pembuangan tulang-tulang mangsa di dalam kes berkenaan.

Katanya, bagi mengumpul bahan-bahan bukti itu, sebuah jengkaut digunakan untuk membuat dua tambak di bahagian kiri dan kanan tali air tersebut.

"Sebuah jentera Bomba dan Penyelamat pula ditugaskan untuk menyedut air di dalam tali air itu. Setelah kering, barulah forensik menjalankan kerja-kerja mengumpul bukti seperti tulang.

"Ia bagaimanapun terpaksa mengambil masa kerana tulang-tulang yang bercampur dengan selut itu terpaksa dibersih satu persatu," ujarnya.

Kata sumber itu lagi, cabaran lain dihadapi anggota bertugas adalah kawasan tersebut mempunyai bilangan lalat yang luar biasa dipercayai ekoran kematian ternakan seperti kambing serta haiwan peliharaan, iaitu anjing.

"Kalau duduk sebentar sahaja, lalat akan memenuhi muka. Haiwan-haiwan itu mati kerana kini tidak lagi diberi makan sejak tuannya ditahan polis," ujarnya.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamarudin Shamsudin, 44; pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, di sini untuk urusan pembelian tanah.

Berikutan kehilangan keempat-empat individu itu, polis menahan lapan suspek untuk membantu siasatan kes berkenaan pada 9 dan 10 September lalu.






Mana la x berhantu tmpt tu, bukan sorang yg dibunuh dgn kejam tp ramai, tp harus juga kita ingat, syaitan tugasnya adalah menyesat umat manusia.

Wednesday, January 20, 2010

KISAH MISTIK BALANG AJAIB DI SUNGAI

Link Using Magic Jar Pictures, Images and Photos

KISAH MISTIK BALANG AJAIB DI SUNGAI
Penulis asal Ilahkhatibrani

Pernah dengar kisah balang ajaib jikalau diletak sebutir beras didalamnya dan beras tersebut terus menjadi banyak…..bila diguna dan diambil beras tersebut tidak akan susut sampai bila2…

Cuba bayangkan jikalau kengkawan meletakkan wang RM50.00 di dalam balang tersebut ….dan dengan sekelip mata wang RM50.00 menjadi banyak dan memenuhi balang tersebut…bila diguna wang tersebut tidak akan susut sampai bebila ..wahhhhhh..pakcik opps makcik kayoo…

HMM TETAPI KENGKAWAN MESTI INGAT..TIADA YANG PERCUMA DIDUNIA..NIE…WALAUPUN DIALAM GHAIB…TERUTAMA JIKALAU KITA MEMINTA BARANG ALAM GHAIB TUK KEPENTINGAN DIRI KITA SEMATA2……JANGAN LEKA , LALAI…DAN TAKSUB DENGAN SEMUA NIE….SEBAB TANPA IZIN ALLAH…TAKKAN BERLAKU SEMUA KEAJAIBAN.NIE.

OK....sambung

Ok..kiter sambung citer…


Percaya tak kalau ilah katakana disini masih ada yang menyimpan dan mencari balang ajaib nie……

Dan mesti kengkawan tertanya2 dari mana datangnya baling ajaib nie…..ok begini kisahnya

Balang ajaib nie  akan timbul  di air yang mengalir deras selepas hujan..tak kiralah sama ada sungai., parit atau paya…yang penting baling ajaib nie akan timbul dan hanyut mengikut arus deras air selepas hujan  turun..dengan lebat...

Balang nie akan timbul sebanyak tujuh balang di mana setiap satu mempunyai saiz yang berbeza..maksudnya di sini...jika yang pertama saiznya sepert besar cam bola sepak..yang kedua pasti saiznya akan lebih besar daripada yang pertama..begitu jugak dengan ketiga sehingga ketujuh

Ada dikalangan manusia yang bernasib baik apabila tetiba terserempak dan terjumpa balang tujuh nie yang sedang hanyut mengikut arus deras....haaa bila korang terjumpa ...dan berani tuk mengambilnya serta sanggup dengan syaratnya...( haaa yang nie ilah tak galakkan yek..ilah just kongsi cerita yek...sekiranya ader forumer yang nak wat.....tu...berani buat berani tanggung yek)

pertama sekali gi cari kayu topak.....kayu topak nie susah nak cari sekarang nie..tapi kalau kamu pandai dan pandai mengambil hati orang peribumi  maksud ilah orang asli...dorang leh carikan kayu topak nie dengan rela hati...dan tiada apa2 balasan...(hmm baik org asli sebenarnya kalau tahu cara)

kayu topak nie kalau diketuk waima perlahan sekalipun di tulang manusia nescaya akan retak ...dan juga leh patah...hmm bayangkan betapa kuatnya batang kayu topak...nie...


sambung lik ngan balang ajaib nie...

bila kengkawan terjumpa balang tujuh nie....kengkawan kena cepat dan tangkas  sebab balang tujuh nie akan hanyut dengan laju...jadi untuk menangkapnya dan menariknya ketepi  perlu menggunakan kayu topak...nie...TETAPI....SEKIRANYA KENGKAWAN NIE JENIS YANG TAK PUTIH DAN TULUS HATI..KIRA BANYAK HITAM  DARIPADA PUTIH....HMMM CUBA BANYAK KALI PUN BALANG TUJUH NIE AKAN MENGELAK DAN AMAT SUSAH DITANGKAP......

MANAKALA SEKIRANYA KENGKAWAN NIE MEMANG BAIK HATI...HATI PUTIH DAN TULUS..DENGAN SEKALI JER TERUS LEH DAPAT....TAPI KENA CEPAT...SEBAB KAYU TOPAK NIE HANYA LEH TARIK SATU BALANG SAHAJA DALAM SATU MASA ..JADI KENGKAWAN YANG BAIK HATI DAN HATI TULUS MESTI MENARIK SETIAP BALANG DENGAN CEPAT DAN TANGKAS....

hmmm tapi sampai sekarang hanya sebuah balang jer yang dapat ditarik manakala lagi enam tidak sempat ditarik sebab dan hanyut ngan laju dan terus ilang.....

yang peliknya walaupun salah satu balang ajaib ini sudah berjaya diambil oleh mereka yang bertuah nie...balang nie masih tak berkurangan daripada tujuh..maknanya mana balang yang diambil akan diganti..dan bilangannya masih lagi tujuh ngan berbeza2 saiz mengikut turutan pabila muncul dan hanyut di arus air yang deras mengalir selepas hujan lebat

ok...syarat bagi mereka yang ingin menyimpan balang ajaib nie dan menikmati keajaiban balang ajaib  


balang ajaib dikehendaki disimpan sebuah rumah yang dibina khas tuknya di mana didalam umah tu ader bilik tuk menyimpannya..kira umah tu sebagai tempat tinggal balang tersebut....

Setiap malam jumaat balang tersebut perlu diasapkan dengan kemenyan tertentu dan terpilih sahaja..

Setiap malam jumaat juga perlu disediakan beras kuning 2 biji tuk balang nie

semua perkara nie perliu dilakukan secara rahsia...bermaksud perlu dirahsiakan waimapada  isteri atau anak2

hmmm mesti pelik kan naper kena wat semua nie....sebabnya setiap balang ajaib ada semangat atau jin yang menjaganya....

setelah kengkawan berjaya menangkap dan mengambil balang ajaib nie bermakna kengkawan sudah bersetuju dengan syarat2 yang dinyatakan diatas..walaupun kengkawan tanpa disedari atau disedari..

hmmm apa akan jadi sekiranya kengkawan tak wat semua syarat nie.....hmmm entahlah...setakat nie sahaja leh dikongsi...sekali lagi ilah tegaskan disini..BERANI BUAT BERANI TANGGUNG dab sebaik2 pertolongan yang wajib diminta dan bermohon...HANYA ALLAH SAHAJA...

[ Last edited by  ilahkhatibrani at 30-4-2009 10:54 ]



Credit to Ilahkhatibrani from Cari....thanx ilah yaaa...

Monday, January 11, 2010

KISAH MISTERI UMAH TINGKAT 9..BERNOMBOR 13.




baru2 nie ilah dok kat umah nie...ilah dok kat umah nie sebab temankan kakak iparyang dok sorang2 sebab suaminya gi outstation tiga hari...jadi sebab kesian kat dia ilah pun temankan..dia lagipun ilah memang rapat ngan..dan kebetulan lak dia nie masih lum dapat baby lagi..tapi kira pengantin baru gak sebab dah 5 bulan dorang kawen nie....kira sama cam ilahlah pengantin baru...cuma inai kat jari dah hilanglah....   

ilah sampai kat umah dia kira dalam kul 11.00 malam time nie kat kawasan  umah dia dah sunyi jer.. kira kalau nak naik litf  sorang 2 jer.takder temanlah

berdekatan ngan lift tu ader pdg permainan khas tuk  budak2 yang tinggal kat situ kira kalau nak naik lift ..memang leh nampak ngan jelas kalau ada sesiapa yang dok kat situ?

masa tengah tunggu lift tu...ilah berdiri mengadap ke arah pdg permainan nie...masa tengah tengok tu ...tetiba ilah nampak cam kelibat budak pompuan tengah lari2 menuju kat buaian ..yang ilah lak dah pelik...eh! budak nie...dah memalam buta pon masih nak main lain ker...tengah pikir2 tu ....tetiba budak tu..yang berlari kearah buaian tu...berpaling kat ilah..eh! comelnya dia...muka  putih bersih...pakai baju  putih berbunga kecil...rambut bertocang dua..diikat ngan bunga kecil...pipi gebu

ilah senyum kat dia siap lambai lagi kat dia.....pas tu budak pompuan comel tu terus berlari kat ilah dan berenti tul2 kat sebelah kat ilah dan terus cakap " kak...nak gi maner" kater dak comel tu ..dan terus ilah balas sambil cubit pipi dia..."akak nak gi naik atas gi nak lik umah..adik naper main sesorang kat sini..gilah balik..nanti mak adik cari"...

terus dak pompuan comel cakap.." oh! akak naik atas..yek..akak hati2 tau ..jangan naik lift yang nie...time cam ni..ada bende jahat dok kat dalam sini...(time nie budak nie tunjuk kat lift bomba....opps lupa lak..nak bagitau...kat situ ada dua jer lift...kira satu tu kecik jer manakala satu lagi tu besar dan memanjang ke belakang ..haaa yang nielah lift bomba )

yang ilah lak..dah terkedu...eh! apa yang budak nie cakap nie...serentak tu jugak kedua 2 pintu lift tu terbuka..terkejut ilah...dan kebetulan lak ilah tul2 berdiri di depan pintu lift bomba tu...

Ya-Allah ..apa tu..  .   ..time nie?ilah  bau busuk menusuk kat idung ilah?busuknya cam bau Hanyir  isk! Camni nak cakap yek haaaa cam bau hanyir ikan yang dah busuk dan berserta sampah yang ader ulat tu?heeeeeeee  geli ilah bila ingat balik....time nie ilah tul2 nak termuntah...terutama bila  tengok muka bende tu..berdiri di sudut lift.......

(hmm cam nie..rupa bentuk nya...berkelubung dari kepala ke kaki kecuali muka ngan tangan tidak tertutup..tangannya bertulang tapi berlendir pekat kekuningan dan lendir tu  meleleh membasahi kain yang di pakai dan sebahagian jatuh kat lantai lift ...kain yang dipakai kotor sekali  dan lusuh..dan tak pasti warna apa..tapi  cam warna putih..yang dah kelabu asap..warnanya ..muka nya lak..aduihlah..buruknya ..dahi sampai separuh mata tertutup Cuma leh nampak sebahagian muka jer..mukanya berlendir pekat..warna kuning hitam..hidungnya berlubang dua..takder batang hidung cam manusia..mulutnya rompang...dan kulitnya lak berlendir pekat serta berkuping..dagunya ada biji kecik yang tumbuh melata..


Ya-Allah...pesal buruk sangat muka dia ..busuknya bau... .. tetiba   jari ilah di sentap aduih !..ilah toleh..dan adik comel tu masih lagi berdiri kat seblah ilah ..dengan muka cemas dan menarik ilah masuk ke lift satu lagi.....

Dan dalam lift tu terus adik..tu cakap..".laaa..naper akak tercegat kat situ..nanti bende tu perasan akak leh nampak dia cam ner..adik tak tahu nak tolong akak..."ujar adik tu sambil muka kelat sikit....."hah!  adik pun nampak .juga ker?"...Ujar ilah kehairanan dan terus sambung

"abis tu adik tak takut ker laaa dia tak berani kacau adik..sebab dia takut ngan bapa adik"balas adik tu sambil tersenyum  "haaaaa'.....tenganga mulut ilah jap yelah..bila budak tu cakap cam tu lagilah ilah pelik.....


Haaa...time ni ilah dah rasa lain. Kaki ngan tangan ilah sejuk yang amat sangat...terus ilah  terpikir..budak nie..hantu ker apa..yelah time2 nie maner ada budak memain kat pdg permainan memalam buta..cepat2 ilah baca 2 ayatul kursi..sambil pejam mata..isk! pesal apalah lift nie tak sampai2 kat tingkat 9..lama tul..selalunya tak lambat cam nie..ya-Allah... cepatlah sampai..aduih! time nie lah akak ipar ilah tak call selalunya kalau ilah lambat sikit mesti kol ilah kat maner...  dalam gelabah tu ilah beranikan diri bukak mata hah..budak comel tu ada lagi kat dalam lift...aik! dah baca ayatul kursi pun leh senyum lagi...selalunya mesti ilang ....

Budak comel tu tul2 berdiri depan ilah  sambil tersenyum..dan tergelak sambil tutup mulut sebab tengok keadaan ilah last2 dia maju ke depan dan terus pegang tangan ilah.".kak jangan takutlah..saya bukan hantulah...saya selalu nampak akak datang kat sini..nama saya  Dayania..tinggal kat tepi bukit tu bapa saya pun selalu nampak akak...dan saya datang nie sebab bapa saya nak bagi sesuatu kat akak...."....katanya sambil mengeluarkan sesuatu ..yang ilah lak dah terkedu..sambil mata memandang kat pintu lift..bila lah nak terbukak nie..dah nekad dah bila terbukak jer..ilah nak lompat kuar terus..hu..hu..hu...hu..

Tanpa disangka dak  comel cakap..?"hmm kak tak payahlah tengok2  pintu lift tu..memang takkan terbukak ..sebab  saya  dah kunci dah..sebab saya ada hal nak cakap ngan akak secara bersendirian "ujar adik comel tu sambil tergelak..

"akak nie cubalah bertenang  saya nie cam akaklah Cuma dunia berbeza jer..saya  leh dengar dengupan jantung akak..laju tul  "sambil  usap tangan ilah dan terus tekan sendi kat lengan ilah..tanpa disangka .terus ilang seriau ilah dan debaran dada ilah semakin berkurangan .

"sebenarnya saya  datang nak bagi amaran pasai bende jahat kat dalam lift tu ngan nak bagi bende nia kat akak.."ujar adik comel bernama Dayania tu..sambil hulur kat sesuatu kat ilah...yang ilah lak teragak2 nak amik..terus adik comel tu cakap.."ambillah kak...akak beruntung tau..sebab bukan senang bapa saya nak bagi org luar bende nie"Ujar adik comel tu lagi dan ilah pegang bende tu .."eh! keraslah" bisik ilah dalam hati dan  ilah buka bungkusan putih tu "eh! Inikan isi buah delima kenapa keras jer..cam batu "getus ilah dlm hati kehairanan..

Terus adik tu menjawab seolah2  cam leh dengar apa yg ilah kata dlm hati ..."A'ah  tu isi buah delima dari alam kami...bapa hadiahkan kat akak sebab akak selalu sakit kepala kan....jadi bila akak rasa sakit kepala akak rendam isi buah delima batu nie ngan  air suam ..lepas tu minum..Insya-Allah ilang sakit tu...".
"lagi satu batu isi delima nie tak  leh diguna tuk kegunaan org lain tau..buat sementara waktu nie ni hanya tuk diri akak jer "ujar adik sambil tersenyum..

"dan lagi satu...umah yang akak nak gi nie bernombor 913 kan...cam nie..bapa saya ada pesanan sekali.......kalau leh selalulah baca Al-Quran..sebab umah tu selalu ada bende singgah...sebab no 13....kira laluan yang selalu di guna..tapi kalau selalu di baca Al-Quran..hanya jadi laluan tuk yang beragama islam jer..."..


"dan lagi satu....akak kalau datang sini memalam cam gini...kalau leh janganlah masuk lift tadi..sebab bende tu memang suka dok kat situ bila waktu camtu..tapi bila akak jumpa bende tu ..akak baca ayat nie...............dan disudahi ngan tiga Qul..Insya-Allah dia takkan apa2kan akak....lagi satu..bapa saya pesan...jikalau secara tetiba akak ternampak...wat cam biasa jer sebab kalau akak leh mengawal emosi dan denyutan jantung akak..dorang tak perasan akak leh nampak dorang...."



jelas adik comel tu panjang...."dan terakhir sekali suatu hari nanti bapa saya akan berjumpa ngan akan secara langsung bersama suami akak ....dan bapa saya sampaikan salam tuk suami akak..cakap ngan dia yang arwah datuknya pernah berkawan dengannya..semasa arwah hidup...

"baiklah kak..saya pergi dahulu assalammualaikum.".dan terus salam dan cium tangan ilah...dan serentak tu juga...tingggggggggg...."laaaaaaaa..ko kat sini ker ilah...penat akak kol kau..tapi ko tak angkat...akak dah susah hati ni"....terus akak ipar ilah ngan mak mertua ilah terpa ilah dan nangis peluk ilah...Eh! bila masa lak mak mertua aku kat sini....laaa pesal lak dorang nangis nie....eh! pesal apa lak..bapa dan mak mertua ilah kat sini...ilah dah terpinga2...laaa lama sangat ker aku kat dalam lift tadi...lepas ilah tolehlah kat dalam lift tu..tengok2 sama ada adik comel tu ada lagi...laaa dah ghaib dah.....

rupanya...kakak ipar ilah dah cuba kol ilah banyak kali lepas ilah tak sampai2 ...last2 dia kol mertua ilah..kira parent dia lah ...sebab bimbangkan ilah...yelah tunggu2 2 jam tak sampai..bila check kat bawah keter ader parking kat visitor bay car park....

bila mak ngan abah mertua sampai terus report ngan guard dan cari kat kawasan umah tu....kira dorang siap check lagi setiap tingkat...dan lift....tapi bila dorang naik ketingkat 9  dan berkumpul kat depan lift tu tetiba lift yang ilah dok kat dalam tu ngan budak comel terbukak...dan dorang terkejut tengok ilah ader kat dalam tu   ..hu..hu..hu.. lawak pun ader sebenarnya..sebab ilah time tengok dorang mennagis cam nak apa...hu..hu...sayang gak dorang kat ilah nie 


dan sampai sekarang ilah masih simpan hadiah tu..

..

hmmmm..ilah pastu pesanlah kat akak ipar selalulah baca Al-Quran.....hmm sebenarnya dia pun kekadang rasa seram gak bila tinggal sorang2...kekadang sampai naik bulu roma pun ader..

tapi lepas ilah nasihat dia tu...selalu gak dia khatam baca surah-Al-Baqarah tu....

hmmm anjing lak kalau melolong ..tul2 kat depan tingkap kat ruang tamu...alaaa dulu sebelum peristiwa jumpa budak comel nie..selalu gak ilah ternampak kekabus hitam laju gi terbang kat kepala kipas  pas tu tembus siling terus ilang...

tapi semenjak kak ipar selalu mengaji..alhamdullilah berkurangan...

THE END


credit to ilahkhatibrani..........MPS cari forum.......thanx ilah yaaa.....  :)

Friday, December 18, 2009

Kisah seram lagik...

Ghost Hunters Headquarters Pictures, Images and Photos

KISAH ARWAH DATUK MERTUA NGAN ULAR NAGA DI BORNEO

Arwah datuk mertua ilah suka membeli tanah..terutama tanah yang lum diterokai...arwah seorang yang sangat berani..kira leh gi sorang2 masuk hutan gi tengok kebun buah ........pada tahun 1980.arwah datuk mertua..nie bercadang nak beli tanah di barat tanah borneo....jadi dia pun bersama 4 org kawannya gi ke pejabat tanah tuk tanya dan meminta kebenaran nak gi tinjau tanah maner yang leh dibeli.....alhamdullilah ...ada.dan terletak kat barat borneo..jadi  2 pegawai tanah bersama  2 pegawai renjer hutan gi menemani dan menunjukkan jalan bersama arwah datuk dan 4 org kawannya menerokai hutan kat barat borneo...time nie hutan kat borneo banyak lum diterokai..tebal giler


jadi ada 9 org termasuk arwah datuk mertua gi masuk hutan tebal simpanan kat borneo tuk melihat tanak yang ingin dibelinya.....keadaan hutan mase nie..walaupun masih siang tapi gelap sedikit kerana banyak pokok besar yang menghalang chaya matahari masuk....jadi bila dah asar ..dah gelap sedikit...jadi dorang semua membuat keputusan berehat sekejap sebelum sambung  lik perjalanan...

sampailah dorang jumpa tempat yang strategik tuk berehat  iaitu di sebatang kayu yang sangt besar lebarnya sudah tertanam separuh kedalam tanah ...serta berlumut penuh kehijauan....

jadi mereka watlah ungun api ngan kayu2 kat atas batang pokok yang tertanam separuh kat tanah nie.....manakala...mereka sembilan org nie termasuk arwah dok kat batang pokok nie ....kiranya empat org kat sebalh kiri..dan lagi lima org kat sebelah kanan..dan tengah api yang dinyalakan ngan longgokan kayu kat atas batang kayu besar berlumut tu...


pada mulanya tiada apa2 yang berlaku....sehinggalah kayu yang dibuat tuk unggun api tu semakin habis dah api tu mula membakar batang kayu yang berlumut tu..


..pabila api mula membakar di batang kayu besar berlumut tu...tiba2 batang tersebuk bergerak dan meliuk 2..ke kiri dan kekanan...dan terangkat ke atas....dan terus sebahagian badan batang pokok yang berlumut yg tertanam separuh di tanah terkeluar daripada tanah..serta mengeluarkan bunyi mendesis dan hembusan angin kuat

tanpa berlengah lagi mereka melompat terjun daripada batang pokok berkenaan..dan terus lari kearah hadapan..dan tinggalkan semua barang2 kat situ ...dalam kekalutan nie ...salah sorang daripada kawan arwah datuk berlari laju..kearah sebelah kiri dan terus ke depan kerana terlalu panik....

sementara arwah datuk mertua ngan lagi tujuh org yang lain berlari kehadapan terus berlari tak hingat sampai terjatuh2 langgar akar pokok kat utan..sampai lah dorang berhenti berlari kepenatan...dan time nie arwah datuk terus perasan yang salah sorang kawannya hilang ....

tanpa berlengah masa mereka memanggil nama kawan arwah datuk nie..ngan melaungkan nama beliau kuat2 kat dalam hutan....tetapi tiada jawapan....sampailah datuk nak pergi ke tempat yang tadi...sebab takut sesuatu terjadi kat kawan dia yang hilang nie.....tetapi dihalang oleh yang lain sebab time nie keadaan di hutan semakin gelap...setelah dinasihat oleh pegawai renjer hutan..yang pencarian dalam gelap hanya sia2 jer..jadi datuk mencadangkan besok pg dorang patah lik dan mencari kawan yang ilang..tu...

jadi mereka pun gi berpatah lik dan tido di pondok renjer hutan borneo


pada keesokkan harinya..mereka bergerak lik ketempat semalam..tetapi kali ni lebih berhati2..mereka tidak menhampiri tempat batang kayu ijau yang berlumut sebaliknya memerhati dari jauh..terutama bila arwah datuk cakap dia syak batang kayu berlumut tu ialah badan ular...bertapa...

mereka berjalan memerhati sampailah ternampak di depan dorang kawasan yang lapang macam padang bola tidak jauh dari tempat dorang buat unggun api semalam....dari sebelah kiri ke depan dari arah unggun api tu dibuat..dan tul2 arah yang kawan arwah datuk yg ilang  lari semalam

time nie arwah datuk dah rasa lain macam dan suruh yang lain jangan bergerak..dan serentak tu juga  datanglah dua ekor khinzir utan liar melintas di kawasan lapang tu..dan tetiba dorang dengan bunyi berdesis dan hembusan cam nafas serta cam ngauman yang amat kuat 

manakala...dua ekor khinzir tu tiba2 cam disedut...dan abis semua batu2..dan daun pokok serta ranting pokok yang berhampiran terbang dan disedut bersama2 dua ekor khinzir tu...dan time arwah datuk terus nampak ...ya-Alllah ...besar tul .dan cepat2..dikerahnya yang lain kuar dari situ..sementara yang lain tanpa bersuara..terus meninggalkan tempat tu dengan segera...dan sampai ke hari ini kawan arwah datuk tu tidak tahu dimana ...dan dorang anggap kawan yang ilang tu sudah meningggal tetapi tida kubur

..kenkawan nak tahu..apa yang dilihat oleh arwah datuk mertua ilah....hmm dia nampak bende yang menyedut 2 ekor khinzir tu serta mengelurkan ngauman tu ilah kepala ukar yang sangat besar..sangat..semasa ular nie sedut dua ekor khinzir nie...ular nie juz juz bukak mulut..nganga..dan terus di sedut khinzir tu masuk kedalam rongga mulutnya..time nie kata arwah datuk ...taringnya panjang tul..dan matanya sebesar dulang ....sebab tu arwah datuk suruh yg lain cepat2 beredar dari situ...jadi arwah datuk wat kesimpulan yang kawannnya yg ilang tu sudah mati disedut olleh ular tersebut...

tetapi kater datuk pada tahun 1986..kawasan yang dorang pernah nampak ular bertapa tu telah diterokai tuk pembalakan dan peliknya bila datuk gi saner ular terbabit telah tiada ..hmm mungkin dah abis bertapa....dan sudah pergi ke..laut..

..sementara tempat yang ular bertapa tu...ada banyak intan permata...jadi disitu ramai org berduyun gi melombong intan permata nie...tetapi tetiba intan permata nie hilang cam tu..walaupun digali..tidak dijumpai....bila ditanya ngan arwah datuk..arwah datuk hanya berkata sambil tersenyum...' hmm org bunian dah amik baliklah tu..dan alihkan tempat lain'

Credit to ilahkhatibrani@cari forum......thanx ilah yaaaa....


Wednesday, December 16, 2009

Kisah seram lagik...

PENGALAMAN MISTIK DIKEDAI KAWAN

Vampire Pictures, Images and Photos
ilah ader kawan yang bukak kedai dobi....kat Kl...tempat strategik..customer selalu datang...siap ader customer tetap lagik....mase nie dia baru jer bukak 3 bulan....ilah dah lamer teringin nak gi kedai dobi dia...sebab leh dapat half price kalau wat cucian kering....sapa tak maukan...

ari sabtu ..ilah singgah ke kedai kawan ilah nie....sembang2 sambil tu tolongglah dia lipat kain baju customer ( wat pengetahuan kengkawan..time nie....kawan ilah nie...takder pekerja..kira..dialah bos dan pekerja..kekadang adik dia dan hubby tlg kat situ.yelah ..baru bukak..sekarang jer baru ader pekerja tetap.)

sambil bual2..ilah cakaplah ngan kawan ilah...bestlah ramai customer.mesti untung banyakkan leh cuti2 Malaysia ngan ilah... ilah tengok dia diam ker....siap bukak muka sedih lagi kat ilah....kawan ilah balas..'.maner ader ilah...entahlah...macam ramaikan tapi biler dikira keuntungan just cukup2 bayar kos jer..'..lepas kawan ilah jer cakap macam tu ..ilah macam nampak kelibat hitam lalu kat belakang kawan ilah..ilah diam....hmmm lain macam jer.. kedai nie..

lama gak ilah dok borak ngan kawan ilah tapi sambil tu ilah macam nampak ader bayangan tengah berlegar2 kat dalam kedai terutama kat kawasan depan...hmm ilah rase kawan ilah pon nampak..sebab muka dia berubah gak...tapi dia buat biasa..jer...sambil tu ilah perasan mulut dia berkumit2. tapi ilah dengar dia baya ayatul kursi...aik lain macam nie....hish! patutlah masa nak masuk kat kedai nie dah rase lain jer..tetiba jer ...kaki ilah rase sejuk....pastu sejuk dingin menjalar kat tangan terus ke lengan..aduih !..jap lagi mesti ilah ader nampak nie
mintaklah janganlah sampai ubun2 ilah bergerak2 doa ilah dalam hati...

kawan ilah cakap ngan ilah....leh tak temankan dia sampai ptg..sebab ptg baru hubby dia datang kat kedai...ilah ok jer..sebab dia nie baik orgnyer...jadi ilah pon temankan dia...

lepas Zuhur...ilah bacerlah buku ceruta sebab time nie kawan tengah mengosok baju....tiba2 ilah rase mengantuk...ilah pon terlelap...haaaaaaaaaa time nielah ilah mimpi...tapi yang peliknyer ilah leh nampak kawan ilah tengah mengosok tu.....

ilah nampak ader benda terapung....kat belakang kawan ilah bende kuar daripada kawasan dapor..bila bende tu nak serang kepala kawan ilah dia macam tertolak kebelakang..berapa kali gak bende tu cuba...tapi tak leh....ilah tengok kawan ilah mulut berkumit2...macam bacer kedengaran ayat kul dia bacer berulang2 kali...

tetiba benda tu berhenti mencuba serang kawan ilah...dan macam tahu jer ilah memerhati kat dia.terus bende tu toleh kat ilah...dan melayang kat ilah.....dan berhenti tul2 depan ilah...Ya -Allah...cepat 2 ilah tutup mater dan ilah terus tersedar....dan terbangun dengan terkejut...



aduih ...kengkawan nak tahu naper ilah leh pejam mater......iskkk tak leh jadi nie...sambil taip nie...masih terngiang2 wajah bende..tu ..takper..takper .biar kiter sesama terngiang2 wajah bende tu yek.....baru syiok ...(haaa lepas nie kalau sampai termimpi2 jangan salahkan ilah tau..salahkan MPS hu..hu..hu...ok off topik ...peace mod .)

Ya-Allah...buruknyer muka bende tu......ilah nampak kepala dia melayang pas tu rambut dia mengerbang dan terawang2 ..maternyer merah...maser bende tu melayang kat kepala kawan ilah...bende tu siap meyeringai gigi taring dia kat kawan...aduih pernah nampak penaggal ..macam tu lah..tapi lain sikit ...sebab macam rupa patung hantu yg disembah oleh kaum i*****(isk time nie meremang bulu roma ilah Nauzubillah )

maser bende tu melayang kat ilah...bende tu pon menyeringai kai ilah tu pasal ilah tutup mater.....terus ilah terbangun.....biler ilah terbangun terus ilah dok depan kawan ilah....(mase ni pon..kwn ilah masih lagi gosok baju customer dia)...terkejut kwn ilah tengok ilah lepas bangun terus tengok dia lain macam...jer

kawan ilah siap tanya...."iskk!...naper ilah.....tengok aku lain macam nie.."...ilah balas...".naper tak cakap tempet nie ader bende"...tanya ..ilah.dengan.kebengangan.tahap gaban.pas tu ilah sambung lagi..."ko memang dah tahukan awal2."....kawan ilah tergelak.".yelah ..nanti maner ko nak temankan aku..entah 2lepak kat sini pon tak nak"..kata kawan ilah sambil tergelak.

..ceh! kawan ilah sorang suka tau wat ilah macam nie... ..pas tu baru dia bukak cerita....dia memang dah perasan bende mase dia baru sebulam bukak kedai nie....dia selalu perasan macam ader bende cuba nak serang kepala dia..walaupon dia tak nampak..tapi dia leh rase....sebab tu dia selalu baca ayat pendinding....pernah sekali tu dia terlupa bacer ...kepala dia sakit sangat sampai tak leh kejer...
makan ubat pon masih sakit lagi...last2 dia bacer ayaatul kursi ngan beberapa ayat..baru sakit kepal hilang..

pernah sekali dia dok depan sekejap..adik dia kat belakang tengah masukkan baju kotor kat mesin..ternampak ader bende menyerupai dia melintas belakang adik dia....siap senyum lagi.....biler adik dia pusing jer nampak dia tengah borak ngan customer kat depan.....

lagi satu kalau dia balik sesorang..dari kedai mase on the way lik ke umah .mesti dia akan terbawa hanyir yang teramat sangat dalam kereta..dan ader kalanyer dia ternampak ader pompuan rambut ngerbang dok kat seat belakang....dan ader kalanyer kat dalam kedai mase nak maghrib mesti ader bau hanyir

pernah sekali dia bukak kedai tak der sorang pon...customer tak datang antar baju kotor.....sampailah dah petang datanglah sorang mamat cina (mamat nie hensem tau..pernah jumpa mase temankan kawan amik baju kat umah dio....fuyohh macer hero korean...opps sorri lari topik )

Eh! you baru buka kedai ker...dari pagi tadi s I pusing sini..tengok2 you tutup kedai...ini kali kelima I pusing sini...I tengok tutup tau..pas tu kebetulan I nak top up prepaid I...I gilah sebelah kedai nie..biler kuar dari kedai ...baru I nampak you buka kedai.....haiyooo..nasib baik bukak baju I banyak nak hantar.....time nie..kawan ilah terkejut...sambil dalam hati berkata ..bila mase lak aku tutup kedai nih

Lagi satu.....aderkalanyer macam ramai org datang antar baju...siap bayar dulu lagi...tapi..biler kira duit.kurang lak ...macam hilang tetiba2 jer.....tu yang kawan ilah raser pelik....time ilak pon jawablah..rase2nyer lah kedai ko kena buat dek orglah ....patutlah mase gi belakang tadi ilah raser semacam...

lepas tu ilah pon ceritalah ..aper yang ilah nampak kat mimpi ilah....terkejut gak kawan ilah...muka dia sedih tulll.....ilah kesian kat dia...pastu ilah cakaplah..gilah cari org tolong pulihkan kedai...

kawan ilah jawab...nantilah...aku cuba cari...jawab dia sedih...

(hmmm kawan ilah nie baik sangat ...tak pernah menolak kalau ader nak minta tolong..mesti dia akan usahakan sesuatu....betul kengkawan maser ilah kuar umah dari umah sewa berhantu kat Shah alam dialah kasi ilah tumpang umah yang dia sewa kat ilah..tanpa bayaran .baik tul dia)

last2 ilah cakap ..apa kater ilah tanya ngan abah ilah.....terus bercahaya mata dia..."betul ker ilah....wah! bukan senang ko nak offer..dulupon ader org minta ko tak layan"...pas tu ilah pon balas..."alaaa tu lain...citer..lagipon dulu ko pernah tlg ilah...mesti abah tak kisah...nanti malam nie ilah kol abah yek"

Malam tu ilah call..abah...cam biasa kena khutbah dululah...siap marah2 kat ilah sebab memandai cakap abah leh tolong...... ....alaaaaa kena marah lak.......last2 ilah pon citer lah yang kawan ilah nie pernah tolong ilah mase kes umah kat Shah Alam tu....terus abah diam...(isk! jarum dah masuk dah..alaaa ilah tahu abah sayang tul kat ilah )

pas tu abah tanya.".dah lamer ker kenal budak nie."...ilah balas "dah lamer bah...lagipon dia memang baik."......lamer gak abah senyap..".abah leh tolong dengan syarat...jangan dihebohkan hal nie..semasa proses pemulihan..wat macam biasa."

"bagitau kawan ilah..abah akan gi umah dia dalam seminggu...ader perkara yang perlu abah lakukan disini....selain tu suruh solat hajat berdoa ngan Allah agar masaalah yang dihadapinyer akan selesai..abah hanya berusaha yang menentukan hanya Allah"

Hari yang ke-tujuh abah call ilah..dan bertanya ngan ilah..samaader didepan kedai tu ader kawasan tak yang dikhaskan tuk menanam pokok...'Eh! ader bah...tul2 depan kedai .." "hmmm..kalau macam tu....takperlah...sok malam lepas Isyak bawa abah jumpa dorang"


Malam nyer lak...sampai jer kat umah ilah tetiba lak .abah suruh ilah call kawan ilah datang ke umah .ilah dalam kul 9.30 mlm....iskkkkk!!!! apa hal lak nie..... ....kawan ilah dah cuak dah....."eh! bah tak jadi gi umah dorang ker!"..balas abah ilah " hmmm bende tu dah ikut kawan kamu sampai kat umah..kalau tak silap abah dah nak sebulan gaklah.....malam nie abah cuba wat kedua2 tempat ".....

kawan ilah ngan hubby sampai dalam kul 9.25mlm....kami bergerak ke kedai kawan ilah selepas kul 10.00 malam...sampai jer kat kawasan kedai ..abah suruh hubby kwn ilah park kiter jauh sikit.....

lepas abah cakap..".saper yang lemah semangat ..jangan ikut..." pas tu abah jeling kat Ilah "ilah kamu dok dalam keter" "hah! tak naklah bah! 'aduih tak kan lah ilah dok sorang2 kat keter..kang tak pesal antu kepala tu berlegar2 kat luar keter." ....terus abah jerkah ilah " kamu tu tengah uzurkan....dok dalam keter..nanti abah pagar keter nie...' hu..hu..hu... padan muka ilah..terkantoi lak pulak..ingatkan leh nyorokkan dari abah....hu..hu..hu..


suami kawan ilah tak nak ikut sebab dia rase dah seriau....jadi yang akan masuk kekedai tu hanya abah ngan kawan ilah jer...lagipon kater abah kena...tuan punya kena ader sekali.... aduih!...bengang ilah..sebab tak leh ikut abah.....tak besh tul

bila abah ngan kawan ilah turun dari keter....ilah nampak abah bacer sesuatu dari tepi keter sebelah kanan...dan abah pusing mengeliling kereta sampai bertemu ujung tepi kanan tadi sssambil menepuk keter sebanyak tiga kali....

selepas abah menepuk tiga kali ke kereta...abah ngan kawan ilah terus menuju kearah tapak kedai...

tetiba ilah rase macam ader org kat belakang ilah....ilah pon toleh...Ya-Allah...kepala tu....rambut mengerbang,.dan terawang2.....mata bende tu bercahaya kemerahan pekat...maser nie....bende nie..hanya tenung ilah jer ....cepat2 ilah kalih pandangan ilah kedepan...terus bende tu gi depan kereta..ilah pandang suami kawan ilah..ilah tengok dia ..berpeluh2 ..dan pejam mata.......bende tu terbang mengeliling luar kereta dan cuba masuk...tetapi bende tu terpelanting jauh....dan cuba lagi ....terpelanting lagik...tetiba bende tu berhenti dan berpaling kearah kedai dan terbang laju menuju ke arah kedai....

ilah dah mengurut dada.....aduihhh ...manerlah abah nie....cepatlah datang balik....sambil bace ayatul kursi...ilah toleh suami kawan ilah masih pejam mata lagi....sambil berpeluh2 muka dia....

tetiba suami kawan ilah menjerit...eh! ilah apa bende tu macam apilah...laju menuju kat kiterlah...tengok!....tengok tu !api tu kuar dari kedai abanglah.. ilah pandanglah...alamak! bende tu datang balik.....ilah tanyalah "abang nampak ker aper yang berapi tu"...balas dia" tak..abang nampak api..jer..."fuh...nasib baik tak nampak kalau tak mesti dia lagi gelabah..nipon ilah tengok dia berpeluh giler...serentak tu jugak.ilah dengar bunyik berdesing panjang dan .bende tul2 terbang lalu tepi luar keter tempat ilah dok.dan time tu lak kami rasa keter .bergegar dan tergoncang sedikit (isk! camner nak cakap yek..haaa macam biler korang park keter pas tu tetiba ader lori besar bawak laju kat sebelah..haaa ader rase tak macam keter tu gegar sikit...tapi mase nie kitaorang rasa lebih gegar sikit)..dan bende tu terus terbang laju kebelakang dan hilang..ilah toleh...api2 yang nyala tu makin lamer makin kecil....

tetiba ader org ketuk tingkap keter..terkejut kami...laaaa abah ngan kawan ilah rupernyer....abah beri isyarat kat kami agar keluar dari kete...dan abah terus gi kat suami kawan ilah dan berbisik kat dia...

ilah pon gilah kat kawan ilah..ilah bawak nak tanya...kawan ilah bagi isyarat tangan ...suruh ilah diam dulu....ilah pon diamlah..ilah tengok muka dia pon serius jer. tapi nampak gak macam seriau gak...

lepas tu ilah toleh kat abah...mase nie abah berbisik kat suami kawan ilah...(hmm ilah tak dengar dorang cakap aper.....) tapi abah suruh suami kawan ilah tu bacer sumthing..macam doa nabi sulaiman.....lepas tu abah kuarkan cangkul daripada keter dan serahkan kat suami kawan ilah...



selepas membaca beberapa doa...abah ngan suami kwn ilah bergerak menuju kearah kedai...aik! ilah ngan kawan ilah camner gak...takkan tinggal berdua kat sini kot..,.getus ilah dalam hati...hu..hu..hu....

fuh! nasib baik...hi..hi.... sambil jalan tu abah berpaling kat ilah dan wat isyarat kat kami berdua agar ikut dorang....dari belakang....jadi kali nie kami berempat menuju ke kedai tu..

semasa sampai kat depan kedai tu ilah tengok setiap penjuru tu basah2 berbutir2...isk..aper nie....ilah pon tunduklah nak sentuh...tetiba2 jer abah ilah tepuk tangan ilah siap buat muka kat ilah..hu..hu...siap cakap lagi...ni yang malas bawak kamu.ni ..tak sabar....getus abah marah...hu..hu..hu...isk..isk..camner ilah tak perasan abah kat sebelah nie...

kemudian abah bergerak ke kawasan pokok 2 kecil ( macam pokok hiasan) betul2 di hadapan kedai tu...abah angkat kedua 2 belah tangan macam org berdoa dan baca sesuatu...setelah abis baca ilah nampak abah angkat kaki kanan dan hentak tumit belakang dan terus menekan tanah dengan ibu jari.....

selepas tu abah panggil suami kawan ilah gali dengan cangkul dengan segera..dan abah masih posisi yang sama.....

suami kawan ilah akhirnya dapat keluarkan sesuatu daripada tempat yang digali ..dan ilah nampak botol kain yang dibungkus dengan kain hitam..dan serentak ngan bau semerbak minyak india..singgah kat idung .....pergghhhh..kuat tul bau... .

suami kawan ilah hulur botol bersalut kain hitam kat abah...abah amik botol ngan posisi yang samer dan letak didalam beg karung kecil dan terus letak didalam beg ( lupa lak nak bagitau...abah ader bawa beg empat segi...beg tu macam beg santai ..jer abah sisipkan kat pinggang )

dan setelah beg karung kecil tu berada didalam beg empat segi tu terus abah ikat ngan tali..baru abah ubah posisi kaki abah.......

suami kawan ilah kambus balik tanah yang digali...dan abah tabur dengan garam sambil membaca sesuatu....

setelah itu bah bersuara ..lepas nie kiter pergi kerumah kamu....kata abah kat kawan ilah dan suaminyer......sebelum bergerak abah membaca doa ...dan hembus ke arah kedai...

lepas abah hembus....bau minyak india serta merta ilang.....( hu..hu...minyak india nie yang selalu org In### guna mase nak sembahyang )

kemudian kami menuju terus ke kereta......dan kali ini ilah yang memandu...sementara kawan ilah ngan suaminyer dok kat belakang....abah dok sebelah...aduihlah..naper lak nie....tapi ilah ikut jer...kang kena marah lak....hu..hu..hu...

didalam perjalanan pergi ke rumah kawan ilah....abah bukak mulut....
'hmm kamu ader kawan india tak?" tanya abah kat kwn ilah.."ader pakcik...kami kira rapat jugak..dia pun ader kedai dobi macam saya..tapi dia bukak dululah.."...lepas tu abah describe details lagi fizikal kawan india tu kat kwn ilah...dan kawan ilah terkejut sebab apa yang abah ilah cakap tu semuanyer betul.....

pas tu abah sambung."..hmm dia cemburu kat kamu..tapi takperlah....jangan berdendam dengan dia.."....lepas tu abah tanya lagi "kamu nak pakcik antar balik kat dia atau pakcik buang bende nie.." balas kawan ilah " takperlah pakcik...saya maafkan dia..pakcik tlg buang shj bende tu " terus abah tersenyum..."bagus! pakcik tahu kamu baik orgnye.....".eh! abah nie sajerlah tu nak menguji kawan ilah...nasib baik kwn ilah nie jawab macam tu....getus ilah dalam hati"


"pakcik di rumah kami ader juga ker" tanya kwn ilah kpd abah . balas abah...."ader sekor bende tu ikut kamu....bende tu diantar bersama barang yang ditanam tadi tu......bila barang tu ditanam disitu..kedai kawan kamu ditutup daripada pandangan org....sebab tulah org kurang ...lagi satu duit hasil baju gak selalu ilang sebab dicuri oleh bende tu...

lagi satu bende yang ikut kamu nie....antu keling....dia yang buat kamu selalu sakit jer....jadi kamu tak dapatlah buka kedai kamu nanti...jawab abah panjang..

lepas tu suami kwn ilah mencelah..."oh!patutlah pakcik biler saya sorang2 kat umah...saya rase macam ader bende memerhatikan saya..sampai meremang bulu roma saya..."


tambah abah lagi “ masa pakcik wat dalam kedai kamu tadi…benda tu kepanasan dan keluar lari dan pakcik yakin bende tu menuju ke
umah kamu :sebab tu kita perlu ke sana malam ni jugak…..

ilah
tengok melalui cermin ,muka kawan ilah ngan suaminyer dah berubah…..hu..hu..hu….”

“jadi yang saya nampak
macam bebola api tu…bende tu..ker
astagfirullahalazim”….kata suami kwn ilah sambil geleng kepala….

Sampai jer…kat kawasan umah kawan ilah…abah
dah bagi signal kat kami jangan keluar dulu…..ilah tengok abah…mulut abah macam bacer sesuatu dan mata abah memandang tajam kearah pokok besar yang berdekatan dengan umah kawan ilah….isk! lain macam jer abah ilah nie……

Aduih …bende tu dok kat pokok tulah.namapk mater dia merah..dan yang paling tak tahan rambut dia tu...(tang nie..korang pernah nampak patung berhala hantu yang ader taring tu...haaa lebih kuranglah macam nie).patutlah……dan memandang kearah
kami…dan tiba2 terus terbang kearah umah kawan ilah…. Lepas tu baru abah bagi signal kuar dari keter…alaaaa mesti ilah kena tinggal kat dalam keter lagi…lagipon suami kwn ilah kali nie tetiba nak naik lak…aduih! tak leh jadi nie..kena pujuk abah nie…


Ilah pandang abah dan buat muka..sedih…yang lak .abah jeling ilah.dan .buat2 tak nampak jer…..
last2 abah bisik sesuatu kat kawan ilah dan suaminyer…(time nie dorang kat luar keter ilah kat dalm keter) terus kawan ilah senyum mangangguk dan masuk dalam keter..ilah dalam hati dah jerit keriangan..hik..hik…hiik…sayang abahhh…lepas tu abah pesan ngan ilah walaupon apa terjadi jangan kuar dari keter nie..dan abah suruh kami berdua dok kat seat belakang...abah siap pesan lagi ..jaga kawan kamu..aik..! abah nie wat saspen jerlah...getus ilah dalam hati ...tak pasal2 tetiba berdebar jer ilah

Sebelum abah ngan suami kawan ilah naik keatas …abah membaca sesuatu dan suami kawan ilah ikut bacer … selepas tu abah wat pendinding tuk kereta sekali lagi. …dan terus menuju kerumah kawan ilah.


Dalam keter ni…ilah pon tanyalah kawan ilah….camner keadaan mase dorang wat kat kedai..tu…..kawan ilah citer…mase abah ilah wat tu dia tak nampak aper2 cuma ada bau hanyir yang amat sangat..busuk pon ader ...dan lagi satu...bila dia nak bukak pintu masuk kedai...tetiba abah ilah halang dan terus menhayun tangan macam membaling sesuatu...dan serentak tu dia dengan bunyi bende melanggar dinding kedai dia dengan kuat...

lepas tu abah terus menuju kearah dapur dan abah berteriak kuat menyebut Allahhakhbar sambil menumbuk sesuatu ..(time nie kawan ilah tak nampak aper2) dan bau hanyir tu slow ilang tanpa membuang masa abah ilah memanggil kawan ilah nie..dan wat pendinding tuk kedai tu.....time nie abah siap ajar lagi kawan ilah cara2 nak wat pendinding kat kedai dia tu...

semasa kami tengah rancak berbual tu...ilah macam nampak susuk seseorang berdiri kat luar keter...kejap ada ..kejap takder...ilah diam jer...kawan ilah dah perasan perubahan muka ilah....siap tanya lagi..naper ilah....dia tengok kat luar...pas tu toleh kat ilah...takder apa2 pon ilah kat luar...ko namapk sesuatu ker....

ilah wat signal kat kwn ilah yang ilah ternampak sumting...terus dia diam dan memandang ke arah ke luar....eh! macam sami India...sebab ilah nampak macam ader tanda putih garisan kat dahi ....sami india tu berdiri tegak dan memandang tajam kat ilah...dan terus hilang....

lepas tu ilah tengok sekeliling keter ...tengok2 ader lagi tak lelaki india tu.(.hmmm rambut panjang kerinting. kat dahi ada garisan putih kat tengah dahi ader warna merah..... ...marah tu lelaki india nie..dan ilah rase dia nie samilah...)

alhamdullilah sami tersebut takder muncul lagi....ilah dah berdoa2 kat dalm hati...cepatlah abah......lepas dua jam abah ngan kawan ilah pon balik ke keter...dan ilah nampak abah memegang botol kaca yang ditutup rapat ngan penutup ....

tetiba abah berhenti dan memandang ke satu tempat tul2 kat bumbung keter....
dan terus abah tahan suami kawan ilah menuju ke arah keter..dan abah cepat2 letak botol tu kedalm beg dan ikat ke pinggang..tetiba abah abah melompat ke arah depan keter dan

..menendang dan menangkis sesuatu...dan bende tu adalah lembing bergigi tiga....dan bende tu terpelanting terus ilang..... terus abah membongkokkan badan dan ambil segumpal tanah dan lontar ke atas bumbung keter....dan tanpa disangka kami mendengar jeritannn panjang..betul2 kat atas bumbung keter ...


dan setelah itu abah menumbuk tanak sebanyak tiga kali ...sambil membaca sesuatu an bangun menuju ke arah kete sambil wat signal kat suami kwn ilah msk dalm keter....kali nie abah yang memandu....

dalam keter abah senyap jer...dan abah terus menuju ke klang...dan ilah pasti abah menuju ke laut......

sampai tempat yang dituju...abah hanya turun seorang diri selepas memagar keter manakala kami dok dalm kereta dalm kegelapan .abah membawa beg abah sekaili....hmmm mesti abah nak buang ke laut nie...(.sorang pon takder bukak mulut.... ..masih terkejut lagi.....)

abah kembali ke kereta selepas 30minit..dan ilah nampak beg abah dan terselit berlipat kat tepi pinggang....hmmm mesti dah buang nih....dan mase nie barulah abah bersuara
abah kata ..nasib baik abah dah pagar keter tu sebab...sami tu terapung duduk kat atas bumbung cuba nak apa2kan kawan ilah.....hu..hu..hu....terkedu ilah dengar terutama kawan ilah.......
.

dan kami sampai kerumah ilah dalm kul 3.00 pagi......dan abah suruh mereka berdu tido kat umah ilah....dan besok pg baru lik kerumah mereka....

yes...dah abis citer......legaaaa



credit to cari forum....ilahkhatibrani.......thanx yaa....

Friday, December 4, 2009

Kisah misteri di rumah sewa jln gasing


Ghost Pictures, Images and Photos
Aku ni suka baca cerita2 seram, walaupun yg sebenarnye aku ni amat la penakut. Aku selalu gi lepak kat MPS board kat Forum Cari. So, ada sorang forumer ni ada sikit keistimewaan yg diberi Allah, dpt melihat dan merasa kehadiran alam ghaib ni. Dia bnyk cerita tentang pengalaman dia dan family dia berhadapan dgn alam dan makhluk halus ni.Dan selalunye dia akan bg sedikit info dan cara merawat dan jugak ayat2 yg perlu dibaca bila berhadapan dgn makhluk halus ni.

Hari tu aku PM dia dan minta izin dr dia nak copy paste cerita dia, dan dia dah bg izin kat aku, jd korang layan lah yer . Tp perlu diingat ini adalah kisah benar penulis asal cerita ini, dan bg yg x berapa kuat semangat tu kalo rasa x kuat semangat jgn le baca....


PENGALAMAN MISTIK DI TOWN HOUSE JALAN GASING

mcm ni ekisah seram aku:
Mlam pertama,

tido nyeyak..sebabnyer kepenatan..tapi sebelum tido tu aderlah dengar macam org guna bilik air....dengar mcm org mandi..pas tu dengar org kunci pintu bilik air ilah..mase tu tak rase apa2 sebab pikir mungkin akak bilik middle tu nak guna....aaa..sebelum tu ader gak ketuk bilik masterbed room sebab nak tanya kiblat kat maner....ketuk punyalah kuat tapi akak kat bilik tu tak bukak pulak pintu..makin dikuatkan tv aderlah...geram gak mase tu...ilah tak tanya ngan akak yang dok bilik middle tu sebab tuan umah cakap bilik tu akak india yang dok kejer kat assunta hospital..selalu lik lewat....lupa lak nak bagitau ...tuan umah aku prof kat UM..dalam bidang biologi katernyer....dia ader umah kat subang yang tu umah  family dialah...dia sajer beli umah nie..sebab senang dia nak ulang alik dr UM...sebab tulah dia sewa bilik kat org...(sorrylah dah melalut ..lak).......

2.malam kedua.

ilah lik lewat sikit sebab banyak kejer kat opis...sampai umah mase tu dah Maghrib....bila msk bilik dah rase lain sikit...tiba2 jer berdebar..pas tu dengar org masuk bilik air dan goncang timbol piintu bilik air ilah...mase tu terkejut gak...tapi ilah pikir mungkin akak india tu nak mandi....kot..sebab tu dia nak check samaader pintu bilik air ilah dah kunci ker lum..kang tak pasal tertengok dia mandi ..hi..hi..hi..tapi tungu punya tunggu tak dengar bunyi air pun..eh ..akak nie wat aper lama kat bilik air lelama...tapi tak mandi...lama gak ilah tunggu..last 2 ilah terus gi bukak pintu bilik air...eh...tak kunci..biler mase pulak akak nie kuar...tak dengar pun dia unlock pintu bilik air aku dr dalam...bila ilah bukak ...eh..tak org dlm bilik air pun..menyirap darah ilah...tiba2 raselah angin macam keluar menderu lalu kat tepi ilah....mase tu Tuhan jer tahu perasaan ilah.

Malam ketiga.

Malam Ketiga, (sori lambat...server down lah)

ilah balik lambat gak malam tu...tapi malam nie berteman sebab adik ilah tumpang tido ....mase sampai kat bilik ilah..adik ilah muka pucat abis...ilah tanya dia...naper nie muka macam nampak something jer....adik ilah siap tanya lagi.."kak,  akak india kat bilik sebelah nie dah kawen ker" ....."eh! maner ader dia dok sorang2 jer.."...."tapi mase maghrib tadi adik dengar ader org masuk bilik air..mandi ..pas tu dengar org gelak lagi suara lelaki ngn pompuan"  ..ahhhh sudah....ilah diam jer..siap cakap lagi...'alaaaaaaaaaaaa perasaan adik jer"..tapi mase tu cuak gak...

sambung lagi tuk malam ketiga....

malam tu ilah ngan adik tido lambat..adik ilah baca buku novel sambil dengar lagu..yang ilah lak wat kejer opis ....mase tu..tul2 tepat 12.00mlm....tiba2 ilah dengar sayup bunyi macam pompuan menangis...lama2 makin dekat...ilah tengok adik ilah....dia buat muka derk jer....hmmm patutlah pakai earphone...dengar lagu kat hp dia....ilah bangun dan bukak tingkap tengok kat luar...tak der apa2 pun...tapi bunyi pompuan menangis tul2 macam kat sebelah..mase tu pikir positif gak  ....mungkin akak india kat sebelah kot...last2 hati ilah tak sedap.. ilah cuit adik ilah..dan buat signal ...tangan suruh dia bukak earphone dia tu ...yelah...maner leh jadi..ilah sorang jer dengar...nak takut biar sesame takut.....hu..hu..hu.....adik ilah leh cakap...eh...bunyi aper tu kak...macam bunyi anjing menangis jer...cuba ko dengar tul2 dik macam bunyi org menangis kan....kitaorang mlm tu tido berpelukan tau nak tau sebab aper..sebabnye  bunyi pompuan menangis tu..dari kul12.00 mlm sampai dah azan subuh baru dia senyap...

malam keempat
mase kat opis....adik ilah call byk kali..pesan kat ilah ari nie jangan balik lewat ...sangat...dan kalau leh kul 6.00 ptg mesti ader kat umah....pelik gak ilah..rupa2nyer mase dia dok kat umah tu disiang hari dia dengar bunyi orang naik tangga tapi tak sampai2..korang paham maksud ilah kan...pas tu dia rase macam ader org kat bilik asyik tengok dia jer.....dan malam tu tepat jam 12.00mlm kami dengar suara org menangis sampai ke subuh..bila azan subuh jer terus ilang suara pompuan menangis tu...paginyer adik cakap dia tak tahan. mlm nie dia tumpang tido kat umah kak long aku jer..ish lupa lak nak bagitau ...adik ilah mase tu gi kursus kat kl selama seminggu sebab tu tumpang tido lik ilah jap sebab umah ilah dekat ngan komuter stesen....


seram gak ilah..sebab dok sorang lagi2 ilah tahu kul 12.00 mlm mesti dengar bunyi pompuan menangis...mase lik dari kerja tak nampak langsung housemate....terpikir gak...aku dok sorang2 jer kat umah nie ker....mlm tu ilah nekad tido awal lepas..solat isyak ilah paksa diri ilah tido............haaaaaaaaaa time nie..yang ilah tak tahan nie..........malam tu ilah mimpi...antara sedar dan nyata..ilah nampak satu peristiwa...dimaner ader sorang pompuan kena rogal ngan seorang lelaki..siap menjerit minta tolong ..mase tu ilah kaku tak leh gerak...mase kejadian tu macam ilah didalam bilik...pompuan tu menjerit kuat kesakitan ...ilah masih ingat lagi ayat pompuan tu....SUDAHHHHHH BANG ....JANGANNNNNN  SAKITTTTTT  SUDAHHHHH SAKITTTT SANGAT....mase tu mcm rase terawang2lah.isk mcm nak cakap ngan korang ...yek....lepas lelaki tu rogol kat pompuan tu....ilah nampak dia  amik pisau dan kelar leher pompuan tu..mase tu ilah menjerit dan cuba nak tolong tapi ilah tak leh gerak....pas tu dia keluakan something kat perut pompuan tu....YA-ALLAH..ilah nampak janin bayi...lelaki belah perut pompuan tu dan kuarkan bayi  pas tu gelak kuat2...mase tu ilah dah berpeluh...eh  betul ker apa yang aku nampak nie...tiba2 lelaki tu toleh kat ilah..terus ilah tersedar...badan ilah basah....ngan peluh..dan kepala ilah rase sakit yang amat sangat...

Malam kelima..
mimpi yang samer berulang...ilah tak tahan sangat..lepas jer mimpi tu ilah mesti sakit kepala...gi opis selalu murung...bila ilah tersedar tengah malam ..mimpi tu leh sambung balik tu...tu ilah tak tahan tu....bila terbangun rase macam nampak pompuan jer dalam lik tu tengah dok kat tepi katil..lagi satu sejak tinggal kat lik tu..ilah tak pernah tido dalam gelap..kira terang bederanglah bilik tu.....sebab biler ilah tutup lampu..macam nampak ader bayangan pompuan kat bilik....

malam keenam,
malam nie memang malam yang ilah tak leh lupa....
malam tu ilah ader wat pendinding sikit tuk diri ilah..sebab ilah tak tahan sangat ilah luahkan kat abah ilah.kat kampong ..so abah ilah bagilah ayat-ayat suci wat pendinding...sebab kater abah kalau benda tu nak minta tlg ngan ilah ...ilah lum bersedia lagi..dan jangan memandai nak tlg...memula ilah blur gak ..apalah abah aku ckp nie....mlm tu ilah tido pas baca ayat2 suci yang abah kasi ..ilah mimpi lagik..tapi kali nie tak seseram mcm mlm yang lepas cuma ilah nampak ader pompuan muka sedih sambil tunjuk kat satu tempat...bila ilah tengok..ilah nampak lelaki yang rogol pompuan yang ilah mimpi tu tanam mayat pompuan tu kat dalam pondok simpan peralatan...macam stor pun ader...pas terus ilah terbangun....terus kol abah kat kampong...bila ilah citer kat abah...abah ilah cuma cakap sok gi cari umah lain..dan jangan masuk campor...dah gi tido ...baca ayat yang abah kasi tu..

hari ketujuh...
ilah ikut cakap abah ilah..cari umah lain..dari pagi sampai kemlm cari..alhamdullilah dpt jumpa kat Sri sentosa...mlm tu gak ilah pindah sampai housemate baru ilah pelik..yelah...mlm tu bayar deposit malam tu gak pindah terus .....minta tlg ngan BF angkut bebarang...nasib baik  BF ader van leh angkut terus...semua brg...sejak ari tu ilah leh rase dan nampak kalau ader entiti....dah lamer..tu...ilah tanya ngan abah naper cakap 'jgn tlg dan msk campor'  SEBABNYER...kalau ilah tlg 'dia' nanti semua entiti yang ader masaalah akan cari ilah....sebab tulah abah tak kasi ilah tlg..............arghhhhhhh nasib baik ilah ikut cakap abah...........Scared 2



1.KISAH MISTIK DI CONDO KELANA JAYA

Pada minggu lepas ilah tido kat umah kawan ilah kat kelana jaya..sebab ada hal sikit?dia sewa kat condo di kelana jaya dekat ngan giant lama..
Kawan ilah sewa bilik yang berhampiran ngan dapur..dan tingkapnya (sliding  window)  kalau bukak leh nampak dapur ngan tempat sidai baju dan dekat ngan tempat sidai baju tu ader ruang kecil tenpat buang sampah Tapi ader pintu berkunci dari dalam .dimana kalau nak buang sampai..just letak  kat situ..dan esok pagi pihak maintenance akan ambil melalui pintu sampah diluar umah...

Pada malam tu..kami berbual sampai lewat malam siap tutup lampu bilik .dan hanya bukak lampu tidur jer ..masa tengah berbual tu..kami dengar macam  ada org buka pintu sampah  ….time nie kami ok lagi sebab kami fikir mungkin tu kawan serumah kawan ilah kat bilik depan....
Selepas tu …..kami dengar bunyi..org meyelongkar kat dapur..macam cari sesuatu..ilah nagan kawan ilah dah pandang sesama sendiri bunyi tersebut makin lama makin kuat siap berlaga2 pinggan mangkuk

"Eh!lain macam jer  bunyi kat dapur.". ujar ilah kat kawan ilah... yang  kawan ilah lak muka dia dah lain macam…


Ilah pun bangun nak gi kat tingkap sebab nak tengok sapa kat dapor..tetiba kawan ilah tarik tangan ilah sambil wat signal tangan kat bibir dia sruh ilah senyap?.pas tu dia bisik kat ilah “Ilah jangan tengoklah ntah apa tah kat dapor tu kita dok diam jerk kat sini " pujuk kwn ilah sambil peluk tangan ilah...yang ilah dah rasa lain macam jer..biler tengok muka kawan ilah terketar..pas tu dia bisik kat ilah.."sebenarnya aku selalu gak dengar bunyi org kat dapor time2 macam nie..sebab tu tingkap tu ..aku tak ..pernah bukak" jelas kawan ilah

.tetiba bunyik kat dapor ..berhenti dan kami dengar bunyik gelang kaki perempuan dari arah dapur  terus ke ruang tamu...kebetulan masa nie pintu bilik kami tak tertutup rapat..hanya terkuak sedikit sahaja bunyi gelang kaki ..semakin lama semakin menghampiri pintu bilik kami..kawan ilah dah  pucat..ilah lak..dah naik bulu roma kat belakang tengkuk..aduih!..tak leh jadi nih.. tanpa buang mase cepat2 tilah utup pintu bilik tu dan kunci....


Bunyik gelang kaki tu tetiba terhenti serentak bila ilah menekan punat tombol pintu dan time nie ilah bersandar kat pintu tu..bila bunyi gelang tu berhenti..cepat2 ilah..tonggeng sebab nak tengok..kalau 2  leh nampak kaki ker apa ....

tengah dok tonggeng tu tetiba tombol pintu bergoncang ..macam  org nak masuk...terkejut ilahkawan ilah dah menjerit halus..siap tutup mulut lagi dan start menangis ...Ya-Allah...menyesal gak ilah sebab tido kat sini   

Cepat2 ilah gi kat dia..dan suruh dia bacer apa yang patut..ilah tengok dia tul 2gabra..last2 ilah suruh dia ikut baca ayatul kursi ngan ilah..time nie ilah peluk dia dan baca ayatul kursi  sama2 ngan dia..sambil ilah picit kedua belah dibahagian bawah  ibu jari dia

Kali yang ketiga kami habis baca  ayatul kursi...alhamdullilah .tombol pintu bilik kami tak bergegar lagi...

Kemudian tanpa disangka..bunyi gelang kaki tu berbunyi kembali..tapi dari ruang tamu..menuju ke arah dapor...aduih.... janganlah tetiba dia melekap kat tingkap nie lak...kawan ilah dah pejam mata sambil peluk ilah cepat2 ilah bacer pendinding..ilah bacer berulang2 kali..sebanyak 33 kali dan tekan ibu jari  kaki ilah kelantai..manakala ibu jari jari ilah masukkan kedalam gengaman  ..time nie ilah tul..tawakal...



tetiba kami berdua dengar bunyi pintu besi kat tempat ruang sampah dihempas dengan kuat..dan bunyi hembusan angin hmmm macam nie bunyiknay ok..kalau korang dok dalam bangunan..dan time nie..ader ujan ributt kat luar..pas tu ader angin melanggar dinding bangunan..dia ader kelurkan bunyikkan     aaaaa macamnielah..Cuma lagi sayuuuuuuuu lagi)



Bila pagi..kami berdua gi dapor..dan tengok..pintu besi sampah.tu ada kopak ker aper..sebab bunyi hentaman yang kami dengar malam tadi kuat tul    hmmmm..terkejut kami berdua..sebab pintu besi tu dalam keadaan elok..dan siap berkunci  lagi.....

Pagi tu..juga..kawan ilah bercerita yang dia memang selalu dengar org selongkar dapur tapi dia membungkam..jer...dan ader kalanya kena tindih..tapi malam tadi kira gangguan plg .klimaks lah 厖

Lepas tu..kami bertanya ngan housemate kawan ilah  aaaa sorang budak Brunei..manakala lagi tiga org sabah..dan kesemuannya budak  student UNITAR

Biler kitaorang bukak citer..barulah..dorang bukak citer

Housemate kawan ilah cerita yang dorang selalu dengar org masuk bilik air tengah2 malam?pastu bunyi air pancut  langgar dinding bilik air卪cm ader org mandi lama lak tu..dan salah sorang daripada mereka nak guna bilik air sebab nak buang kecil..siap tunggu dalam bilik ..last2 tak tahan tunggu keluarlah dari bilik..sebab nak sound org kat dlm bilik air suruh keluar....

Biler kuar   tengok bilik air tu gelapppp jer dan terus dia masuk bilik tak jadi buang air kecil...

Dorang juga citer..adakalanya ader org ketuk pintu bilik dorang tengah malam sebanyak tiga kali jer卋ila bukak pintu takder org tapi macam ader angina lalu   pastu..siaplah memang kena tindih bila nak tido


Ilah lak bila dengar..takdernya..ilah nak tido kat umah tu lagi siap sebelum keluar umah tu..ilah dah bacer apa yang patut..pastu tepok pintu umah dorang (hu..hu..petua..dan doa abah kasi..biar bende kat umah tu tak ikut ilah balik .haaaa yang nie jangan tanya..lak  camner ilah wat..tak leh kasi kat org sembarangan)



2.KISAH MISTIK GAGAP DIUBATI NGAN BUAH

ok...sekarang ilah update citer lain gak tapi pasai zaman kanak2 ilah..

Semasa kecil ilah seorang yang pendiam....dan suka menyendiri.....terutama kat sekolah......ilah takder kawan baik...semua kawan2 ilah menjauhi ilah.....ilah sedih sangat....sebabnya hanya satu jer....SEBABNYA ILAH BILA BERCAKAP ....GAGAP...TERUK SANGAT KEGAGAPAN ILAH....kira kalau ilah nak abis kan satu ayat tu...Ya-Allah punyalah susah

pernah sekali ilah nask cakap nagn mak setakat nak tanya mak masak aper hari nie.......jenuh gak ilah nak cakap....hmmm camni ayatnya  "mmmmmmakkkkkkkkk      maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaasakkkkkk.......aaaaaaaaaaaaaaaaaaapaaaaaaaaaa  haaaaaaaaaaaaariiiiiiii nnnnniii....hmm ilah leh ingat lagi....kepala mak macam mendongak sikit keatas berserta dahi berkerut sebab bagi peransang kat ilah suruh abiskan ayat tu....


sampailah ilah mimpi tiga kali bertrt jumpa seorang tua yang molek parsa rupanya.....rambutnya panjang terurus kemas putip...pakai baju jubah putih bersih...janggutnya panjang kemas sampai ke dada dan berwarna putih


Mlm pertama
ilah mimpi org tua nie...pandang ilah sambil tersenyummmmm....sambil memegang tongkat disebelah tangan kanan...tongkat tu tinggi sampai ke bahu......dan warna ..putih kekuningan sedikit...besar tongkat....siap ada hulu kepala...lagi...tongkat tu berbentuk seolah2 ader kayu kecil melilit sampai keatas.....tapi memang cantik tongkat tu..

Mlm Kedua
ilah mimpi org tua tu lagi.....siap pergi kat ilah sambil tersenyum  danl usap kepala ilah...

malam ketiga...

ilah mimpi lagi org tua..nie..pun tersenyum kat ilah...kali ni..dia cakap sesuatu kat ilah
"Cucu nak cakap dengan baik tak...".sambil usap kepala ilah lembut

ilah mendongak kat dia dan jawab "nak!nak!..nanti mesti ilah ader kawan tuk! ujar ilah dengan tersangatlah giraaaaangggggg  ( tapi time nie ilah cakap gagap gak yek)

terus dia keluarkan sebiji buah.....warna hijau.......dan halakan kat ilah

"Cucu makan buah nie..Inya-Allah cucu akan becakap ngan baik sekali"


hishhhh  time nie ilah terus makan .....kruuup..kruppp.."rangupny buah nie tuk...sedap lak tu "
komen ilah dengan kegirangan....Org tua tu hanya tersenyum sahaja...ilah makan sampai abis..tapi mase last bite ilah tersedar...dan ilah leh rase ilah tengah mengunyah dan tengah telan sesuatu..ilah siap bukak mata..tengok sekeliling  just ader kak long ilah kat sebelah tengah tido....time nie tak pikir sangat sebab ilah kecil lg.....takdernya rase seramm....terus ilah sambung tido..


keesokkan harinya....ilah bangun tido .....dah siap mandi gilah dapor nak sarapan sebelum gi sekolah...time nie mak tengah layan abah tengah sarapan.....haaaaa time nie ilah bukaklah mulutt......ilah tengok abah ternganga tengok ilah...mak lak siap peluk cium lagi kat ilah....yang ilah lak...blur2 jer...siap tolak mak sebab cium bertubi2 kat muka....."aper nie mak cium2 org nie " rengek ilah  dengan lancar....time nie ilah baru sedar...eh! aku leh cakaplah..aku tak gagap  "mak! abah! ilah leh cakaplah..ilah tak gagaplah...yeaaahhhhhhh  bestnyaaa ...sambil terlompat2.....
dan pagi tu juga ilah citerkan mimpi ilah kat dorang berdua......hmmm mak hanya cakap mimpi ilah tu hanya mainan biasa...tapi abah lak...hanya tersenyummmm jer....sampai sekarang ilah cakap ngan laju sangat...ilah pernah mewakili sekolah peringkat daerah dan menjadi johan.....banyak kali. dalam pidato..di universiti pon sama...dulu semasa gagap...disek rendah..cikgu tempatkan ilah dikelas budak lembap...tapi selepas ilah senbuh dari "penyakit gagap" prestasi pelajaran ilah melonjak tinggi dan masuk kelas A........



3.KISAH MISTIK DIKAMPUNG KAWAN

Begini kisahnyer.....ilah ikut kawan ilah lik kat Perak....nie kali pertama...nie...mase tu ader kenduri kahwin...jadi ilah pun balik kat kampong sambil  berkenalan2 ngan  keluarga dia kat kampung.

Pada keesokkan harinyer kawan ilan..(kiter panggil die S yek.....)   S ngan suaminyer samer mak ngan arwah bapak dia gi umah besan dia kat kampong sebelah...jadi ilah tinggal kat umah sambil jaga adik dia seramai empat org ( dorang dah besar dah...iskkkk tapi kena jaga   ).

Malam tu lepas solat Isyak..ilah dah rase lain dah....

umah  S kat kampong memang luaslah....kira memanjang ke belakang. ..hu..hu...hu...dahlah pokok tinggi2 keliling umah....dahlah tu..jarak antara umah jiran yang lain ..amatlah jauh....

yang bebudak nie ( keempat@ adik perempuan S) lak malam tu lepak kat dalam bilik ngan ilah sambil bacer komik slamdunk dari jilid pertama  sampai jilid ke 35.....ilah ingat lagi mase tu ilah tengah charge hp kat meja..pas tu salah sorang daripada adik S tengah cuba main game motor kat HP ilah ...mase tu tiba2 rase bilik tu panas membahang sangat sampai adik S bukak tingkap seluasnyer...memula ilah tak kisah sangat....memang panas wehhh..bahang tul...

tapi tiba 2 ilah macam nampak kelibat pompuan jengah kat tingkap tu..ahhh sudah...dah start dah....cepat ilah suruh dorang tutup tingkap...leh dorang cakap......alaaaaaaaaa  akak ilah ..rilexlah..panaslah..kitaprang slalu tido tingkap terbukak macam nie...tak macam akak...penakut..yelah org bandar....ceh.budak nie....kang aku citer aper yang aku nampak...baru tahu....

dalam kebengangan ilah kat dorang ilah...tiba2 ilah rase ngantuk sangat...mata asyik berat..jer....sedar2 ilah dah terlelap


tapi sebenarnyer ilah tak rase ilah tido...nak tahu naper..sebab ilah leh naper dua adek s tengah khusuk bacer komik yang lagi dorang tu tengah rebut nak main game motor kat HP ilah..ilah leh dengar sora dorang tengah gaduh...dan leh nampak dengan jelas keadaan dalam bilik..tu ..tiba2 ilah nampak ader pompuan masuk melalui tingkap pakai baju putip tapi rasernyer baju putih...aduih rambut panjang lak tu..tapi nasib baik muka tak nampak...

dia leh landing kat tepi katil...( katil tu dua tingkat bawah king size atas macam katil bujang) mase tu ilah baring kedalam sikit...pandai lak bende tu leh port...betul2 duduk kat tepi pinggang ilah...

bende siap cuit ilah dengan kasar...."hoi saper ko....kenapa ko tido kat sini...apa tujuan ko datang sini.." ilah punyalah terkejut..bende tu sound ilah macam tu...lamer gak bende tu soal 2 ilah bertalu....lidah ilah tul2 kelu...yang bestnyer..bebudak tu masih lagi leka dan macam tak nampak jer bende tu dok tunjal2 badan ilah...arggghhhh


last 2 ilah lawan cakap ngan bende tu...aku kawan si S...aku datang sini tak tujuan aper2 atas dasar sahabat....tiada niat yang tersembunyi...lepas ilah bace last ayat Ayatul kursi dan ulang 3 X...dan bende tu tiba2 ilang...

serentak bende ilang dari pandangan ilah terus ilah tersentak  dan badan ilah macam kena kejutan elektrik..badan ilah bergetar satu kali macam terkejut....dan ilah terbangun....

Adik S terkejut tengok ilah tiba2 bangun dari tido macam tu....salah sorang daripada berkata kat Ilah...."eh....kejapnyer tido....tadi tengok bukan lagi lena".....ilah hanya diam jer...ilah terus duduk kat tepi katil dan beristighfar banyak..dan ilah baca beberapa potong ayat tuk kembalikan semangat ilah...

tanpa disuruh ilah terus tutup tingkap bilik..tu..dan ilah leh rase angin menderu keluar menlalui tingkap....ilah hanya diam jer..

bebudak tu pandang ilah pelik jer..tapi tak membantah ngan tindakan ilah tutup tingkap...sebab muka ilah serius sangat...ilah siap cakap ngan dorang saper yang lum solat..cepat2 solat pas nie kiter gi kuar tengok tv..sambil tunggu  akak korang balik..


kitaorang pun gi luar tengok tv sesama.....mase ilah dok tengok tiba...tiba 2 nampak kelibat lembaga hitam berlari dan tembus dinding...berulang kali....aduihhhhh  dia buat lagi dah...keluh ilah......yang peliknyer..semua adik pompuan S..wat tak reti jer...tengah syok layan siter Gilmore girls........wehhhh tak tahan ilah.......berkumit mulut ilah bacer aper yang patut..........siap doa2 dalam hati.....cepat2lah kawan ilah ngan parent dia lik...... .

s ngan suami beserta parent lik dalam kul 11.00 mlm...huh...legalah...jugak...ingatkan takder aper lagi...dah...tapi makin kuat dia kacau ilah wehhhhhhhh part nie ilah tak tahan ...terus ilah kol abah...........NAK TAHU TAK APER ILAH
NAMPAK………………….

kali ni  ilah nampak lembaga berbulu lebat...kasar bulu dia...berlari kat dalam umah tembus dinding..ilah tul 2 tak keruan...badan ilah dah sejuk sangat dari...ubun ilah dah bergerak2 dah...aduih....tak leh jadi nie.....kawan ilah dah pelik tengok ilah...bila dia terlanggar kaki ilah..terkejut beruk dia sebab kaki ilah sejuk macam ais...ilah senyum ...jer...terus dia pegang ilah...ko ok tak ner ilah.....

ilah terus kol kat abah .....mase tu kol 12.30 mlm...ilah tahu mesti abah dah tido....abah terkejut bila dengar suara ilah lain macam....ilah cerita semua kat abah.....abah suruh ilah baca tiga kul banyak kali berserta ayatul kursi dan beberapa doa..dan lepas tu raup dari kaki hingga ke ubun dalam satu nafas...sementara abah buat something dari umah....

ilah wat aper yang abah ajar kat ilah...alhamdullilah..slow2 rasa sejut kat badan ilang sikit2...sepuluh minit kemudian abah kol balik...tanya ilah keadaan ilah camner.....ilah jawab dah ok sikit....ubun2 ilah dah tak gerak lagi dah......lepas tu abah suruh ilah tido terus

besok pagi..mak awa2 pg l kol ilah..tanya keadaan ilah..siap tanya..bila nak lik ...hu..hu.hu....mak citer ngan ilah ...malam tadi lepas ilah kol abah tak tido....lepas abah letak tipon abah terus bangun gi amik wudhuk tuk solat malam...pas tu terus buat...lamer abah buat ...kater mak....mak punyalah susah ati...takut2 sesuatu terjadi kat ilah...hu..hu..hu...betul2 haru biru...hu..hu.hu...

mak siap cakap...kater abah tempat umah kawan ilah tu keras...ader org antar bende kat umah tu....dah lamer dah....mungkin mase tu ilah org baru kat dalam umah tu..sebab tu bende tu kacau ilah......mak siap warning...jangan gi saner lagi...hu..hu...hu...


ilah tak puas hati ...ilah gi tanya sendiri ngan kawan ilah...hu..hu...hu..laaaaa betul cakap abah....wehhhh ....kata kawan ilah..memang rumah dia kat kampong nie..ader org antar 'bende' sebab tu arwah bapak dia asyik sakit....bila gi hospital doc...kater takder aper2...patutlah ilah tengok arwah bapak dia tu lain macam jer...uwaaaaaaaa....Scared 1


4.PENGALAMAN MISTIK DI UMAH KAWAN..(sewa bilik kat umah dia)..

Mase nie ilah lik kerja pon lambat ...time tu nak maghrib......sampai kat bilik..memang letih tul badan ilah......konon nak landing jap kat katil dalam 5 minit...

sedar2 terlelap...dalam terlelap2 tu ilah leh nampak ader orang kelubung pakai warna putih dari belakang lalu kat depan pintu bilik (mase nie pintu bilik tak tutup....sebelah bilik ilah ader bilik stor..kira pintu stor tu sebelah jer ngan pintu bilik ilah) terus masuk bilik stor..

yang ilah mase tu..leh cakap iskkk aperlah kawan aku...pakaii telekung gi stor...
mase nie ilah rase macam tak tido..sebab ilah leh dengar kawan ilah tengah tengok American Tops Model kat astro..bukak volume tv kuat lak tu....peliklah...bila cuba gerak badan ..tak leh..macam kaku....tiba2 dengar azan dari surau berdekatan...terus ilah leh gerak badan..dan terbangun..

lepas tu ..ilah kuar dari bilik tanyer ngan kawan...L...tadi ko pakai telekong ker masuk bilik stor....'eh! maner ader ilah..aku cuti lah ari nie......aduih!..nampak lagi.....padan muka ilah sebab saper suruh balik umah terus tido 


hmm ingatkan dah abis macam tu......    ..malam tu ilah kena lagik..........aduih....    


malam tu ilah terbangun dari tido..tengok jam 2.30pg...sebabnyer..kepala ilah sakit sangat....ilah pon bangun cari ubat kat dalam bilik...cari punya cari..ilah tak jumpa lakk...aduih..dah abis dah...last2 telan penadol jer...

lepas telan penadol...kepala ilah masih berdenyut kuat lagik.. sakit tul kepala..rase macam nak pecah kepala....tengah2 sakit tu..tiba2 ilah leh rase ader tangan mengurut tepi kepala ilah...eh...mimpi ker aku. ilah bukak mata.....tak der pon org....ahhh perasaan aku kut

bila ilah pejam mata sekali lagi...tiba2 ilah rase ader tangan lembut jer urut tepi kepala ilah....eh!..biar betul............tapi jujur ilah cakap....cara urutan yang ilah rase2 tul2 best ( hu..hu..hu..)   sampai kesakitan kepala ilah reda sedikit2... 


dalam sedar tak sedar.....ilah nampak saper yang urut kepala ilah...wehhhhhhhhh   

pompuan pakai baju putih..rambut panjang..cantik...ilah tanyer dia....eh!naper urut kepala aku..nie....bende tu balas....aku cian kat ko....ko sakit ...tu pasai aku urut....aduihlah..... 

mase ni ilah siap dok bersila depan dia....pompuan tu pon samer dok bersila depan ilah...pas tu ilah cakaplah....'janganlah macam nie..pesal aper ganggu aku...gilah tempat lain....; pompuan tu  balas....' laaa ni memang laluan aku...aku selalu lalu kat sini".....mase nie..mata ilah bertentang mata ngan bende..nie...hmmmm fizikal macam manusia...cuma yang membezakan mata dia hitam semua.....antara mulut ngan idung tak der lekuk mcm manusia biasa

dalam keadaan nie....ilah gelabah sebab kali pertama bertentangan mata...biler ilah start bacer ayat kursi.....korang tahu aper pompuan nie..cakap......"woi...ko salah bacer..sepatutnyer ko bacer mcm nie...dia pun bacer depan ilah......hu..hu..hu....bengang pon ader sebenarnyer...last2 maser pompuan tu bacer ayat kursi tu..ilah tepuk lantai bilik ilak ngan tangan kanan dan baca last ayat ayatul kursi sebanyak tiga kali dan hembus kat..dia.....terus pompuan tu ilang...dan ilah terbangun

. berpeluh gak ilah maser tu.....ilah bangun..dan kuar dari bilik...gi dapor amik air tuk minum....mase nie ilah nampak kelibat putih dari bilik stor terus ker tingkap umah tamu...hmmmmm baru ilah pahammmm....umah kawan ilah nie..tul2 sebelah sungai......memang laluan macam nie disukai mahkluk halus2   

dan sakit kepala ilah pon dah hilang.....maknernyer bende tu dak kuar dari umah.... 


Pada malam berikutnyer....lepas lik makan dari luar ilah dah macam nampak ader bende dok bertenggek kat tepi koridor....tapi dalm samar2  (tuk pengetahuan korang..umah kawan ilah nie tingkat lima...belakang apartment nie ader sungai ...kalau korang lalu kat jalan klang lama ...korang mesti ader lalu kat jambatan sebelum balai polis petaling jaya....aaaa..sungai nielah)

bende tu kejap ader ...dan kejap takder.......hmmmmm ilah dah cuak dah.....ilah terus masuk umah...mase kawan ilah tengah tengok tv.....dia tanyer kat ilah....naper nie....muka cuak jer.....ila just diam jer....haaaaaaaaaaa mase nielah....lak..anjing melolong ...tul kat tepi sungai tu....adoihhhhhhh...time nie lak anjing nie nak 'menyanyi'  getus ilah dlm hati...pilihlah hari lain...

kawan ilah buat muka derk jer.....siap bukak tingkap yang menghala ke arah sungai lagi....angin masuk menderu2 kat dalam umah mase tu........kawan ilah leh cakap ngan selamber.....sedap gak angin malam nie yek ilah.............ilah pandang jer dia.....isk kwn aku nie takder perasaan langsunglah    ...last2 ilah cakap ngan kawan ilah....ilah nak tidolah...ko layanlah citer nie sorang2....hu..hu..hu...sebabnyer ilah dah perasan banyak tul bende lalu kat tingkap tembus terus ke bilik stor......     ..daripada 'bende'2 tu  perasan ilah tahu kehadiran dorang baik ilah blah cepat...tul tak.. 

mase ilah dok dalam bilik...langsir tingkap ilah tak tertutup rapi...mase nie ilah macam perasan ader kepala jenguk2 ilah kat tingkap....bulu roma ilah dah meremang.....cepat 2 ilah bangun betulkan langsir......dan pakse diri tido....


dada ilah tiba2 berdebar....aduih...dah start dah....mesti jap lagi aku nampak nie....terkumit mulut ilah mase nie bacer ayt kursi ...ilah tak pasti bila ilah terlena...tapi diantara nak lena tu..tiba ilah rase badan ilah kena tindih.....aik..tak pernak2 aku kena....pesal lak nie...time nie ilah leh nampak pompuan semalam tengah pijak badan ilah...mase nie...muka dia tul2 garang....ilah gunakan tenaga ilah sekuat dan jerit "Allahuakhbar' ilah tolak pompuan tu....terpelanting dan gedegang ...langgar alamari ilah...terus ilah.terbangun dari..tido...


time nie ilah rase penat sangat..terlalu letih rase badan......lenguh2 pun ader......hmmmmm memang salah ilah pun..sebab ilah terlupa nak wat pendinding sebelum tido..........(moral kat sini....sebelum tido tu....ilah kena bacer aper yang patut..)


sok pagi ilah bangun..aduih..sakit tul...rae lenguh yang amat sangat....bila nak madi tu..Ya-Allah....lengan ilah lebam....hmmm cepat2 ilah amik kunyit gosok kat situ...sambil bace Al-Fatihah dan Tiga Qul...

Alhamdullilah..sejak ilah amalkan baca aper yang patut sebelum tido..pompuan tu takder ganggu ilah kat dalam umah...pompuan cuma dok luar jer...kalau lalu pun ..tak masuk kat dalam bilik.....

selalu gak nampak dia kat luar...sekarang nie tak dok kat situ lagi..sebab kawan dah kahwin...tapi biler sesekali antar kawan ilah lik umah...mesti ilah nampak pompuan tu..tengah melayang..kadang dok kat pokok....

dua hari lepas...antar kawan ilah lik umah dalam kul..9.00 malam....macer nak reverse keta dengarlah sensor reverse bunyik ..ilah dah diam dah...adoih dua ekor......cepat2 ilah blah......alhamdullilah bende tu tak ikut......


6.PENGALAMAN MISTIK DIMELAKA-SEMASA BELAJAR- KOLEJ TAJAAN MARA

selama dua tahun belajar kat melaka banyak kisah mistik yang alami...dan kisah nie ilah tak pernah kongsi ngan sesiapa..kecuali abah..sahaja....abah banyak beri nasihat kat Ilah dimana...Allah sahaja yang paling Berkuasa dan hanya DIA yang perlu ditakuti....

 

KISAH PERTAMA


hostel ilah terletak di taman perumahan dimaner pihak menyediakan 30 unit banglo fully furnished ...best gilerrrr....semua ader....tapi kalau gagal wat kali pertama terus dismiss dari kolej.....   strict giler....dari pada  400 student tuk course ilah tinggal 120 jer berjaya....(sori dak melalut lak)


ok kat banglo yang ilah dok nie...ilah dapat bilik kat tingkat atas...dan ilahnyer katil bersebelahan ngan toilet....pader mulanyer ilah rase cam biase jer...biasalah mase tu budak2 lagi....kalau rase lain macam jer..ilah cuma pikir..mungkin ilah nak demam...

pada waktu malam ilah suka study lewat malam sebab best..sunyi jer..leh tumpukan ..study. tanpa gangguan.....
meja study ilah dekat ngan tingkap ....dan tingkap tu takder langsir....maser tengah study tu..ilah macam nampak ader kain putih melayang2 kat luar tingkap....eh..aku tak angkat ker tudung aku.....cepat 2 ilah bukak tingkap sebab nak angkat tudung ilah...kang tak pasai2 sok gi kuliah takder tudung......(mase nie beranilah bukak tingkap amik tudung sebab ader dua org kawan pon tgh samer2 study ).

maser ilah bukak tingkap tu..ilah cepat2 lah capai kain tudung ilah..tapi tak leh tarik....pelik jugak...dalam tarik2 tudung tu tiba2 macam ader org sentap balik tudung putih tu dari arah atas...ilah terkejut..pas tu ilah dongak kepala..ilah kat atas .baru ilah perasan tudung ilah nie pesal aper macam besar jer...Ya-Allah...terkejut ilah...cepat2 ilah tutup tingkap dan gi amik wudhu ...pas tu bace aper yang patut....kawan ilah yang dua org tu pelik tengok ilah....siap tanya ...ko naper ilah.....ilah just diam jer...siap cakap takder aper2..tetiba jer raser nak mengaji...hu..hu......

kengkawan nak tahu tak..aper yang ilah nampak....ilah nampak pompuan baju putih tengah berdiri melayang depan ilah ....tapi ilah tak nampak muka...macam kosong jer muka dia...iskkkk nasib baik..bende tu tak kacau ilah sebab tarik kain dia....aduihhhh ingatkan tudung ilah yang ilah tarik...ruper2nyer kain cik pon...... 


ader sorang kawan ilah nie ader gangguan saka belah nenek dia...selalu kacau dia bila nak tido...kesian dia...(dia nie salah sorang roommate ilah)
pernah satu kali ilah sorang2 study ..yang dia tengah tido...time nie ilah macam dengar org mengerang...ilah angkat kepala ...ni mesti kawan aku..cepat2 ilah gi kat kawan ilah terus sentuh jari telunjuk ilah kat tangan dia..terus dia bangun peluk ilah....terimaaaaaaaa kasih ilahhhhhhhh sebab selamatkan akuuuuuuuuu.....sambil menangis......bende tu kacau aku.....pas tu ilah suruh dia bangun amik wudhu wat solat malam....hmmmm sebenarnyer ilah tahu...mase dia mengerang tu memang ilah dah perasan ader pompuan dok baring sebelah dia pas tu peluk dia..tu pasal ilah kejut dia ....tapi ilah wat2 tak  nampak bende tu...   

dia pernah citer kat ilah...biler dia nak kener jer...mesti dia dengar bunyi deringan kuat macam loceng time nie dia tahu..mesti dia akan kena tindih jap lagi...kesian dia....

kawan ilah lagi sorang pun selalu gak kena tindih....mase nie ilah pun tengah study ..mase tu ilah dengar macam bunyi katil berkeriut..ilah toleh tengok kawan ilah kena tindih ngan makhlus hitam ...ilah diam jer..cepat2 bacer aper2 yang patut...(time nie tak tlg....takutlah...tengok bulu hitam...uikkkkkk    )
tapi kesian gak..terus ilah sajer2 baling buku ilah kat katil kawan ilah..sebab kesian kat dia..serentak tu kawan ilah menjerit dan kaki naik ke atas seolah2 sebab nak tendang bende tu...hu..hu.....hu..pas tu dia bangun marah2....bodoh punyer antu dia hempap aku....nasib baik ko blg buku nie kat aku...terus dapat tendang bende tu..... 

kawan ilah pernah tanyer..ilah.....ko tak pernah kena tindih ker...ilah jawah...alhamdullilah ilah tak pernah kena....hmmmmm sebenarnyer dorang tak tahu..setiap hari sebelum tido ilah mesti wat pendinding setiap penjuru katil dan bacer aper2 yang patut ...alhamdullilah tak pernah kena kacau...tapi kekadang ternampak adalah...tapi tak pernah kacaulah ilah 

ader sekali tu...satu hostel kecoh pasai ader org nak cuba ilmu hitam ...so..pengamal ilmu hitam nie cuba ilmu dia kat hostel..kami......

ader sorang mamat nie...lepas study gilah tido kat katil..besok2 pgnyer dia bangun tup2 dia berada kat tandas....ingatkan dia ader penyakit tido sambil jalan..tapi kejadian nie asyik berulang...last kejadian badan dia kena cakaran panjang sampai berdarah......ramai juga yang kener...


satu hostel gempar dan tiga malam berturut kitaorang satu hostel wat bacer yassin pas tu siram air kat kelliling umah..tu...hu..hu.hu 

ingatkan bila dah wat cam ni..dah ok..tapi makin teruk....sampaikan kawan ilah tak berani tido kat dalam bilik kalau ilah takder kat bilik...dorang sanggup tumpang bilik org lain... iskkk time ni pelik gak..ilah...

ilah siap tanyer kat dorang....apalah korang nie...korang jangan tinggal solat dan jangan wat bukan dan tak elok kat luar dahlah..Inya-Allah takder aper2...( kawan ilah yang lagi sorang nie sebenarnye ilah tahu..dia ni suka wat bende tak senonoh ngan BF dia biler kuar samer2...sebab tu makhluk berbulu tu suka tul tindih dia )


ilah ingat lagi...satu hari ilah tolong pagar bilik kawan ilah kat depan...kesian kat dorang asyik kena kacau jer...so dorang minta tlg ngan ilah..memula ilah cakap..eh!manerlah ilah tahu..wat bende macamner..ingat ilah nie  bomoh..ker aper     ...pas tu datang sorang kakak tu jumpa ilah...siap pujuk lagi..ilah...dia kater ader satu hari dia ternampak ilah wt pendinding kat tempat tido ilah...dan barulah dia paham kenapa ilah tak pernah kener kacau mase tido...

pada mulanyer ilah tak mau tlg..tapi lelaa cair dek ken apujukan akak tu....last2 ilah wat malam tu (dalam hati nie..kalau abah tahu..mampos aku kena mare)...

haaaa malam nielah kali pertama ilah kena cekik 

malam berikutnyer ilah pagar bilik dorang lepas Isyak..dan pesan kat dorang jangan keluar dari bilik nie...sebab kalau ader org keluar msk daripada bilik nie rantai pendinding akan putus...dan maner bende yang nak masuk kebilik nie akan melalui tempat yang ter utus tu....(mesti korang pelik kan...macammaner ilah tahu  semua kan.nie kan ....hmmm ilah dapat semua nie melalui mimipi) dan ilah masih ingat lagi cara2nyer.

dan malam tu jugak ilah tido ngan diaorang .......malam tu kami tido ngan tenang ....tiba2 hati ilah berdebar2 dan ilah macam nampak ader bende berlegar kat luar macam nak masuk ke bilik tapi tak leh...biler bende tu nak cuba masuk..bende tu terpelanting


dan  ilah leh nampak bende tu macam marah sangat sebab tak dapat masuk....pas tu ilah ternampak salah sorang roommates bilik nie  tengah naik tanggaa dan  menuju kebilik nie..dan terus dia bukak pintu dan rantai pendinding tu terus putus..dan zupppp bende tu terus masuk...dan tengok ilah.....mase nie kepala ilah pening yang amat sangat...badan ilah tak leh gerak....dan budak yang baru masuk tu ilah nampak ...siap tukar baju dan mandi kat bilik air tanpa mengetahui yang bende tu tul berdiri sebelah dia....


lepas budak tu masuk bilik air tu...terus bende tu gi kat ilah..dan cengkam leher dia.....nafas ilah tersekat2...ilah tak bernafas....raser sakit sangat....bende tu siap cakap ngan ilah...."ko ingat ..ko pandai sangat hah....berani ko pagar bilik nie...ha..ha...ha....ko tengok siapa lagi berkuasa .aku lagi berkuasa daripada ko"..'.bende tu makin kuat mencengkam leher ilah....i

mase nie...ilah nampak lembaga hitam menyerupai lelaki ..sedang cengkam kedua belah tangan dia kat leher ilah...dan ilah rase semua bende kat bilik tu berpusing2 ngan laju....dalam kekalutan tu ilah hanya teringan satu jer..jer petua yang bagi kasi kat ilah ..ilah cepat2 genggam kedua belah tangan dimana ibu jari terletak didlm dan bacer ayat yang abah kasi dan jerit Allahuakhbar..terus bende tu terpelanting ...dan hilang... 

terus ilah terbangun ...dan badan ilah basah ngan peluh...

tanpa buang mase ilah amik wudhu..dan pagar tempat tido ilah ngan baca ayat2 pendinding dan terus tidooo..... 



besok paginyer...kengkawan ilah...semuanyer seronok sebab malam tu dorang dapat tido ngan lena..dorang siap2 ucap terima kasih kat ilah...mase nie ilah senyum jer.....tapi dalam hati berkata  'memanglah korang tak kena usik ...yang kena usik aku....nasib baik idup lagi:   

tengah hari tu ilah kol abah...hmmm betul jangkaan ilah ...abah....mengamuk tul biler ilah citer pasai  ilah.kena serang...terus abah ngan mak naik ke melaka ari tu jugak....hu..hu..hu...   

biler abah ngan mak sampai ....abah terus marah ilah...aduih..kener marah lagi....siap wat muka sedih kat mak..suruh mak tlg....tapi mak wat derk jer...

abah siap cakap lagi...maner belajar wat pendinding nie..setahu abah ...abah takder ajar pon....ilah pon jawablah...hmmm ilah dapat tahu melalui mimpilah abah.....pas tu abah just senyum jer....dalam hati ilah...fuh..lega abah dah kool...

pas tu abah tengok leher ilah..( maser nie leher ilah sakit sangat ...siap merah lagi)...dan sapu ngan air putih yang abah bawak dari kampong.....dan suruh ilah minum air tu sebelum tido...

abah siap warning..jangan sesekali memandai nak tolong org kalau ilmu kat dada tak penuh lagi..(.aduih kena laser lagi...hu..hu..hu...padan muka ilah sekali lagi)

sejak ari tu ilah tak tolong lagi pagarkan bilik org......cumer pagar tempat tido ilah jer.......   THE END


PENGALAMAN MISTIK DIPERAK

ok ..maser cuti ari tu ilah nagn abah berserta mak..gi jejalan kat perak...sambil tu..singgah umah kawan ilah dan tido kat situ satu malam ( ingat tak yang ilah pernah citer pasai ilah kena tegur ngan sorang pompuan kat umah tu ...haaa umah nielah ilah bawa dorang tido sini...sebenarnyer abah yang beria2 nak gi umah nie...mak dah tarik muka ...hu..hu...)

sampai kat umah tu ..time dah maghrib dah....mase ilah nak masuk kat umah tu..time nie ilah tengak teringat lauk ikan terubuk bakar yang mak kawan ilah nak msk ..yelahhh..tengah lapar nie...pas tu ilah ternampak macam ader org macam pakai baju pahlawan dok berdiri tepi pokok rambutan tengah berdiri sambil berpeluk tubuk   sebelah dia ader tombak lagi...

Eh tul ker mater aku..nie..pas ilah tanyer abah....abah wat muka derk jer...siap cakap...takper abah dah beri salam dah...dia jawab kat abah...kater abah sambil senyum sokmo.....


lepas park keter ilah...mak ngan ilah angkatlah barang dan aper yang patut nak masuk kat dalam umah...(lupa lak nak bagitau...time nie kawan ilah takder....dia ngan suami kat umah besan sebelah kampong...sok tengahari baru ader kat umah nie ..dan emak kawan ilah nie tinggal berdua jer ngan abongsu dia kat umah nie...sejak suaminyer meninggal..manakala anaknyer yang lain dah tinggal kat KL)

sementara abah lak gilah kat pokok rambutan macam tengah cakap ngan sesorang....tapi ilah tak nampak sangat sebab gelap cuma macam nampak ader org kat depan abah....

yang mak lak dah suruh ilah cepat2 masuk...(alaaaa potong jalan tulllah  mak ilah nie...kan kengkawan..baru nak sekodeng.....ceh!  time nie beranilah..ader abah   hi..hi..hi...)


ilah ngan mak masuk dalam umah beramah mesra ngan mak kawan ilah tu.....sementara abah masuk kat umah lepas 10 minit kemudian.....(isk! lamer tul abah ilah kat luar....hu..hu....tal leh jadi nie..ilah pon nak kapochi gak....hu..hu..hu..)

bila mak ngan kawan mak kawan gi dapor jer ( alaaa biaselah org tua2 tengok pinggan mangkuk barulah tu.....beli kat maner ..berapa hinggit.....standardlah tu   )  ilah pon gilah kat abah tanyer.....

abah kater...tadi mase ilah nak masuk ke rumah tadi ader dua org panglima tengah jaga kat depan umah nie...

satu kat pokok rambutan.sebelah kanan .satu lagi kat pokok betik sebelah kiri...biler abah nampak ..abah terus beri salam ..dan alhamdullilah dorang sambut salam abah...

sebab tu abah senyum jer.....pas tu abah gilah berbual2 ngan pengawal tu...abah kater dorang dah lamer tinggal kat situ..dan memang tugasan dorang menjaga kawasan nie...terutama lepas arwah suami mak kwn ilah meninggal...

memula ilah tak paham gak apalah abah ilah cerita nie....


...pas abah sambung lagi.....dorang bagitau...mereka akan menjaga mak kawan ilah nie..sebab mak kawan ilah nie merupakan susur galur keturunan diraja majapahit......terkejut gak ilah biler dengar abah cakap cam tu...

pas ilah tanyer lagi tul ker abah....abis tu dulu yang ilah kener usik tu aper lak.....balas abah ....hmmm yang tu ader org hantar bende kat arwah suami dia...org dengki kat arwah.....

tapi sekarang abah tengok dalam umah nie..tak der aper2..kalau ader pon....penjaga keturunan dorang jer.....(alamak ..patutlah tadi mase ilah gi belakang dapor susun pinggan..macam ader org kat belakang jer...biler toleh takder gak)

tambah abah lagi" bende yang kacau ilah dulu pon ader lagi...tapi dorang tak leh hempiri umah nie....setakat berlegar dari luar kawasan umah jer...

umah nie dah dipagar dah .....

eh! abah nampak ker..bende yang kacau ilah dulu.....balas abah ader ..tadi mase kat luar abah nampak kat atas pokok kelapa.....aduih nyesal ilah tanya..... 

pas abah tanya...naper..ilah nak tengok ker..kalau nak jomlah .....iskkk tak naklah abah.....dah malam 2 gini.... 


Nyesal ilah tanya abah...padan muka ilah..tengah2 melayan perasaan tu mak ilah panggil suruh samer2 bual ngan mak kwn ilah nie kat belakang..
sementara ilah tengok abah tengah siap2 nak gi solat...

time nie ...abah tanya ngan mak kwn ilah....bilik air kat luar tu leh guna ker....sebab abah nak mandi kat luar.....kater mak kwn ilah...leh guna..dan elok lagi bilik air tu....

ilah tengok jer abah   dan siap sound lagi abah....eh ! abah ni kat dalam kan ader...bilik air .mandi ka dalam jer lah......balas abah....hmm tak per....leh cuci mata....


Ya-Allah abah ilah nie...sajer tau....yang mak lak buat2tak dengar ...malas nak layan kot....


ok....mase ilah dok sesama ngan mak serta mak kawan ilah nie...seram gak..yelah dapor belakang nie...macam beranda besar...dan hanya di tutup sekeliling ngan jaring nyamuk jer  yang warna hijau tu....kira kalau pencuri nak masuk senang jer....just potong ngan pisau..jer...pastu nampaklah...kat luar tu gelap gelita...

ilagi satu....rupernyer makcik nie tido kat situ jer tau...sorang2 lak..tu..ishhhkkkk berani tul org tua nie...biler ditanya ...naper tak tido dlam bilik....makcik nie jawab...kalau tido dalam bilik macam dok dalam sangkar jer..tak leh tido...sebab tu dia suka tido kat situ....

ilah lak macam nampak jer org menyeringai kat tepi2 jaring nyamuk tu...macam pompuan..aduih...cepat2 ilah cakap ngan nak masuk tengok abah gak... 



ok...time nie..ilah gilah cari anak bongsu makcik nie...cari2..laaaa.dah tido kat bilik..pstutlsh senyap......ok....mkcik tu kasi bilik tetamu kat depan...kira ilah tido sekali ngan abah ngan mak.....(tak mo tido sebilik ngan anak bongsu makcik sebab bilik tulah ilah kena kacau dulu)

jadi ilah ngan mak tido kat katil...abah lak tido kat lantai..sesorang....malam tu ilah tido nyeyak jer..takder mimpi2 


tapi pagi tu lepas solat subuh ...mak panggil ilah..ilah dah suspen dah....mak citer ngan ilah malam tadi mak mimpi ader tiga ekor anak harimau masuk dalam bilik yang kitaorang tido...mak siap nampak lagi keadaan bilik nie...mak nampak ilah tengah tido lagi kat atas katil...


memula tiga ekor anak harimau nie kecil jer macam kucing ..lelama dia besar macam anak harimau biase...bulu dia cantik....warna kuning keemasaan

dalam mimpi tu....mak siap cakap lagi....e'eh..cantiknyer bulu ....meh sini kat atuk...( time nie mak dok kat atas katil sambil buat isyarat tangan kat anak harimau tu)

terus tiga ekor anak harimau kuning emas tu lompat kat katil ....kater mak ...mak siap dukung lagi anak harimau tu..siap gesel2 lagi kat muka....mase mak dukung anak harimau tu,,,lagi sekot dok atas riba mak..lagi sekor baring manje kat sebalah ilah...ngeselkan badan kat ilah.....

lamer gak mak memain ngan tiga ekor anak harimau nie....siap cakap  lagi ngan anak harimau..tu..."nanti ikut atuk balik yea..ari nie  " time nie ilah dak cuak dah..allaaaa mak nie pesal cakap mcm tu ...nanti tul bende tu ikut camner....yang mak lak gelak2 jer..siap sambung lagi...dalam mimpi tu mak juga nampak kat atas siling tu ader sarang burung...burung tu cantik sangat kater mak......

mak kater lagi...lamer gak mak layan "blues' ngan anak2 harimau sampailah mak tertido ...lagi satu...mase mak nak tido tu...slow2 anak harimau tu turun dari katil ..gi kat abah pas tu jilat muka abah manja gitu pas tu....kuar dari bilik...

yang abah lak biler tahu pasai hal nie...abah siap senyum jer lagi....abah siap cakap tulah penjaga umah nie....pas tu ilah tanya ..abah dah jumpa dah  org tua dalam mimpi tu...abah balas ..dah malam semalam ..lepas mandi kat luar ..orang tua muncul depan abah.....dorang berbual kat luar...bila ilah tanya abah bual aper yek....pas tu abah jawab...tak leh. yang nie abah tak leh jawab  rahsia......sabo jerlah ilah 


lepas sarapan ..abah slowtalk ngan mak kawan ilah pasai umah tu ngan lelaki tua malam tadi...time nie tak leh dengar..sebab mak suruh ilah cuci pinggan kat dapur.....hisshhh melepas lah nak dengar sekali...jadi sebagai anak dara sunti yang menawan jadi gilah ilah cuci pinggan kat dapur ngan ank bongsu makcik nieee 


lepas siap cuci pinggan tu..cepat2 ilah gi depan nak dengar maklumat terkini...cehhh macam james bondlah pulak...hik..hik..hik...

time nie,...ilah cuma dapat dengar....makcik tu cakap....ye memang saya dari keturunan diraja majapahit ....kekadang saya pon ader raser macam ader org jaga saya ngan anak sayer...

ader sekali tu..maser say tengah tido kat bilik arwah...tiba2 jer datang tangan bebulu besar cekik leher saya...saya dah menjerit2....leher saya kuat dicengkamnyer....tiba2 saya nampak ader lelaki tua berbaju putih berserban putih muncul kat bilik azan pas tu tangan berbulu tu terlepas cengkaman kat leher saya sebaik shj azan dilaungkan...

lelaki tua tu berlawan ngan tangan besar berbulu tu ..dan akhirnyer lelaki tua tu menang ....lepas tu hilang dari pandangan saya sambil tersenyum kat saya...

oooo..patutlah makcik nie leh berani tido kat luar sorang2 ader org jager rupernyer......tengah2 syok2 dengar tetiba lengan ilah kena cubit...aduih..rupernyer mak...dah mencekak pinggang kat ilah...amboi2 anak dara baguslah benar curi perbualan org tua....pi dapor siap2kan makan tengahari....aduih...mak ilah nie...kacaulah....ilah slow2 gi dapor..takper2..nanti leh tanya abah mase nak balik karang....

kitaorang pada mulanyer nak balik lepas Zuhur..tapi tak jadi sebab kawan ilah ngan suami nak datang kerumah lepas Zuhur...jadi biasalah borak2 punya borak...last kater abah kiter lik lepas kul 11.00 mlm sejuk sikit kater abah keter pon tak banyak........ilah ok jer..sebab bukan ilah tahu kalau malam mesti abah yang drive....

tapi malam tu ...tak taulah tetiba abah cakap sampai kat tapah ilah lak yang drive..sebab mengantuk sangat.....alaaaaaaaaaa  ilah dah mengeluh...sebab lepas tapah...gelap giler highway...lampu takder gak..tengok jam dah kul 12.30 malam 

memula..ilah cool jerlah...takper2 abah ader.....mase tengah drive tu...kat depan ilah ader ambulans...tapi peliklah ambulans tu mcm jenis lama sikit macam tahun 80-an gitu...ambulan tu warna coklat....kat tepi tingkap tu siap ader jaring besi lagi....time nie keta ilah ngan ambulan tu jer kat jalan tu

time nie mak ngan abah dah beradu dah..kira tinggal ilah sorang2 jerlah
mase ilah nampak ambulans nie...dah suka dah..yelah...dah ader kawan memandu...sok taklah seriau sangat...tapi ambulans nie bawak slow lak pulak..yelah ilah bawak 140km tu...last2 ilah potonglah...ambulans tu.....dan ilah pandang kat cermin nampaklah ambulans tu tertinggal jauh kat belakang dalam seratus meter 

bila ilah kalih pandangan ilah dari cermin ..tiba2 van ambulans tu dah ader kat sebelah keter ilah tengah memotong keter ilah ....eh!lajunyer van ambulans nie...bila mase lak leh potong kat sebelah nie..


ambulans tu potong ...ilah tengok....meter keter ilah ..amboi 140km...pon leh kejer aku...hebat tul ...


tapi yang pelik lak bila dia kat depan lak...van nie wak slow lak....hmmm ilah pon potonglah lik......dah lambat.bwk van .orag nak cepat sampai kl nie....so ilah potonglah....

ilah tengok abah ngan mak dah nyenyak tul tido....ilah tengoklah kat cermin....van ambulans tu jauh tinggal kat belakang...ilah dah senyum dah.....mesti tak sempat kejarketer ilah nih...tulah...agaknyer driver ni nampak pompuan bwk ..tu yang nak racing ngan ilah tu...getus ilah dalam hati...

tapi bilah kalih pandangan ilah dari cermin ilah..Ya-Allah van tu tetiba ader kat sebelah ilah tengah potong keter ilah....eh! aper nie...lain macam jer van ambulans....wehhh 160km nie...takkkan leh kejar...pakai enjin turbo ker aper....getus ilah dalam hati...hu..hu..hu maser nie tak terpikir lak ader bende kacau ilah....mase nie leh lagi pikir ader driver lelaki nak racing ngan ilah memalam buta.....

ilah pon aper lagi kejar lah van tu....tapi tak leh kejar...laju tul....ilah tekan minyak..lagi dan tetiba ilah perasan van tu tetiba slowkan kelajuan ..ilah pon potonglah ...dan cubalah nak tengok muka driver...time nie..tetiba abah bangun terus bukak tingkap dan paling muka kearah driver van tu sambil kuarkan tangan...

terkejut ilah...nasib baik ilah tak terlepas streng keter....

abah tunjuk jari no 2 abah sambil goyang2) macam gaya  budak kecil
minta dua posen kat jins shamsudin....tu dalam citer bujang lapok tu) sambil mulut abah terkumit.....pas tu terus abah tutup tingkap.....dan suruh ilah berenti tepi...

pas tu ilah tengoklah van tu ...aik!...hilang...biler mase lak van nie ilang.....iskkkkkk

ilah dah cuak.....pas abah drive lak....abah siap sound ilah..".seronok lumba ngan antu kepala hitam..". ".hah..aper abah cakap tadi" terkujat giler ilah...'biar tol abah"

kamu nikan ilah...lain kali kalau drive tu cubalah berzikir sikit....abah baru terlelap sikit dah ader bende kacau kamu...tu lum lagi drive sorang 2 kat highway....'  nie nasib baik baik halang kamu tengok bende tu..kalau tak..ishhhh maunyer dia ikut kamu sampai ke rumah....getus abah marah...

ilah pon tanya "tadi abah warning bende tu ker..'
"a'ah abah sound bende tu..berani ko kacau cucu cicit r### M### Bugis"...terus bende tu ilang'..

abah siap cakap lagi.....mase ilah drive lagi ader nampak cik pon dok kat tepi keter....kuat tul bunyi kain dia sebab terseret kat jalan....hu..hu.hu....ilah pon balas ..."dengar bah siap nampak lagi kain dia ngan rambut dia...tapi berani sikitlah sebab abah ader pas tu tengah syok race ngan van ambulans tu terus tak hingat dah cik pon ader kat tepi keter...hu..hu...hu



KISAH MISTIK TEDDY BEAR

Ilah dulu suka teedy bears.terutama yang banyak bulu tu….hmm  kalau peluk jer…beshhhhh…siap kalau takder teddy bear tak leh..tido….sebenarnya abah ngan mak tak suka beli patung2……kira dulu mase kecik2 terliur gak nengok barbie doll…bila merengek kat abah nak beli patung tu…takdernya dia beli..kena jengil mata aderlah…..ilah ingat lagi mase kecik2 ilah ngan adik pompuan ilah suka main patung2 cantik yang dari kertas tu,,,siap banyak lah pakaian ..tapi daripada kertaslah…seronok main  tapiii.biler abah nampakkkkkkkk….dibuang semuanya tuuuuuuuu..waaaaaaaaaaaaaaaaa…geram gak…tapi mase tu kecil lagi..taktau naper abah wat macam tu….sampailah ilah dah besar baru ilah tahu naper..abah tak suka anak perempuannya simpan patung terutama teddy bears 

Mase ilah tahun kedua..di UITM-PPP di sec 17……ilah dapat hadiah teddy bear berbulu…lebat dan besar sannngaaaaaaatttt tuk bizday ilah…weeeeee..ilah saying sangat kat teddy bear nieeee…(besarnya macam  Shanie..yang pelakon tu…dan tinggi…macam org dewasa duduk)…tapi ilah tak pernah bawa lik..sebab takut abah marah……jadi bila cuti semester ilah akan tinggalkan kat dalam bilik jer..kalau sebulan  cuti..sebulan lah teddy bear…tu tinggal sesorang….

Hmmm sampailah ilah cuti panjang lepas final exam….lepas lik cuti…ilah  tengok teddy bear ilah dah lain macam sikit….sebab kekadan ilah perasan mata bulat dia tu macam bergerak..terutama bila ilah dalam bilik sorang2 ….bila ilah terperasan..ilah siap amik teddy bear tu ..dan tenung mata dia..sebab nak pastikan tul ker tidak……aik! Takder lak……. 

Bila malam lak ilah..kekadang ilah akan letak teddy bear tu kat atas lemari..sebab adakalanya ada kawan datang tido kat bilik ilah…so dorang akan  tido kat lantai..tu tido gelimpangan…..tapi peliknya…bila ilah bangun pg…teddy bear tu ada kat  ujung kaki ilah tengah  best dok mengadap kat ilah…’.eh! jatuh ker patung ilah nie…tapi kalau jati naper kedudukan dia kat kaki ilah macam ader org sajer letak?’ Bisik ilah dalam hati


Sampailah satu malam tu…ilah tido sebilik ngan kawan baik ilah ..kat dalam bilik ilah (kebetulan roommate ilah takder..  lik umah parent  mase ujung minggu) ….dia ni time nie tengah syok bercinta….tiap malam 2 mesti bergayut…kalau bergayut…sampai berjam2 lamanya…dahlah zaman dulu hp..nya besar2..iskkkkkkkkkkk..tak sakit telinga ker….aduhlah….


Ilah tido awal dan dia masih lagi bergayutttt ngan bf ….tetiba ilah tersedar…sebab terdengar macam bunyi suara org mengelupor mengerang  ( hish! Camner yek nak cakap…haaa macam nie…macam ader org tekup mulut kita..pas tu kita macam nak jerit..tapi..takleh ..tapi ader bunyi gakkk….kira suara tersekat kat kerongkong laaa)


Time nie bilik gelap..tapi teranglah sebab kat luar bilik ader lampu ..jadi cahayanya  aderlah sedikit menerangi bilik ilah….katil ilah ngan katil roommates ilah disusun macam  huruf L dan kira berdekatan ngan tingkap…ilah tido kat katil ilah ..dan kawan baik ilah tido kat katil roommates ilah

Bila ilah terdengar suara macam org mengerang…ilah bukaklah mater…..Ya-Allah…..cepat2 ilah bangun dan bukak lampu bilik..terus bilik terang….kawan ilah lak..terus bangun dari katil dan peluk ilah sambil menangis….baju dia basah ngan peluh…sementara patung teddy bear ilah amik dan ilah cepat lontar kat luar bilik…serentak teddy bear tu jatuh langgar kat locker luar….terus gedebunggggg….dan ilah cepat2 tutup pintu bilik…

Haaa..kengkawan nak tahu apa ilah Nampak……mase ilah bukak mata tu..ilah namapk ader lembaga itam berbulu..tengah himpit baring kat atas kawan ilah…bende tu siap cium lagi mulut kawan ilah dengan rakus..sementara..kawan ilah kejung tak bergerak….bende tu  bernafas merengus ngan kasar tau..

Sebab tu ilah bangun bukak lampu…..dan bila ilah bukak lampu..lembaga hitam berbulu tu lari masuk kedalam teddy bear ilah  (time nie teddy bear tu tul2 kat ujung kaki dia )…..tu yang ilah amik teddy bear dan lontar kat luar bilik..

Jam menunjukkan pukul 3.45 pg..kami berdua tak sambung tido….ilah tak putus2 baca aper yang patut…..sementara kawan ilah peluk ilah..sambil menangis..ilah suruh dia bacer sekali apa yang patut…sementara kat luar bilik ..kami dengar macam bunyi..kerusi kena baling kat lantai….dan bunyi pintu locker kena hempas ngan kuat….alhamdullilah..bende tu tak masuk dalam bilik lagi….sementara kami terus menerus bacer apa yang patut..dan lampu bilik  terus terpasang sampai  pagi..dan kami berdua tak sedar bila mase lak kami terlena 

Pagi tu kami keluar bilik..sebab nak tengok..keadaan luar bilik..yelah malam tadikan bende tu mengamuk kat luarkan…….tapi bilik kami  keluar ..laaaa..semua kerusi ngan pintu locker..elok jerrrrrr….dan  yang tak bestnya..teddy bear ilah tengah dok kat atas meja  ..terletak elokkk jer…dan mengadap kat kami…..terkejut ilah….tapi ilah wat tak reti jer….yang kawan ilah dah gelabah..last2 ilah amik teddy bear tu letak kat dalam lemari kosong dan kunci sambil bacer ayatul kursi…..dan terus tipon BF ilah……repot kat dia…hu..hu….tak mo tipon abah nanti kena marah..so tiponlah BF…kebetulan lak dia belajar kat UM….

Bf ilah kol balik dan  cakap dia akan datang lepas zuhur jumpa ilah…..jadi lepas zuhur dia datang dan bawak plastic sampah warna hitam….dia pas kat ilah dan suruh ilah bungkus teddy bear tu dalam beg tu…….dan siap pesan sebelum masuk kan teddy bear tu bacer  sesuatu..dulu…ilah buat macam disuruh..Cuma bila dah letak patung tu kat dalm beg palastik itam tu….bila angkat ..ya-Allah..beratnya….tapi bila ilah  ilah baca ayat yg BF ilah suruh bacer..dia ringan sikitlah….leh lah angkat..tapi masih berat jugaklah…macam dalam tu ader banyak batu besar2….

Lepas tu BF ilah terus bawak karung itam berisi patung tu ke seksyen 25…dan sampai jer atas  jambatan…yang ader sungai tu…terus dia buang lempar kat dalam sungai….

Lepas tu ilah tanyalah ngan kawan baik ilah….apa yang jadi ….dia pon citerlah….lepas abis gayut ngan BF dia …dia tak leh tido..pastu dia amiklah teddy bear ilah..siap peluk lagi……macam peluk bantal peluk….lepas tu masa dia nak terlena tetiba dia terdengar macam ader org jilat telinga dia sambil berkata “  hmmmm I loveeeeeeeeee  uuuuuuuuu”..berulang kali…..dia ingatkan dia bermimpi..sebab suara yang dia dengar tu tul macam suara BF dia …lepas tu cubalah bukak mater….tapi tak leh..paas tu dia rasa ader macam org cium mulut dia siap leh rasa lagi lidah....dia cuba nak jerit …tapi tak..leh….dan serentak tu..juga..dia rasa ..macam ader org tindih dia siap raba2 badan dia…..dan masa tu dia bukak mata…terus dia Nampak ilah ..dan bilik terang….dan time nie…terus dial eh gerak badan…..

Ilah tanyalah..kat BF…..apa yang lembaga hitam berbulu..tu…dia kata hantu raya..yang tak bertuan…..nasib baik dia takaper2kan ilah…sebab hantu raya nie….memang kuat nafsu….
   
Dan lagi satu…hantu raya nie…dah lama peratikan ilah..dan cuba wat sesuatu..tapi tak dapat….sebab ilah selalu wat  baca aper yang patut sebelum tido……kira kawan ilah nie…..kesian dia…memang nasib tak baiklah……sejak ari tu kawan baik ilah kalau tido mesti bacer apa yang patut….aduihlah…dah terkena baru nak wat…





KISAH  MISTIK PEREMPUAN MENYANYI

Kisah berlaku semasa ilah belajar lagi kat UITM-PPP sec17

Ilah dok kat blok 11 dimana blok nie satunya blok pompuan dalam asrama lelaki..kat sec 18..kira kami nie ..bungalah kat situ…

Ilah suka study memalam sambil buka pintu kat koridor…selalunya ilah bangun kul 2 pg study dan pukul 5.30pg ilah  berenti jap  dan lepak kat balcony sebab tengok  bebudak main bola sepak  kat jalan tul2 depan restoran mamak ngn restoran Kelantan …jadi ilah tumpang tengoklah ..best..tau..siap bersorak lagi…hu..hu…hu..

Mase ilah tengok syok study dalam kul 3.00pg tetiba ilah dengar bunyi pompuan menyanyi….genersik suara pompuan tu..ilah siap keluar kat balcony..tengok2..sebab nak cari…siap..cakap  sorang2…iskkk!siapalah nyanyi pagi buta nie….sambil garu kepala..ilah…ilah masuk balik kat tempat meja studi..ilah ( meja studi ilah tul2 kat sebelah pintu  menuju ke balcony)

   Mase ilah tengah nak dok tu ilah macam Nampak dari ekor mata ilah..ader pompuan  tengah dok berdiri kat balcony tu sambil menongkat dagu…(ilah Nampak dari belakang..hmmm rambut tersisir rapi..siap ikat lagi macam zaman dulu2….ader bunga diselitkat kat rambut dia..wangi semerbak…)

Perempuan tu nyanyi macam lagu lama sebab irama nyer macam lagu lama…..tuai padi anatara masak tu..siap macam berpantunlah..tapi  berlagu….lama gak dia nyanyi sambil sisir rambut yang berikat tu…..”isk! time nie…ilah dah berdoa…hiskkkk..janganlah dia berpaling…..adoih…..lah

Alhamdullilah perempuan tu tak berpaling…sedar2 jer pompuan tu hilang…terus ilah tutup pintu..tapi ilah tak terus tido ilah..sambung studi…..weeeehhhh  sok ptg ader peksa……wwooo  core paper lak tu…..aaaahh..mase tengah studi tu..ilah dah dengar bunyi bising2 kat luar…aaaaa dah tahu dah budak2 nak main bola..terus ilah stop study..bukak pintu ..siap amik kerusi..lepak kat balcony…..jadi penyokong …hu..hu..hu….best..manakala..pompuan yang nyanyi lak tadi..dah tader ..Cuma kat balcony tub au wangi macam bunga melur..semerbakkk..lagi…tapi time tu tak takut sebab ader bebudak tengah main bola….weeeeeeeeeee  best!bestt!...walaupon masih gelap tapi leh Nampak sebab ader lampu tepi jalan…tak  muka tak jelas sangat..tapi nampaklah sekumpulan bebudak tengah main bola…




KISAH MISTIK NENEK KEBAYAN..SEMASA KECIL

Selepas kematian arwah datuk...nenek dok sesorang kat umah kat kampung...umah nenak besar dan luas...jadi kami sebagai cucu akan bergilir2 temankan nenek dikampung bila cuti semester...

sampailah giliran ilah dok kat situ selama sebulan......temankan nenek....pada minggu pertama tiada apa2 yang berlaku...sehinggalah pada malam pertama pada minggu kedua..berlaku kejadian pelik..   

nenek ilah nie...bila malam..Ya-Allah memang jimat giler elektrik....bila dah lepas solat Isyak....nenek akan suruh ilah tido cepat..takdernya nak tengok tv..aduih bosannya time tu   
jadi malam tu nenek ilah padamkan semua lampu kat umah dan kami hanya ditemani ngan pelita ..yang dimana api pelita amatlah kecil sahaja ..kira cahaya pelita tu cukup2 meyinari tempat kami tido...kira tempat lain gelap gelita yang amat sangat

malam tu ilah tersedar..sebab ilah terdengar bunyik benda berjalan kat dalm rumah...time nie ilah dah takut..sebab ilah ingatkan nenek ilah...tapi nenek kat sebelah ilah tengah tido....

bunyi yang ilah dengar betul2 kat ruang tamu atas...(hmm umah kampung selalunya terbahagi tiga bahagian...bahagian hadapan adalah ruang tamu...bahagian kedua adalah ruang tido dan tangga sebanyak dua tangga akan menyambungkan bahagian nie..kemudia bahagian dapur dan tangga setiggi empat tangga akan menyambungkan bahagian ini....bilik air dan bilik mandi...aaaaa..kat luarlah..kira tak bersambung ngan umah...  )

ilah ngan nenek tido kat bahagian kedua..dan betul2 berdekatan ngan tangga yang kat ruang tamu depan.....bunyi yang ilah dengar macam org berjalan bertongkat...pas tu macam org heretkan kaki kat tempat yang kesat..dan kasar....bunyi nie bunyi berselang -seli...memula macam jauh..lelama macam dekat jer kat telinga....ilah...sampailah..ilah dengar macam dah dekat kat tangga yang nak menuju kat ruang tido..ilah..ilah dah seriau..cepat2 ilah himpit..nenek..ilah tengok nenek..tapi nenek tido nyenyak...adoih nenek ilah.nie .tido mati ker apa....    

..tiba2 ilah dengar bunyi macam tongkat terhentak kuat kat tangga macam org bertongkat nak turun tangga..cepat2 ilah amik bantal tutup muka ilah.....
bunyi tongkat tu berenti tul2 kat atas kepala ilah dan nenek..lama jugalah...tapi time nie..ilah takdernya nak mengintai tengok ..takut..(haaa..time nie..baru jer darjah empat) dalam lebih kurang lima minit gak...benda bertongkat tu..berhenti tengok ilah nagn nenek tido....lepas tu..benda tu bergerak menuju ke dapur dan terus hilang.....
.
(lupa lak nak bagitau....ruang tido umah nenek takder bilik....kalau anak dara cuma tido kat ruang yang diasingkan nagn dinding yang tidak berpintu...dan hanya tido kat lantai..takder katil...kira ilah tido kat sinilah ngan nenek)

Tapi dlm takut2 tu ilah beranikan bukak mata tapi keciklah...bila bunyi tu menhala kearah dapur..sebab nak tengok.....dan ilah nampak....aduih..nenek kebayan siap bersanggul (ilah nampak dari tangga..tapi time nie...gelap sangat...kira cuma nampak sebahagian belakang jer) 

Pagi tu ilah bangun..siap tanya ngan nenek...nenek ada dengar apa2 tak malam tadi...nenek kater tak der   .... 


pada malam berikutnya..macam biasa nenek akan tutup lampu semuanya dan akan pasang pelita yang cahayanya hanya menerangi tempat kami tido jer...malam tu jugak ilah tak leh tido....bila ilah perasan nenek dah tido cepat2 ilah bangun..dan besarkan api pelita..sampai menerangi semua ruang tido tu...fuhh! lega..taklah gelap..sangat...........tapi nie kesilapan besar yang ilah buat  time nie....nak tau naper..sebabnya nenek tu datng lagiiiiiiii...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........kali nie..ilah tul2 takut..sebab nenek nie leh lak mencangkung kat tepi tangga kat ruang tamu .....nak tau macamaner ilah tahu walaupun ilah tutup muka ngan bantal...haaa..sebab bayang2 nenek tu daripada pelita yang ilah besarkan tuu...siap leh nampak bayang2 sanggul nenek tu kat dinding ....aduihlah...........terketar2 gak baca Fatihah  (time nie jer yang ingat hu..hu...)


Time  subuh lepas solat subuh nenek ilah dah marah2 membebel  sebab bila bangun dari tido?lubang idung memasing itam sebab pelita api besar sangat?hu..hu..hu ..kalau hitam sikit takper lagi..nie sampai itam legam gak lubang idung kami?nak meneyek punyalah lamer?hu..hu.huu?padan muka ilah..

Tengah hari tu ..makcik ngan anak lelaki nya datang jenguh nenek ahhhhhh   ilah dah lega sebab dorang berdua akan  bermalam selama dua malam jadi nenek tak guna dah pelita dah bestnya.....malam tu kami guna lampu..
Jadi malam tu ilah tido lena sangat   sebab takder ap2a gangguan bestnyerrrrrrr


Pada petang keesokkan nya ..ilah gilah main sesorang kat bawah pokok rambutan ...pokok rambutan nie jarang berbuah...dan pokok nie tul2 kat sebelah ruang dapor...

Lepas penat main pondok2  (chewahhh pondok2..alaaaaaa biasalah budak pompuan   iiskkk malunya  ) ilah dok lah kat kerusi kat tepi dapur sambil memandang kat  pokok rambutan tiba2 ilah Nampak susuk badan macam nenek kebayan tengah bertongkat menuju ke arah pokok rambutan tu...ilah siap gosok mata lagi betul ker aper yang ilah Nampak nie.. .nenek tu..berbongkok bertongkat kayu ..dan kayu tu nak kata kecil taklah kecil sangat..warna kayu tu macam coklat kayu..bahagian hujung yang menhentak tanah Nampak runcing sedikit dan bahagian kepala tongkat tu besar sedikit dan muat2 ngan tangan nenek tu

Rambut nenek kebayan tu putih..dan Cuma ader sedikit sahaja hitam....hidungnya  macam manusia Cuma panjang sedikit...dagunya berlekuk bulat dan kulitnya berkedut....
Nenek kebayan nie terus menuju kebatang pokok rambutan dan perlahan2 masuk kedalam batang pokok rambutan tu...time nie ilah Nampak separuh badan dah masuk kedalam batang pokok rambutan..manakala separuh lagi di luar batang pokok rambutan ( opps lupa nenek nie pakai baju kurung lamer  macam zaman dulu2  tapi warnanya nak kat coklat cair tapi bukan dan ader macam corak sikit..dan berkain batik..dan rambut bersanggul tinggi)

Haaaaaaa time nie..mungkin nenek kebayan perasan ilah  tengah peratikan dia...dan  time nie semua badan nenek kebayan tu dah masuk kat batang pokok rambutan  (kira semua badan macam dah ghaib jer ) hanya tinggal kepala nenek kebayan tu..terus dia berpaling dan meyeringai kat ilah..dan  jengil mata kat ilah ngan mata tajam dan terus ilang di balik batang pokok rambutan tudan meninggalkan  kesan misteri  tompok putih kat batang pokok rambutan tu sampai sekarang...dimaner tompok putih tu meyerupai kepala nenek kebayan bersanggul tinngi..siap ngan dagu bulat lekuk.. 

pada malam nya abah ngan mak datang ....sebab abah2 tetiba kat kampung asyik mimipikan ilah asyik menangis jer ....terus malam tu...ilah cakap ngan abah nak ikut balik....nenek dah macam merajuk sebab tetiba ilah nak balik..padahal cuti  sekolah masih panjang lagi...

last2 abah ngan mak cuba pujuk ilah ....siap dorang berdua tido kat situ dua malam..tapi ilah tetap berdegil nak balik..last2 dorang panggil sorang lagi sepupu ilah temankan nenek sampai abis cuti sekolah....

mak dan kecil hati ngan ilah sebab tak nak temankan mak dia......dalam perjalanan balik ke umah ..ilah diammm jer.....

bila balik kampung ke umah nenek ilah mase raya ...ilah akan elakkan main kat pokok rambutan tu..walaupon sepupu ilah seronok main kat bawah pokok rambutan..tu...dan pokok rambutan tu susah nak berbuah....

ada sekali tu abah tanya kat ilah...naper tetiba ilah jadi pendiam tak mau main ngan sepupu bila lik kerumah nenek.....terutama main kat pokok rambutan tu...terus ilah jawab "tak maulah ilah..kat situ tempat nenek kebayan..nanti dia culik ilah cam ner.."  terkejut abah..terus abah malam tu...cuba lepas solat abah baca  sumting kat air dan suruh ilah minum..............
hmmm..alhamdullilah sejak ari tu ilah tak nampak lagi nenek kebayan tu..   

dan bila balik kampung ilah ader tunjukkan kat abah bekas tompok putih menyerupai..muka..nenek kebayan..lama gak abah diri situ...tak tau abah wat apa...









KISAH MISTIK POMPUAN RAMBUT PANJANG  SEMASA HARI RAYA

Kisah seterusnya ilah nak citer kat umah nenek ilah belah mak..juga masa nie raya pertama...kira ramailah..bertandang kat umah  nenek nie.... wahhh penuh giler dari ruang dapor sampai ke ruang tamu ...tuk pengetahuan korang arwah datuk ilah kahwin dua...jadi paham2lah yek..kalau semua  balik raya siap ngan anak2 sekali...zaman dulu kalau anak berderet tu...tu pasallah sepupu ilah punyalah ramai...tapi memang meriahlah............
Pada malamnye...anak dara tido kat bahagian  kedua iaitu kat ruang tidur..tidolah kami sambil ditemani mak2 masing2 ..sementara bapak ilah dan bapa saudara tido kat ruang depan iaitu kat ruang tamu sementara anak-anak bujang tido kat serambi rumah kat luar hu..hu..hu...    ..kesian dorang...


Kira gelimpanganlah dorang tido kat serambi tapi yang masih kecil tido kat  ruang tamu..sementara tu pula , tingkap yang dekat serambi tu..dibiarkan terbuka luas dan begitu juga ngan pintu ...mase nie kat kampong ,,memang susah pencuri masuk...kekadang kalau siang hari pintu umah terbuka luas pon takder org masuk....kalau  ayam masuk adalah tapi tu  dululah..sekarang takleh wat lagi..aduih....rindu tul mase nie    

Pada malam tu ilah tak leh tido...sebab panas sangat..meruap2 panasnya...last2 ilah bangun gi dapur..amik air kat peti ais... masa nie berani..sebab umah terang bederang..Cuma kat ruang tamu ngan serambi jer lampu tutup..hu..hu..hu...)   

Lepas minum ilah gilah naik atas tapi kaki macam gatal jek nak tengok..sepupu ilah yang kat serambi tu dah tidor ker lummmm......

Ilah pon gilah sambil berjengkit2 ..siap langkah lagi  bapak saudara yg tengah syok tido...ishh siap berdengkur kuat.. lagi ( haaa ..jangan salah paham lak..walaupon  masih budak lagi..taklah ilah sampai tergamak langkah kepala ngan badan dorang... ilah just langkah.jinjit kat kaki jek..tau)

Sampai lah ilah kat pintu yang terus bersambung kat serambi...tapi time nie ilah dibalik pintulah t akut sepupu lelaki ilah Nampak ilah yang tengah mengintai dorang?.laaaaaaaaaaa dah tido terbungkang  dah..yang maner pakai kain pelikat tah hilang ke maner Nampak sepentot hik..hik..hik..aperlah dorang ne..macer tengah gelakkan dorang nie..tetiba ilah mater ilah tangkap objek putih berdiri membelakangi tul2 kat ngan serambi kat bhgn ujung..

rambut panjang jer sampai ketanah...alamak..cepat2 ilah tutup pintu siap kunci..lagi..berdesup..lari kat mak...time nie  siap terlanggar kaki pakcik ilah..nasib baik tak tersadung...


biler ilah baring kat sebelah mak ..cepat2 ilah peluk mak....tetiba ilah dengar jeritan kuat kat luar menjerit kesakitan..."makkkkkkkkkkkkk tolonggggggggggg  aminnnnnnnnnnnn'.....semua org terbangun..termasuk mak..ilah time nie diam jer....

kat ruang tamu dah kecoh2...ilah siap dengar sepupu lelaki  ilah tendang kuat pintu yang ilah kunci tu..dari luar.dan ader yang melompat panjat tingkap yang dekat serambi nak masuk kat dalam umah

Lepas tu ilah dengar  suara bapa saudara ilah ( haaa dia imam kampong)..laungkan azan  dan serentak tu jugak dengar hilaian  ketawa pompuan  dan terus hilang..time ilah dah cuak..siap peluk erat mak...

Lepas tu ilah Nampak abah dukung sepupu lelaki ilah...eh! dialah yang tido kat ujung sekali kat serambi..Ya-Allah peha dia berdarah macam kena cakar jer..getus ilah dalam hati...




Abah suruh semua anak dara dan mak2 berkumpul kat dapor ngan nenek sementara sepupu laki lak ikut  berkumpul kat ruang tamu sambil dijaga oleh bapak saudara yang lain..
sementara tu mak pujuk mak amin...sebab mak amin dah tak keruan. dan asyik menangis jer bila tengok anak dia cam tu....aaaaaa time nie..ilah berdesup lari senyap2 tanpa pengetahuan mak naik keatas sebab nak tengok apa dah jadi kat amin..sepupu lelaki ilah....

Kesian dia muka dia pucat lesu dan tengah pengsan..bapa ilah baca sesuatu kat air dan usap  dari dagu sampai ke ubun2 sebanyak tiga...alhamdullilah..sepupu lelaki ilah sedar..tapi masih tak bermayasementara tu bapak saudara ilah yang azan tadi tu cuci darah kat peha dia sambil berkumit2 mulut pas tu balut ngan kain..


Aah time nie mak dah tarik telinga ilah sebab leh dok kat situ .(hu..hu..sakit tul.. dan tarik ilah gi dapor dok ngan sepupupompuan yang lain....)   

Keesokkan paginya sepupu lelaki ilah demam panas selama seminggu ...siap bawa jumpa doctor lagi...hu..hu..hu..terkejut kot.....
Lepas seminggu ilah terdengar abah citer kat mak..aper yang terjadi...

Mase Amin ttengah tido kat serambi dia rasa macam orang usap kat peha dia dan diaia ingat sepupu yang kat sebelah dia cuba kacau ..jadi dia buat tak gheti jer laaa..pas tu ..dia raser lagi ader tangan cuit peha dia lagi dan dia pon soundlah kuat.janganlah kacau org nak tido nie..kang aku tending kang hhaaa time nie mata tertutup laaa lepas tu
Dia terasa ngilu kat peha macam kena cakar..terus dia bukak mata dan terkejut depan dia ader cik pon tengah menyeringai gigi tajam kat muka dia terus dia menjerit.....








PENGALAMAN MISTIK DI FLAT SHAH ALAM DI SEC24


KISAH PERTAMA

Dalam flat nie ader dua bilik..satu bilik besar dan satu lagi bilik kecil….bilik besar tu ader dok empat org dan bilik kecik tu dok dua orag…dan ilah dok kat bilik kecik tu…..

Kawan sebilik ilah nie suka sangat keluar malam dan kekadang lik kul dah nak subuh dan ader kalanyer tak lik umah  tido…jadi ilah selalulah tido sorang kat bilik tu…

Bilik ilah nie mengadap  pokok besar …kalau buka tingkap leh Nampak pokok tul dan katil ilah tul2 kat tepi tingkap tu….

Ader satu malam tu..ilah sakit kepala yang amat sangat…sampai muntah2..pada malam tu buat kali pertamanyer ilah tido ngan suis lampu tutup..kira gelaplah..kira hanya cahaya dari lampu jalan jer menerangi bilik ilah  (selama nie ilah kalau tido mesti dalam keadaan terang bederang )

Mase tengah tidor tetiba ilah rase semaca jer..dada ilah berdebar 2…..dan rasa sejuk semacam….dan bila ilah buka mata…YA-ALLAH..siapa lak tengok aku tido…..aduih! dah datang dah….cepat2 ilah  pejam mata…

Kengkawan nak tahu aper dia…haaaa tu dia cik pon….ilah pinjam mata dan membungkam…dan sambil tu baca apa yang patut….tetiba ilah rasa katil ilah bergoncang macam ader org dok kat tepi birai katil ilah….

Allaaaaa  cik pon tu dok kat katil ilahlahhhhh…ilah dah gelabah…ilah pejamkan mater ilah jer dan membungkam  sebab ilah tahu cik pon tu tengah tengok ilah……pastu ilah rase katil ilah bergegar ..alaaaa dah start…dah

pastu ilah leh raser rambut kasar kat kaki ilah walaupon maser tu ilah tengah berselimut.....kejap2 raser kat ujung kaki dan kejap2 rasa kat ujung tangan tapi hanya sebelah jerlah..sebab time nie ilah baring mengiring ...

Time nie ilah dah tak tahan terus ilah cakap …ko nak wat aper ..watlah…kalau nak lalu ..lalu jerlah tapi jangan ganggu aku….terus katil ilah berenti goncang..



KISAH DUA

Time nie juga tido sesorang sebab kawan sebilik lum lik lagi …..kali nie ilah tido lampu bilik bukak…..malam tu tido ilah terganggu sebab bilik ilah terasa bahang sangat…jadi ilah pon bukalah tingkap seluas-luas nyer….

Lepas ilah pon sambunglah tido….dalam antara tidur dan sedar tetiba ilah dengar bunyi berdesing kuat…time nie badan ilah kaku  tapi ilah leh Nampak keadaan bilik ilah ..Ya-Allah aper tu…..ilah namapk macam bebola cahaya (macam cahaya kunang- kunang yang terbang ramai2 dan berbentuk bola besar   )tengah terapung-apung kat depan ilah…..dan seolah –olah macam nak serang ilah…..dan  secara tetiba  bola cahaya tu menuju laju kea rah ilah…dan ilah  dengan segera menepis bola tu daripada terkena ilah dan terus bende tu berkecai terpelanting keluar ke tingkap….

Dan serentak itu ilah terbangun…..keesokkan harinyer tangan ilah lebam


KISAH KETIGA

Kengkawan bilik besar dah lik kampong sebab exam dah abis ….tinggal ilah ngan kwn sebilik lum abis lagi…jadi kami berdua jerlah tinggal kat umah tu…

Pada kul11.30tgh …time nie siang lagi tau dan kawan ilah kuar jumpa BF dier jadi ilah dok sorang2 mase nie….ilah bacer buku kat katil..sebab sok ader exam pg….mase nie ilah tak tutup pintu….dan ilah leh Nampak meja study ilah kat ruang tamu…

Dalam memhafal fakta2 penting ..tiba2 ilah terlelap….haaa time nie ilah  tetiba tersedar dan  biler ilah angkat kepala sikit Nampaklah  kawan ilah tengah bacer buku lg..siap Nampak lagi dia pakai short pants ngan sleeveless warna hijau kegemaran dia tu siap bertocang kuda lagi…tapi time nie ilah Nampak dari belakang jer….

Pas tu ilah cuba laaa panggil kawan ilah..tetiba ilah rasa ader tangan menekan kepala ilah daripada arah atas …aduih! Sakit leher ilah maser tu…terus ilah bacer ayatul kursi..dan dengan sepenuh tenaga ilah tolak tangan tu….dan akhirnyer Berjaya….tangan  terus ilang…

Lepas tu ilah tengok kat meja ilah…eh! Kawan ilah takder …ilah tak puas ati ..ilah bangun siap cari seluruh umah..takut2 kawan2 ilah nak memainkan ilah…..hmmmm takder pon org..kat umah tu selain daripada ilah…

Lepas satu jam kawan ilah lik dari dating..terus ilah citer..pas t uterus dia tak pakai2 baju ijau ngan short pants tu lagik…hu..hu..hu…



KISAH KEEMPAT -HANTU PENANGGAL MERASUK KAWAN SERUMAH DI UMAH SEWA FLAT -SEC 24 SHAH ALAM

Selepas abis belajar ilah masih tinggal kat umah tu...kira ilah cari kerja kat Shah Alam dan dapat kejer kat PKNS.

Time nie ilah dok bertiga sahaja....dan sebulan kemudiannyer ...ader dua org budak lepasan SPM...masuk kat umah ....dan mereka berasal daripada Kuala Kubu, selangor.

Mereka berdua nie..memang kawan rapat...(dan yang paling ilah rase macam pelik sikit jer....ialah sorang budak nie...nama dia liza....budak nie berbadan kecil molek dan free hair....)...dan kerja pon tempat samer kilang hitachi..gi kerja sesama dan gi dating pon sesama...


dorang berdua dok sebilik kat ilah...pernah sekali ilah tengok budak tu...siLiza..dan ilah rase mcm dia tu lain macam jer...mata melingas jer.....biler dok kat sebelah ilah..dia mesti cepat2 tundukkan kepala....isk! lain macam tul budak ni....time nie ilah taknak lah pikir bukan2...walaupon syak ader bende dah masuk dalam badan dia

ada satu malam tu ilah tengok kawan baik liza macam gelisah..jer..kejap2 dok kat dalm bilik..kejap2 dok kat ruang tamu.....hmmmm naper nie budak nie....time nie si Liza tengah tido..lamer tul dia tido dari ptg ...sampai kul 9 malam tak bangun2......(time nie juga penyewa lagi dua org lum lik kejer...tinggal kami bertiga jer)...

ilah tanyalah kwn baik liza..nie  'ko kenapa nie..dari tadi akak tengok gelisah...sangat...."  kwn baik Liza balas " kak....saya rase saya ngan Liza nak lik kamponglah minggu nie....."  Eh! naper lak...korang berdua baru jer kejer seminggu..maner leh suka 2 cuti ...nanti kener buang kejer"

Kawan baik Liza dah tak keruan..tetiba jer dia tarik akak kedapur dan siap tutup lagi pintu bilik dimaner bilik tu Liza tengah tido....Erk! lain macam jer budak nie...getus ilah dalam hati

"kak, saya rasa Liza sakit baliklah." bisik kwn Liza kat ilah  "eh! naper bisik2 ngan akak nie.." kata ilah separujh menjerit...dan cepat2 dia tutup mulut ilah....dan suruh ilah cakap perlahan....


Mase kwn baik liza nie nak bagitau sesuatu kat ilah...tertiba jer ader org sergah daripada belakang kami " ko nak cakap aper kat kak Ilah'...terkejut kami.....bila kami toleh.....laaaaaa  biler masa lak dak Liza nie bangun...tak dengar pon dia bukak pintu....liza pandang kawan baik dia dengan pandangan tajam......yang kawan bailk Liza  diam dan menikus takut ...dan cepat2 tinggalkan ilah ngan Liza.....

pas tu Ilah pandang Liza....dan Liza cepat2 tundukkan muka dia dan larikan pandangan mata daripada ilah...dan terus gi kat meja makan dan duduk kat situ....dan mengadap ke arah kawan baik dia....


kawan baik dia tunduk dan tak mau bertentang mater yang Liza.....yang ilah lak ..dah rase lain macam jer..ilah rase macam ada benda dah msk kat badan...tapi ilah kena pastikan dulu...dengan tengok wajah dia.....jadi ilah doklah sebelah...liza kat meja makan....

ilah tengok kawan baik liza tu dan mengigil ketakutan....lepas tu ilah tepok bahu Liza....."liza dah makan ker...nie ader nasi goreng nie....akak baru jer masak.....makanlah"   time nie Liza diam jer dan tunduk dan sesekali jeling kat Ilah....

lepas tu ilah...suruh kawan baik liza gi dapor amik air tuk Liza...sementara ilah cedokkan nasi goreng tuk Liza......time nie...ilah tanya..lagi kat Liza  "laaa..naper diam jer nie...lIza sakit ker "   sambil mata ilah tengok kat dia...tapi liza masih menunduk.....dan tetiba dia merengus kasar dan terus masuk bilik tido ....

kawan baik liza terus pegang ilah  "akak berani nyer akak.....saya dah takut nie....saya dah kol parent Liza amik kami ari sok...jadi mungkin kami amik cuti sekejap .."
time nie..mata dia sikit2 tengok kat bilik takut si Liza tiba2 sergah balik...

pas tu ilah tanya" akak nak tanya sikit nie....Liza tu lain macam jer " balas kawan baik Liza " sebenarnyer ader bende ikut dia..tapi saya tak tahu apa dia..sebab dulu sebelum datang kat sini..memang ada org antar bende kat dia...tapi parent dia dah ubatkan...ingatkan dah pulih....taktahulah laa pulak jadi macamnie...

"sebenarnyer akak dah perasan Liza lain macam.jer .terutama malam semalam mase dia tak kerja....time tu ko tak lik kerja lagi.....akak tengok dia baring kat katil dia....pas tu akak macam nampak ader org baring sekali ngan dia....bila akak pegi kat dia...org yang tido kat sebelah dia tu...hilang lak....dan lagi satu...kalau dia tido...mater dia pejam..tapi bola mata dia bergerak2" kater ilah kat kawan baik Liza....ilah tengok kawan baik liza dah cuak....


kami berdua dok kat luar sampailah kakak lagi dua org tu...balik....dan kawan baik Liza ceritakan semua kat kami...

kata kawan baik liza.....mase kat kilang liza dah buat hal.....tetiba menjerit kuat macam histeria....dan mengamuk...puas juga dipujuk oleh dia tapi tak dilayan....time tu lak dorang tengah wat kejer...bertempiaran lari semua org...sampaikan terpaksa guna enam org lelaki pegang Liza.....lepas tu datanglah sorang pakcik..yang dah lamer kejer kat situ..bacer sesuatu kat Liza...terus dia pengsan....dan pihak kilang bg dia cuti satu hari....haaa sebab tulah malam semalam dia tak kerja.....

malam tu kami tak tido sebab jaga liza...takut tetiba dia lari umah.....kang susah lak kami mencarinyer.....tapi kali nie...ilah bukak luas2 pintu bilik ...jadi bile kami berkumpul kat ruang tamu ...kami leh nampak liza yang tengah baring kat dalam bilik....ilah pesan kat kawan ilah yang lain...buat macam biasa...dan bacer aper yang patut.....dan alhamdullilah malam tu  Liza takder lak mengamuk..... 

sok pgnyer parent liza datang amik mereka berdua lik kampong dan pergi berubat....hmmm ingatkan dah abis....ader lagi rupernyer


malam tu..ilah layan sesorang tengok citer...Shrek kat cd..siap gelak sorang2 lagi.........time nie kawan serumah dah tidor....time tu dah kul 12.00malam lebih....teriba HP ilah bunyi....dan kawan baik liza yang tepon...."akak ilah tak tido lagi ker" pastu ilah pon balas " tak tido lagi tgh layan citer cartoon shrek...haaa!! macammaner ngan Liza....dah ok...!!!  balas kwn liza " masih tengah berubat....hmmm kak..saya ader bende nak cakap ngan akak nie...penting sangat nie....jadi besok saya datang umah jumpa akak yek"..dan terus letak......."aik! lain macam jer kawan baik Liza nie....getus ilah dalam hati

keesokkan pgnyer.....kawan baik liza sampai kat umah tapi dia tak nak masuk kat umah...pelik...biler diajak..dia kater tak mau...dan dia kater lagi selesa berbual diluar umah...sahaja.....jadi kami berempat bebual kat  tepi tangga  ( ilah , kwn baik liza dan kakak berdua tu )

" Liza tengah berubat kat kampung lagi....liza kena kacau ngan bende tu sebab liza pernah ader sejarah kena rasuk...lagi satu nie...liza nie suka sangat melayan perasaan sorang 2 dan suka termenung. dan  dia tak selalu solat dan berzikir.sebab tu ader bende lain yang suka ngan dia...walaupun dah berubat...' citer kwn baik liza

pas tu dia tambah lagi " saya nak cakap satu bende lagi...antara kakak bertiga saper yang lebih lamer tinggal kat umah nie..."  pastu ilah pon jawablah..." akak yang paling lamer dok kat sini ..manakala dorang berdua nie..baru jer setahun.."  pastu Liza ckap lagi   (time nie rase nak lempang jer kawan baik liza..pastu nak campak jer kat luar....hu...hu..hu...hu...)

kekawan tahu kenapa naper ilah marah dan bengang sgt kat dia....sebabnyer  kawan baik liza nie cakap bende yang kacau Liza nie dah lari balik kat umah nie...dah suka dok kat umah nie...dan bende tu lak dah lama usha ilah..tapi tak berjaya..sebab ilah nie kuat semangat.

.dan kebetulan Liza nie datang tinggal kat situ...terus dia usha Liza...dan...sekarang Liza takder...jadi bende tu cuba balik usha Ilah....balik....yang nie ilah ok lagi...yang ilah tak tahan tu....kengkawan nak tahu ...aper yang ilah tak taham dengar ...haaaaaaaa sebabnyer ....kwn baik liza tu siap cakap lebih baik kitorang cepat pindah dari umah tu..sebabnyer bende tu PENANGGAL DAN SEDANG CARI WARIS...ARGGGGGGHHHH

ilah tengok muka kawan ilah lagi dua org tu dah muka pucat....aduih.!.si kawan baik liza nie...naperlah cakap terus kat dorang nie...berlapik2lah sikit......


lepas..citer semua tu..terus kawan baik liza tu balik....yang kakak berdua tu seriau..dah...antara dorang berdua...kak ain nie plg rapat dan sayang kat ilah...jadi biler kakak lagi sorang tu mengelabah nak tido kat umah kawan dia malam nie....siap senyap2 ajak kak ain lagi nak biarkan ilah tido sorang2 kat umah tu...hu..hu..hu..

tapi kak ain tak mau ikut..sebab kesian kat ilah....baik kak ain...sayang kat dia.... 

dan macam biasa ilah kol abah kat kampung dan citer semua kat abah....dan lepas maghrib abah buat pendinding tuk ilah dan umah tu sekali  (time nie abah kat kedah..ader urusan..jadi abah wat dari jarak jauh jer)....dan siap pesan keluar dari umah tu..dalam masa tiga hari... dan ilah macam biasa kena marah ngan abah sebab selama ilah tinggal kat umah flat tu..tak pernah citer ader benda selalu ganggu ilah......hu..hu..hu...hu...

kakak yang lagi sorang tu tido kat umah kawan dia..sementara malam tu abah dah pesan ilah baca ayat2 tertentu wat sebelum tido...hu..hu..sebab abah tak mo ..ilah mimpi.....

alhamdullilah malam tu kami berdua tido lena...dan pader keesokkan harinyer...kakak lagi sorang tu balik dengan mengomel2 yang dia tak leh tido...sebab malam tadi macam ader bende tindih...dia.....hu..hu..hu.....dan siap tanya lagi...kitaorang macamaner malam tadi ..ade kener kacau tak....kak ain siap cakap.sinis nagn dia ..yang kami tido lena  macam tido kat hotel lima bintang...hu...hu..hu.....kak ain..kak..ain..marah tul dia kat akak sorang nie...

ari tu kami cari umah baru....dan pindah pada hari keesokkan harinyer....tapi ilah tak tido situ..dan tinggal ngan dorang sebabnyer ingat tak kawan ilah yang ader kedai dobi tu...haaaaa ..ilah pindah kat umah tu ...tapi depan blok dorang jer...hu..hu..hu....


kebetulan pulak...minggu lepas ilah jumpa mak sedara kawan ilah..dan dia tinggal kat flat sebelah flat yang ilah tinggal dulu..time nie maser gi umah nie...ilah jelinglah umah yang ilah dok dulu...laaaaa kosong.......takder org dok..hu..hu.hu,,.\

pastu mase lepas mkn2 kat umah mak sedara kawan ilah nie...suami dia bukak citerlah...baru2 nie...ader jiran dia terserempak HANTU PENANGGAL KAT KAWASAN NIE..dan banyak kali muncul.....dan ilah senyap jer..wat2 tak dengar...hu..hu..hu..   .


KISAH KELIMA..

Time nie ilah dah kejer kat PJ....tapi masih tinggal kat Shah Alam seksyen 24.....flat yang ilah tinggal ader sepohon pokok yang besar sangat...dan pokoknyer tul2 mengadap kat tingkap kat dapur sebelum masuk kebilik air....dan kebetulan lak..tingkap bilik air nie...tak leh tutup..dah rosak..lak....

ilah selalu gak macam ternampak ader pompuan baju putih melayang keluar ikut tingkap terbukak kat dapur dan menuju ke pokok besar tu...tapi ilah buat cam biasa asalkan tak ganggu ilah....

ampailah satu mase tu..ilah tinggal sesorang kat umah tu..sebab yang lainnyer lik kampong...jadi ilah tinggal lah sesorang selam asatu hari...

time tu ilah lik lambat sikit....dan sampai umah time maghrib..mase ilah naik tangga ilah dah nampak ader pompuan tengah melayang dari pokok dan terus lalu kat depan umah ilah dan terus ilang...time nie ilah tengah nak bukak mangga kat grill....Ya-Allah..cuak gak ilah mase tu...sebab ilah rase bende tu nak kacau ilahlah....

sebabnyer mase ilah masuk kerumah tu...dalam kekalutan...ilah terlupa beri salam dan lupa baca doa sebelum masuk kerumah..jadi bende tu ikut sekali masuk..ilah diam jer...dan terus dok kat sofa......


aduih.....bende tu dok kat sebelah ilah..lak...ilah diam jer dan tak toleh kat dia.(tapi dari tepi ilah nampak....pompuan ..rambut panjang....pakai baju putih...tapi muka tak nampak sebab tertutuo ngan rambut...kulit pucat...ilah tarik nafas....dan bacer ayat2 pendinding lepas tu raub kat muka ilah....lepas tu ilah mandi dan ambil wudhu dan solat magrib  dan terus  mengaji sementara tunggu solat Isyak...lepas solat isyak..ilah bacer  doa haikal kat sofa diruang tamu sebab bende tu masih berlegar2 kat situ....

lepas jer ilah abis baca doa haikal tu ..terus bende tu melayang ikut tingkap......



credit to ilahkhatibrani@cari forum............thanx ilah yaaaa.....

Autolink