SEREMBAN: Hancur luluh hati seorang ibu apabila melihat anak
perempuannya berusia 10 tahun yang ditinggalkan dalam kereta sebelum dia
bergegas masuk ke kelas untuk mengajar di Sekolah Rendah Islam ABIM di
sini, maut dipercayai lemas terperangkap dalam kenderaan itu selama enam
setengah jam, petang semalam.
Mangsa, Izzah Athirah Mohd Khir yang belajar di sekolah sama, ditemui
ibunya, Haliza Talib, 44, terkulai dalam kereta PERODUA Alza yang
diletakkan di pekarangan sekolah itu kira-kira jam 2 petang.
Terdahulu, kira-kira jam 7.30 pagi, Izzah Athirah dikatakan enggan
keluar dari kereta bersama ibu serta tiga beradiknya yang lain untuk
masuk ke sekolah kerana mahu mencari kasutnya dalam kereta itu.
Bapa mangsa, Mohd Khir Abd Majid, 45, yang juga Penolong Pegawai
Pelajaran Daerah Rembau, berkata disebabkan mahu cepat, isterinya
meninggalkan kunci kereta kepada mangsa sebelum beredar.
“Kami tidak tahu mengapa Izzah Athirah tidak keluar dari kereta itu kerana dia sudah biasa dengan kenderaan berkenaan.
“Kejadian disedari ketika isteri pergi ke kereta selepas habis waktu
sekolah dan melihatnya terkulai tidak sedarkan diri dalam kereta dan
tingkapnya bertutup.
“Isteri saya menghubungi ambulans dan dia dikejarkan ke Hospital Tuanku
Ja'afar Seremban (HTJS) sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama
kemudian,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat HTJS di sini, semalam.
Mohd Khir yang berada di Port Dickson ketika kejadian itu kerana
menghadiri mesyuarat, hanya mengetahui mengenainya selepas dihubungi
rakannya jam 3.30 petang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful
Azly Kamaruddin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan
mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.
“Kita masih di peringkat awal siasatan dan menunggu laporan bedah siasat
untuk mengetahui punca kematian dan bagaimana dia boleh terperangkap,”
katanya yang tidak menolak kemungkinan mengklasifikasikan semula kes
itu.
Pada 22 Mei lalu, seorang budak perempuan tiga tahun ditemui lemas dalam
kereta yang tertutup rapat dan berkunci ketika ayahnya menghadiri
pengebumian sepupunya di Kampung Morak, Tumpat di Kelantan.
Dalam kejadian itu, Nur Izyan Natasya @Aisyah Ishak dikatakan tertinggal
di dalam kereta ketika bapanya tergesa-gesa untuk mengusung jenazah
kerana menyangkakan dia sudah turun untuk ke rumah sepupunya itu.
Kredit Berita Harian OL
Bagaimana ibunya boleh tinggalkan anaknya dlm kereta begitu saja???
1 comment:
banyak kejadian macam ni berlaku..ish..kalu awe tak berani..lagi2 pasang aircond...biar sama2 ada dalam kereta..
Post a Comment