Wednesday, August 18, 2010

Roslin Hashim cerai lg?



PETALING JAYA: Jaguh badminton negara, Roslin Hashim,35, (gambar) akan memfailkan perceraian dengan isterinya Norhayati Othman,38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Rabu, selepas sebulan mendirikan rumah tangga.
Mstar Online dimaklumkan, permohonan itu dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga yang dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) itu.
Dia dikatakan akan memfailkan perceraiannya kira-kira pukul 3 petang.
Kedua-dua pasangan tersebut bernikah pada 9 Julai lalu selepas berkenalan tidak sampai lima bulan.
Bagaimanapun sebelum ini Roslin mengejutkan banyak pihak apabila perkahwinannya dengan Faizah Mohamad,32, pada 30 Januari 2009 tidak bertahan lama apabila mereka bercerai selepas 12 hari menjadi suami isteri.

 Kenapa la dia  ni asyik kawin cerai je ye? ari tu tahan takat 12 hari jer, yg kedua ni 1 bln jer....ingat kawin ni main2 ke? x faham betul laaa  ......


No comments:

Autolink