MIKE HUBBARD mendekati bayi itu. |
SAN ANTONIO, Amerika Syarikat (AS) - Satu rakaman kamera video yang disiarkan kelmarin menunjukkan seorang bayi perempuan yang memakai lampin duduk berseorangan di tengah sebatang jalan raya di sini pada tengah malam, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang lelaki yang sedang memandu sebuah bas di jalan itu, Mike Hubbard pada mulanya menyangka bayi tersebut merupakan seekor anjing.
Namun, dia bertindak menghentikan basnya dengan tiba-tiba selepas mendapati bayangan seperti haiwan itu sebenarnya seorang bayi yang memakai lampin.
"Saya tidak dapat mengenal pasti apakah sebenarnya yang terdapat di atas jalan itu. Ia seperti seekor anjing dan bergerak di sekitarnya. Saya mula memperlahankan bas dan kemudiannya saya mengetahui bahawa terdapat seorang bayi di tengah jalan," katanya kepada stesen televisyen WOAI-TV.
Menurutnya, dia kemudian turun dari bas dan mendapati bayi itu mungkin berumur lapan bulan dan matanya besar kerana memerhati bas di hadapannya.
Namun, tiba-tiba, bapanya muncul dan terus melarikan anaknya manakala pemandu berkenaan membuat laporan kepada sebuah agensi perkhidmatan perlindungan kanak-kanak.
Kejadian itu dirakamkan pada Mei tahun lalu oleh kamera video yang terdapat di papan pemuka bas tersebut tetapi hanya didedahkan kelmarin dalam kes untuk mendapatkan hak penjagaan anak itu antara bapa dan ibu bayi berkenaan.
Menurut ibu bayi itu, Catherine Gonzalez, 25, semasa kejadian, dia dan suaminya mendengar bunyi hon dan bas membrek dengan tiba-tiba di luar rumah.
Catherine berkata, dia tidak mengetahui bagaimana anaknya itu boleh keluar dari rumah. - Agensi
Boleh plak mak dia ckp x tau camane anak dia blh keluar sampai kat tgh jln raya....mamai ke mabuk ni? kalo anak tu umur 2 thn bole lah caye dia jln keluar sensorang, ini baby 8 bulan....... anda percaya?
7 comments:
macam mana le boleh jadi macam ni kan
Apasal Tak Nak Beli Brg Online
sampai anak dok tgh jalan..mak bapak dok buat projek apa...
nasib baik bas tu sempat berenti...kalu tak..
mak bapa apa cam tu..
eeeiii..ngerinye kalu bus tu lenyek....mcm mane lah parents tak pasan..kalu kat malaysia hbs sume pintu tingkap letak papan penghadang..
ada jugak orang macam ni no.. rumah tepi jalan memang bahaya..anak dia merangkak la tu... keajaiban terjadi dimana2.. logik dengan tidak saja..
macam tak logik jer statement mak budak tu. hmmm musykil...mesti ada niat nak bunuh budak tu kot. lagipun "tiba2 si ayah muncul & terus melarikan anaknya"...err tak ucap terima kasih ke? ;p
uncle : project eram telur kot uncle..eke..ke..ke
Post a Comment