Wednesday, August 1, 2012

Kemalangan maut diAU3.

Salam 12 Ramadan buat semua kenkawan blogger, Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak buat semua yg sudi singgah sini, ala.....baru 12 Ramadan, awal lg tu...he..he..he

Pagi tadi jiran saya yg didepan ni ketuk pintu rumah saya dan tanya samaada saya tahu atau tidak bas yg dinaiki oleh anak kami kemalangan, saya ckp saya tak tau sbb pakcik(driver bas) tak tipon dan inform apa2 pun. Masa tu berderau darah saya dan ada rasa2 nak pitam pun ada, Saya tanya dia dr mana dia tau, katanya kawan dia bg tau, dan bila dia ckp anak2 yg dlm bas tu semua selamat,  baru le rasa bernyawa balik.....masa dia ckp yg bas tu  kemalangan, saya dah terbayangkan bas tu terrbalik jer...sungguh.....bukan minta yg bukan2, tp bila sebut jer kemalangan bas ni, mesti  terbayang bas yg terbalik  jer....syukur Zatie tak cedera, cuma mulut jer bengkak sikit sbb terhantuk masa bas tu kena hentam.

Disebabkan itu juga bebudak semua terpaksa berjalan kaki ke sekolah sbb bas tak boleh dialihkan sbb masih ada mangsa kat bawah bas tu lagi, dan nasib baik jugak la baru menapak tak sampai beberapa meter ada bas yg lain tolong hantarkan bebudak ni ke sekolah. Sebenarnya tempat nahas tu dan sekolah dah tak jauh cuma dlm 200 meter jer kot. Bila  Zatie cerita yg arwah Nor Idayu tu cuba bangun dan minta tolong hati saya sebak sangat, nak lg bila tau yg arwah tu preggy 7 bln, tak dpt dibayangkan perasaan arwah tu.

Bila hubby balik kerja tadi,katanya masa dia lalu kat situ arwah Nor Idayu tgh diusung masuk ambulan dan kakinya dah bengkak dan remuk. Untuk lebih maklumat dan gambar boleh pergi ke blog kujie. bas yg ada langsir merah tu la bas yg zatie naik tiap2 pagi

Kepada semua rakan2 blogger dan tetamu yg singgah di blog saya ni, tolong berhati apabila memandu dan sentiasa sabar apabila berada di depan stering kereta, kemalngan tak berbau yer kenkawan, nak pulak musim perayaan ni, mana yg nak balik kampung, nak pg shopping baju raya atau nak pergi Param tu sentisalah berhati2 di jaln raya, ingat la orang yg tersayang kat rumah, tak pun ingat la baju raya yg korang dah beli yg belum pakai lg tu, rugi woo beli baju memahal tp raya kat sepital....sekian wassalam.

No comments:

Autolink