Thursday, March 29, 2012

Kek Coklat lembap yg super sedap.

 Sila abaikan mutu gambar yg x semenggah tu okehh....

Salam sayang pagi khamis utk semua peminat blogger. Semalam masa selak majallah lama sbb nak cari gambar utk folio anak dara saya, terjumpa lah resepi kek coklat. Sekali bila tgk kek tu, terliur la pulak, dah lama tak buat kek coklat kan? maka harus la saya memenuhi tuntutan nafsu ni dgn kadar segera.

Bila bukak peti ais, nampak la ada butter, cooking chocolate, telur dan seangkatan dengannya. Harus keluarkan dulu sbb dah beku, dah niat bila budak Adam ni tidur malam karang baru la saya start membaking...walaaaa..
Resepi ni cam biasa, cilok dr Cari Forum. saya mmg suka rujuk resepi kat sana, sbb selalunya forumer disana sangat mudah berkongsi resepi dan tips memasak, pendek kata mereka ni mmg tak kedekut ilmu.

RICH CHOCOLATE MOIST CAKE ( Credit to Jonah )

6 oz butter  (170.1gm)
14 oz gula castor (396.9 gm)
3 biji telur ayam

BAHAN2 INI DIBANCUH BERSAMA:

1 sudu teh NESCAFE
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate EMULCO


BAHAN2 INI DI AYAK BERSAMA:

8 oz tepung HIGH PROTEIN  (226 gm)
2 1/4 oz serbuk koko  (63.8 gm)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz air sejuk - air dlm peti ais


CARA MEMBUATNYA:

1.  Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.

2.  Masukkan telur satu persatu.

3.  Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.

4.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan.

5.  Masukkan air sejuk sambil di gaul perlahan2.

6.  Bakar dalam loyang 9" persegi dengan suhu 170C selama 50-60 minit.


Buatnya mmg senang sangat dan memang moist sangat, saya buat malam tadi, biarkan sejuk sendiri dlm oven, bila pagi masukkan dlm fridge,lepas tu baru bubuh topping. Untuk topping korang bolah pilih mana satu resepi yg korang suka, tapi saya selalu cairkan cooking chocolate pastu masukkan butter sikit dan masukkan susu cair suka suki ( maknanya x de sukatan la tu ). Dah siap curah atas cake, simpan dlm peti ais dulu baru makan.Ok, sekian entri masak2 bersama chef Normi kali ini. Selamat mencuba dan kita berjumpa lagi di hari dan waktu yg sama di masa akan datang...eke..ke..ke..ke perasan jadi chep diva la pulak..

4 comments:

.........cP~ said...

salam.
Sedapnya. Takde oven. Kalau ada oven nakmsuruh adikmbuat kek selalu.hahaha

adarnadzmie said...

lama x buat kek cokelat moist ni...:) sedappp...

Nur Hawa Mohd Zin said...

kak normi...awe gile kek!

Normi Ali said...

cP: ala....boleh kukus jer, x kan kukus pun x de?? eke..ke..ke..ke

puan nomi: meh la try buat, sodapppp!!

hawa: kuat makan kek ekk, boleh try buat ikut resepi ni. :)

Autolink