Sunday, October 16, 2011

Kerja sambilan kat rumah.



Salam utk semua blogger yg sedang mentelaah blog saya ni...ece..ce..ce..ce..
Sorry sbb dah lama tak jenguk blog kenkawan dan sapu sawang kat blog sendiri.
Bukannya saya malas, tp bz yg teramat skg ni. Mana lg nak mengulang klinik sbb nak buat blod test sbb gula yg turun naik suka suki masa preggy ni, mana lg nak jaga seisi rumah yg demam lepas sorang2, dr bapak sampai le ke anak2. Dan paling haru, saya dan kaum ibu yg tak ada kerja kat kawasan perumahan saya ni, buat projek carik duit poket.

 Apa projek yg kami tgh buat??? Tadaaaaaa.......projek gam sampul x ray hospital dan seangkatan dengannya. Ini buakan yg macam iklan yg melambak kat internet, yg kata soh taip surat dan memacam lg tu, ni baik punya projek. Projek yg tlh di sarankan olh seorg jiran kami yg bekerja di PNMB Malaysia. Sebuah syarikat percetakan yg terletak di Jalan Chan Sow Lin KL. Kita datg ke sana (atas rekemen dr saff disitu) dan ambil barang yg nak dibuat, cth mcm sampul x ray hospital, fail DBKL dan memacam lg la. Barang semua dia sediakan dr gam sampaikan la segala mak nenek yg diperlukan utk menyiapkan kerja tu. bila dah siap kena hantar semula kesana, tp mmg banyak tapisan kalau nak pg sana, almaklum la tempat cetak memacam dokumen. Pasal bayaran, kalau siap satu fail dia akan bg dlm 15 sen atau 20 sen, ikut saiz barang dan susah atau senang nak buatnya. Setakat ni saya dah merasa la duit tu, dpt la dlm 2 ratus utk siaapkan kerja tu, mula2 mmg susah sngt rasanya, sbb kita takut salah buat, tp bila semua dah settle, lega sungguh rasanya.

Jadi kalu selepas ni blog saya bersepah dan terbiar bersawang, harap maklum la yer, saya tgh bz gam sampul surat la tu..ha..ha..ha

5 comments:

CleverMunkey ® said...

thanks for sharing... good info of part time at home :)

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,

Waaah ada masa tu buat part-time...caiyok!

Yong Kamariah said...

normiiiii... hang pregnant kah???? bestnyer bestnyerr, tahniah yek, wahhh Adam nak dpt adik baru!

Normi Ali said...

Yong Helly : ate kalo nak duit kene le usaha, dr asyik layan mr bean dgn Adam lebih baik buat koje..he..he..he

Yong Kamariah : yes dear...due 2 dec ni, ni berjangkit dgn awak le ni...hua..ha..ha

shiori_LA said...

normi tahniah ye for the pregnancy....bestnya kalau dekat2 akak nak gak try part time job nih...jauh la nak gi jalan chan sow lin

Autolink