Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.



Salam 26 Ramadan uk semua bloggers, lama sudah rasanya tak bersapu blog saya ni,
bukannya malas tp tak de mood nak berblog kebelakangan ni. Almaklum la sejak puasa ni, rasanya masa 24
jam sehari tu mmg tak cukup rasanya. Bangun sahur pukul 4:30 pagi, terus kemas rumah, kalau bernasib baik dapat la tidur kejap lepas subuh, itu pun kalau si Adam tu tak bangun, kalau dia dah bangun mmg saya tak berani nak tidur, dia ni aktifnya lain macam sangat, harus terbalik rumah kalau tak dipantau kelakuannya.

Bagaimana persiapan raya bloggers semua??? Dah siap?? Saya hampir 90% dah siap, yg 10% tu cuma nak mengemas dan menyapu sawang kat siling jer. Kuih raya pun dah hampir nak siap, cuma tinggal tart nanas dgn tempeyek jer lagi yg belum buat, yg lain dah beress....tahun ni saya buat sikit jer kuih, yg dah buat cuma samperit, almond london, cornflakes honey dan cornflakes chocolate, tu pun nasib baik ada anak2 yg nak tolong, kalau tak, tak berkuih raya la......tempeyek mmg saya buat lewat, sbb tak nak macam tahun lepas,
dorang boleh habiskan tempeyek saya dlm masa 2 hari, dah la buat sensorang, kalau makan pandai pulak berjemaah menghabiskannya, tu termasuk la Pak Incik ku yg tersayang. Dia la ketua menghabiskan tempeyek tahun lepas, tahun ni no way yer bapak budak dan budak2...harus mak ko ni simpan tempeyek tu dlm peti besi hokeyyyy!!!

Kepada semua rakan2 bloggers, saya memohon maaf jika selama saya ber blog ni, saya ada melakukan kesalahan secara sengaja atau tak sengaja. Kot2 ada tertinggal komen yg tak menyenangkan ke, tak balas balik komen korang ke atau apa2 saja la......kira halal le segala2nya...he..he..he

Mana2 yg nak balik kampung tu, sila la berhati2 semasa memandu, jangan la ingat nak sampai cepat jer,
takut nanti tak sampai ke rumah tp sampai ke sepital pulak yer...dan jgn lupa kunci pintu rumah yer, kot nanti ada pulak yg datang beraya masa kita tak ada...he..he..he. Semoga selamat pergi dan selamat kembali.

4 comments:

adarnadzmie said...

selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin dari akak sekeluarga...

Yong Kamariah said...

Selamat Hari Raya Normi, raya ni balik mana? Klu balik kampung, have a save trip yek!
Maaf Lahir dan Batin dari ku.

Normi Ali said...

adarnadzmie : selamat hari raya buat awak juga :)

yong: tahun ni saya balik kg jauh...nun kg pandan jauh ketengah...eke..ke..ke

Syafiqa said...

Salam ramadhan dan selamat hari raya :D

Autolink