Sunday, May 15, 2011

Rozita Che Wan dan Syahir???




KUALA LUMPUR: Selepas setahun berteka-teki, Rozita Che Wan, 39, akhirnya mengesahkan gosip cintanya dengan bintang baru, Shahir Zawawi yang 16 tahun lebih muda daripadanya.

Bukan niat nak berselindung. Malah ada rakan media yang sudah mengetahui mengenai hubungan kami, tetapi mereka menghormati permintaan saya untuk tidak dihebahkan. Cuma saya tahu dia (Shahir) perlu menjaga hati ramai orang, termasuk peminatnya.

“Kebelakangan ini pun sudah kecoh mengenai kisah peminat fanatik yang tidak merestui hubungan kami. Tetapi itu di luar kawalan saya. Cuma sejauh mana fanatik peminat Shahir sekali pun, mereka tidak menghalang mahupun mengongkongnya dalam soal membabitkan hati.

“Dia lelaki baik. Saya tertawan dengan sikap dan budi pekertinya. Saya senang bersamanya. Tambah pula kami berasal dari kampung dan mungkin itu juga antara sebab kami serasi. Cuma setakat ini, keluarga masing-masing tidak tahu dengan jelas hubungan kami.

“Soal merencana masa depan, sebaiknya soalan itu ditanya kepada Shahir. Saya hanya mampu berserah, pada masa sama berharap hubungan kami akan berakhir ke jenjang pelamin. Saya mengharapkan pengakhiran yang indah,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Bagaimanapun Shahir yang turut dihubungi masih cuba berahsia dan menafikan hal itu ada kaitan dengan cubaan menjaga hati peminatnya yang secara terang-terangan tidak menyenangi hubungannya dengan kakak kepada Ayu Raudhah itu.
“Sampai masa yang sesuai, saya akan berterus-terang dan cakap perkara sebenar. Saya bimbang kenyataan atau komen ini akan disalah erti pihak tertentu. Pihak tertentu ini juga bukan merujuk kepada peminat. Cukup saya katakan, saya ada sebab tertentu untuk berdiam diri lagi sehingga ke saat ini.

“Saya yakin Cik Ta (panggilan kepada Rozita) juga memahami apa yang saya lalui. Saya tidak mahu tergesa-gesa membuat kenyataan. Biar reda kehangatan ini, saya dengan sendirinya akan bersuara. Saya yakin setiap persoalan ini pasti ada jawapannya,” katanya.

Mengenai kenyataan ibu bapanya di dalam B*PoP Ahad lalu mengenai gosip itu, Shahir yang bakal muncul dalam filem Karak mulai 26 Mei ini mempunyai jawapannya sendiri.

“Ibu bapa saya tak mahu mencampuri urusan kerjaya saya. Mereka bimbang tersilap cakap dan akan mengundang salah tafsir orang. Mereka tak mahu mengambil risiko. Jadi sebaiknya, biar saya saja yang melaluinya, di samping menjawab setiap persoalan yang ada.

“Tetapi saya yakin dalam soal memilih pasangan hidup, mereka tidak akan menghalang siapa yang saya impikan. Lebih afdal bakal kekasih atau bakal isteri saya itu bukan hanya selesa dengan saya, sebaliknya dengan keluarga. Orang yang akan hidup bersama itu juga secara jelas akan hidup dengan keluarga saya,” katanya.
credit to : bharian







Rasa nak pitam la plak bila aku baca ni.......mmg trend lelaki kawin dgn wanita berumur lak skg ni yer,
apa2 pun kalau betul dah jodoh tu, redha jer la....hu..hu..hu

2 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

pula...emmm...takpe la, ada jodoh ada..hehe

Mizs Fieza said...

mak aiig...trend skrg kot org cari muda2 hahahha

Autolink