Friday, March 18, 2011

Abang Janet Khoo mati dibunuh.





KAJANG: Pelakon Janet Khoo,39, memberitahu kehidupannya berada dalam keadaan
 bahaya berikutan pembunuhan melibatkan abangnya dan enggan memberi sebarang
 komen berhubung insiden itu.

Janet berkata, kematian tersebut begitu tragis dan dia amat sedih dengan apa
 yang berlaku.

揗aaf, ini sudah jadi kes polis sekarang. Saya tidak dapat
 mendedahkan apa-apa
 perkara kerana kami sekeluarga dalam bahaya.
Situasi yang berlaku ini amat
 menyakitkan,?katanya kepada Daily Chilie, portal berita The Star.

Abang pelakon itu, Kim Leong, 47, seorang ahli perniagaan
ditemui mati dalam keadaan
 menyedihkan apabila mayatnya dibalut dengan tilam sementara
 kaki diikat sebelum
 dicampak ke dalam semak berhampiran Lembah Pangsun,
 Hulu Langat di sini baru-baru ini.

Mayat mendiang ditemui oleh seorang lelaki di tepi jalan setelah dia terhidu bau busuk
 di kawasan tersebut kira-kira pukul 11.40 malam pada 6 Mac lalu.

Jelas Janet, keadaannya yang masih terkejut itu membuatkan
 dia menjadi trauma dan meminta
 kepada semua pihak tidak mengganggu dirinya dan keluarga
buat sementara waktu untuk
 membolehkan mereka menenangkan fikiran.

Pelakon filem Paloh itu juga berkata, dia menyerahkan
 kepada pihak polis
 untuk menjalankan siasatan.

Malah Janet juga enggan memberitahu lokasi pengebumian
 mendiang dan berharap para
 peminat serta pihak media memahami situasi tersebut.

"Saya menghargai perhatian semua orang. Namun buat masa
 ini saya perlu
 untuk melindungi keluarga saya dan diri saya sendiri,?katanya.


Takziah utk Janet dan keluarga. Betapa murahnya harga nyawa manusia skg ni,
 hanya dgn RM2-3 ribu jer pun dah boleh upah org membunuh. Moga pembunuh
 itu dpt dibawa ke muka pengadilan dan mendapat hukuman yg setimpal.

2 comments:

Jieda said...

kesian.sekarang ni nilai nyawa rasa cam dah tak beharga.Suka suka je nak bunuh orang

puteri ain said...

betul ke ni?? baru tau ni..

haihhh dunia sekarang.bunuh2 dah jadi bnde biasa dah..

Autolink