KODIANG: Akibat berselisih faham dengan keluarganya, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di sini bukan setakat bertindak melarikan kereta bapanya, malah turut terbabit dalam dua kemalangan dalam tempoh kurang lima minit membabitkan jarak satu kilometer, pagi semalam.
Tindakan nekad remaja masih bersekolah melarikan kereta Proton Wira milik bapanya itu bagaimanapun membawa padah apabila dia patah kaki kanan selepas kereta yang dipandunya merempuh pokok.
Dalam kejadian pertama kira-kira jam 9.15 pagi semalam, remaja yang sepatutnya bersekolah dan melarikan kereta Proton Wira milik bapanya itu, merempuh motosikal ditunggangi seorang warga emas berusia 66 tahun di Kampung Batu Empat, Jalan Kodiang-Changlun.
Remaja terbabit bagaimanapun tidak menghentikan kenderaannya selepas merempuh motosikal terbabit menyebabkan warga emas berkenaan cedera ringan.
Tidak lama selepas itu dia melanggar sebuah kereta Perodua Kancil dari arah bertentangan yang dipandu seorang lelaki berusia 40-an sebelum kereta pelajar terbabit hilang kawalan dan berpusing, serta merempuh sebatang pokok di tepi jalan di Kampung Batu Lima, Jalan Kodiang-Changlun.
Kemalangan itu menyebabkan pelajar tingkatan dua terbabit patah kaki kanan.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin, berkata pelajar perempuan tingkatan dua dan tidak mempunyai lesen memandu itu, dikatakan berselisih faham dengan keluarganya petang kelmarin sebelum bertindak keluar rumah dengan memandu kereta bapanya tanpa diketahui hala tujunya.
Katanya, selepas menyedari kehilangan kereta berkenaan dan anaknya itu tidak pulang, ibunya membuat laporan di Balai Polis Tunjang petang kelmarin.
Beliau berkata, berdasarkan keupayaan pelajar terbabit memandu keretanya agak jauh, polis percaya dia sudah beberapa kali memandu kereta walaupun belum memiliki lesen memandu.
"Pelajar itu kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangardan polis akan mengambil keterangannya selepas keadaannya stabil," katanya di sini, semalam. sambil berkata polis sedang menyiasat punca kejadian berkenaan dan perselisihan yang dikatakan berlaku antara dia dengan keluarganya.
Sawaludin berkata, berdasarkan keadaan kereta yang remuk teruk, polis percaya pelajar terbabit memandu laju menyebabkan dia gagal mengawal kenderaan serta terbabit dalam dua kemalangan dalam tempoh hanya beberapa minit.
Katanya, polis boleh mengambil tindakan terhadap pemilik kereta terbabit kerana membenarkan ia dipandu remaja yang belum memiliki lesen memandu.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan yang mendatangkan kecederaan,” katanya.
Anak2 skg ni mmg susah nak diatur....tegur sikit merajuk, mengamuk dan paling x boleh blah larik dr rumah. Malam smlm jiran bawah ni mengadu kat makcik sblh rumah ni, anak dia yg form 4 tu lari dr rumah sbb kena pukul dgn ayahnya. Sbb kena pukul?? dah nak masuk 3 bulan sekolah baru 2 hari jer dia dtg sekolah, tp yg herannya pg sekolah cam biasa jer tiap2 hari. Tiap2 hari minta kat mak RM5 utk belanja sekolah,abis tu selama ni dia pg mana??
Malam smlm gak baru dia tau g anak dia selama ni lepak kat rumah kosong dgn hidu gam reramai dgn kawan. Kekadang aku rasa nak slahkan maknya, sbb bila ckp anak nakal tak mau terima...sekarang??????
Sabar Dan Teruskanlah
4 weeks ago
3 comments:
adoiiii... bebudak zaman la...susah nak kontrol, tak takut mak bapak langsung, aje beza beno ngan zmn kita muda belia dulu...sabo jelah!
ish2 dasyatnya..
anak zaman sekarang pantang ditegur mak bapak...entahkan apa nak jadi dgn dunia sekarang!
Post a Comment