Sunday, January 2, 2011

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia.

PETALING JAYA: Pelakon Faizal Yusof telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pagi Sabtu.

Menurut bekas isterinya, Siti Nordiana, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pelakon drama Tiramisu itu pengsan di rumah Faizal.

"Saya dan isteri Faizal terus membawanya ke Hospital Pusrawi dan dia dimasukkan ke wad ICU. Keadannya pada ketika itu sudah kritikal," katanya yang dihubungi mStar Online, Sabtu.

Jenazah masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumah Faizal di Sentul petang nanti.
Al- Fatihah buat arwah, moga rohnya diletakkan di samping orang2 yg beriman. Teringat satu lakonan dia bersama Jalil Hamid, arwah memegang watak seorang anak yg meninggal dunia akibat kanser otak, saya lupa tajuknya, tp memang sedih drama tu.  Moga Allah mengampunkan segala dosa2nya dan permudahkan segala urusannya di sana..Amin...

1 comment:

armouris said...

takziah dan al-fatihah! info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi

Autolink