muka dan tangan akibat ditetak dengan parang oleh madunya
di Kampung Baru, Sungai Korok dekat sini, hari ini.
Kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu dipercayai berpunca dari
Kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu dipercayai berpunca dari
perasaan cemburu antara kedua-dua wanita tersebut yang tinggal
sebumbung sejak dua minggu lalu.
Wanita berumur 54 tahun itu kini dirawat di Hospital
Wanita berumur 54 tahun itu kini dirawat di Hospital
Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan keadaannya dilaporkan
stabil manakala madunya yang berumur 27 tahun dipercayai
telah melarikan diri selepas kejadian itu.
Anak perempuan mangsa yang berumur 17 tahun
Anak perempuan mangsa yang berumur 17 tahun
turut cedera di kaki akibat terpijak parang yang
digunakan dalam serangan itu dan kini dirawat di Hospital Jitra.
Mangsa mempunyai enam orang anak manakala madunya
Mangsa mempunyai enam orang anak manakala madunya
mempunyai seorang anak lelaki berumur lapan bulan.
Suami kedua-dua wanita itu yang berumur 54 tahun dan
Suami kedua-dua wanita itu yang berumur 54 tahun dan
bekerja sebagai buruh di sebuah syarikat swasta di Jitra
dan ketika ditemui pemberita di HSB enggan ditemu bual.
Difahamkan, sebelum ini, madu wanita itu tinggal di rumah
Difahamkan, sebelum ini, madu wanita itu tinggal di rumah
sewa di Kuala Nerang dan pindah ke rumah mangsa kira-kira
dua minggu lalu kerana dikatakan suami mereka tidak
mampu membayar sewa.
Sementara itu, seorang daripada jiran mangsa yang
Sementara itu, seorang daripada jiran mangsa yang
dikenali sebagai Nang Yah ketika ditemui pemberita berkata,
ketika kejadian dia berada di luar rumah dan tiba-tiba
terdengar bunyi bising dan teriakan meminta tolong
dari rumah jirannya itu yang terletak kira-kira lima meter dari rumahnya.
"Mak Cik dengar suara orang bising-bising dan minta tolong...
"Mak Cik dengar suara orang bising-bising dan minta tolong...
Mak Cik jadi takut lalu meminta bantuan jiran lain untuk melihat
apa yang berlaku di rumah mangsa.
"Kemudian mak cik nampak mangsa mengengsot keluar dari
"Kemudian mak cik nampak mangsa mengengsot keluar dari
rumah sambil merayu minta tolong dalam keadaan lemah dan
tidak bermaya. Kepalanya penuh dengan darah," katanya.
Seorang lagi jiran mangsa berkata, beliau dan beberapa jiran lain
Seorang lagi jiran mangsa berkata, beliau dan beberapa jiran lain
telah membantu membawa mangsa ke Hospital Jitra.
"Bila sampai di rumah mangsa, mendapati mangsa dalam
"Bila sampai di rumah mangsa, mendapati mangsa dalam
keadaan tidak bermaya dan lemah...saya dan rakan segera
bawa mangsa ke hospital bagi mengelak mangsa kehilangan
banyak darah," kata lelaki berumur 32 tahun itu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu,
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu,
Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof ketika dihubungi
mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian ini pada 4.20 petang.
Polis sedang menyiasat kejadian itu, katanya. - BERNAMA
Polis sedang menyiasat kejadian itu, katanya. - BERNAMA
Saya salahkan suami pompuan berdua ni,
takkan tak tau yg bini awak tu cengih dan cemburu sesama mereka.
Takkan awak tak faham perasaan pompuan yg bermadu,
dan dah tau tak mampu,
nak bermadu jugak....skg apa yg jadik???
sorang masuk jail,
dan sorang lagi masuk hospital.
Yang kesian...anak2 la, terutama anak yg kecik tu,
mak dah tentu kat lokap,
dia x kan kakak tiri nak jaga,
mau kena siang jer nanti.
Ini pengajaran la kpd kaum Adam yer,
kalau nak ukur baju ikut badan sendiri,
kalau x mampu...dok dendiam kat rumah,
tampal jer la baju yang lama tu okehhh!!!!!
No comments:
Post a Comment