Friday, January 21, 2011

Jom buat pau

 Gambar dari jauh
 Gambar dari dekat

Setelah separuh masuk kat perut




 Hari sabtu lepas tahap kerajinan saya kat dapur,tlh mencecah telinga,
( selalunya paras hidung jerk)godek2 kat dapur,
 jumpa mauripan, hurmmmm apalagi, buat pau le. MySpace

Mula2 ingat nak buat donut,
tapi sbb dah selalu buat, ingat nak tukar selera,
buat pau jer, ala....lg pun resepi dia sama jer,
cuma kalau nak makan donut,
terap dgn acuan donut, pas tu goreng.
Kalau nak makan pau, masukkan inti pas tu kukus,
kan ke senang. MySpace

Resepi ni ambik kat MyResepi
mmg mudah jer buatnya, sambil tgk Hagemaru pun boleh. MySpace

  • Pau
  • 300g tepung gandum
  • 6g baking powder
  • 2g garam
  • 162g air suam
  • 6g dry yeast
  • 30g gula halus
  • 18g lemak sayur

Cara-cara

  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
  5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
  6. Pau1
    Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
  7. Pau2
    Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8. Pau3
    Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Utk inti tu, boleh rujuk resepi pau dr mat gebu or pau kari ayam dr jun atau boleh juga letak apa saja inti ikut kesukaan masing-masing.
  10. Pau
    Saya letak inti krim coklat dan juga sardin. (Abihkan stok yg ada sebenarnya ni.. so takde sukatan yg spesifik utk inti)
  11. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  12. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan. 


5 comments:

Miecyber said...

Saya suka pau kaya dan pau kacang..Nyummyy...


RM 200 juta untuk seragam harga barang luar bandar

fa-in said...

erm dari hr tu nak buat pau tp emak kta nnti2 lah !__!
emak suke sgt buat karipap inti letak sardin,sedap..

tp wahh sedap nye pau inti sardin,sy suke sardin..mau mkn pau,mau

HenRy LeE ® said...

wahhhh nampak sedap wor... :)

Normi Ali said...

miecyber : saya suka pau kaya gak...he..he..he

fa-in : buat sendiri la dear..senang jek, sambil tgk hagemaru pun boleh...eke..ke..ke

Henry Lee : mmg sodap =D

aurikelsan said...

saya pernah try buat tapi xjadi la.. pau jd padat sangat..mcm bantat.. xtau silap kt mane

Autolink