Saturday, January 29, 2011

Histeria semakin menjadi2 kat sekolah anak2 saya.

 Huhh.....panjangnya tajuk......btw, mmg betul, smlm seklai lagi sessi ptg persekolahan terpaksa dihentikan pada pukul 4pm sbb keadaan dah tak terkawal. Sessi yg bermula dgn bacaan yassin, dan semua pelajar tidak dibenarkan masuk kekelas. Semua berkumpul didataran di hadapan sekolah, dan bila pertengahan bacaan yassin
bermula lah episod jerit menjerit, dan bila azan di laungkan keadaan bertambah havoc. Kesudahannya, cikgu terpaksa arahkan pelajar balik.

Sessi pagi persekolahan pun, cikgu x membenarkan pelajar masuk kekelas, just duduk kat dataran jugak.
Kelas tambahan utk PMR yg sepatutnya diadakan pada minggu cuti persekolahan ni, terpaksa ditunda, dan menyebabkan anak dara saya frust separuh tertonggeng ( sebenarnya suka pun ada tu ).Harap2 bila dah cuti lama ni semua gangguan ni hilang dan aman la bebudak nak belajar.

1 comment:

nelly said...

histeria ?
teingat masa Nelly dulu . .

Autolink