Monday, January 10, 2011

Ana Raffali juara AJL 25





Lirik Lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita



Juara - TOLONG INGATKAN AKU ~ Ana Raffali

Naib juara - DRAMA KING ~ MUH/Black

tempat ke 3 - NOKTAH CINTA ~ Hafiz

Vokal terbaik - NOKTAH CINTA ~ Hafiz

persembahan terbaik - HANYUT ~ FT


Tahniah diucapkan kpd semua pemenang, seyes...aku x tau ujudnya Ana Raffali ni,
ketinggalan LRT betul aku ni ekkk.

2 comments:

Lan Bingka said...

hehehe..memang ketinggalan LRT

syabas kerana dah naik LRT seterusnya..

Yong Kamariah said...

happy besday Normi, moga dibarokahiNya selalu

Autolink