Tuesday, December 14, 2010

Salesman????? Larikkkkkk.......


Semalam, masa tengah sibuk mesin kain, tiba2 ada org bagi salam,
 ingatkan jiran sebelah nak pinjam cili api,
rupanya salesman yg ketuk.

 Alamak........malasnye aku nak layan. Aku belum lg bukak mulut nak 
cakap aku tak nak beli apa2 dia dah cakap dulu " akak,
 saya dr Syarikat bla..bla...datang nak check klorin kat rumah ni, 
sbb banyak aduan yg mengatakan kandungan klorin sngt tinggi di sini.....
bawak air paip dan letak dlm gelas putih yg jernih, saya nak check.."

 Ewahhh budak ni.........banyak le songeh kau yer, ingat aku ni sape?
kuli batak kau ke ha?
 senang2 jer suruh aku ikut kata kau ekk... aku jawab balik, " dari mana ni? Syabas ke?
 kalau Syabas bak sini ID ko, kalau dr Technowater ke, dr sukada ke, mintak maaf,
 rumah akak dah ada filter air tu".

Terkulat2 muka budak tu, pas tu aku cakap kat dia,
"dik.....trick mintak air utk check air dlm gelas jernih tu ,
dah basi ler.......
semua yg nak jual filter tu guna ayat yg sama jer,
lenkali kreatif la sikit yer......"

Selamba jer aku blah, baik aku cuci baju lg bagus.
Aku bukan nak hina kerja dorang ni,
tp selalu sangat datang ketuk rumah orang, pas tu macam paksa orang suruh beli
barang dorang ni.

Ada satu lg yg kelakar budak2 yg jual barang2 dr
rumah ke rumah ni,
ayat dorang ni mesti sama jer, macam baca skrip.
Yang selalu dtg ketuk pintu rumah aku ni,
yg jual barang2 kraftangan tu, yg tu lagi kelakar,
ayatnya mmg sahih sama, to org yg berlainan, dan pernah kantoi sekali dgn aku.

Bila dia tgk kat pintu tu ada gantung Bismillah tu,
dia akan bg salam pas tu ayat yg skema ni akan keluar,
" Akakkkk....adik ni datang bukan nak ganggu akak,
adik ni dr Sabah, dtg belajar kat sini,
adik org susah, nak carik duit utk tambang balik ke Sabah,
mintak tolong akak beli barang ni,
kalau akak beli nti adik dpt komisyen,
akak kiranya bantu adik la ni....emmm... akak dah sembahyang ke?
akak tau x surau kat mana kat sini,
sbb lepas ni adik nak pg sembahyang..."

Yg buat kantoi tu bukan apa, lepas aku cakap, aku x nak beli sbb
tak ada duit, masa tgh tunduk ti,
tiba2 rantai salib dia keluar,
besar gedabak lak tu, terus merah padam muka dia.

Aku malas nak cakap apa2 kat budak tu,
sbb aku tgk muka dia dah maca udang kena bakar,
mungkin dia takut kot,
tapi rasanya dia tersangat la malu,
sbb kantoi kristian tp mengaku muslim sb nak menipu.

Korang ada pengalaman dgn org cam ni tak?




3 comments:

Unknown said...

ieda mmg tak suka salesman :)

Normi Ali said...

kalu dpt yg gors dan menang tu, lg saya x suka, sbb pernah sekali dia paksa saya keluar duit kat bank sbb saya dah gores kertas tu, serik tau, sampai skg fobia tgk dorang ni....

nadazmi said...

selalunya salesman dtg rumah,terus senyap..buat xtau sbb mls nak layan

Autolink