Saturday, November 13, 2010

Aktiviti anak2 minggu ini.



Minggu ni banyak betul program anak2 aku, dr rombongan cik kiah pg makan kfc sempena jamuan akhir tahun, sampai le rombongan pg klinik sbb demam dan selesema. Minggu ni, minggu histeria kat sekolah anak aku( SMK Desa Tun Hussein Onn). Bermula hari selasa hari tu, histeria tak putus2 tp x ramai yg kena, lebih kurang 4-5 org jer, tp kemuncaknya hari khamis, bila lebih kurang 20 org yg kena, menyebabkan cikgu terpaksa menghalau semua pelajar balik ke rumah, dan tentera di panggil ke sekolah utk bantuan menteteramkan pelajar.Oh.....jgn panik ye kawan2, cikgu panggil askar sbb sekolah tu dlm kem, dan peraturan sekolah ini amat le ketat, al maklum la, nak masuk sekolah kena lalu depan pos pengawal.... =D Dan jumaat keesokkan harinya diistihar cuti utk SMKDTHO....Yahooooooo...

Iqa dan best frennya.
Naik bas pg KFC Melawati.
Aliff Danny & Atta

Rombongan Cik Kiah ke KFC Melawati utk jamuan akhir tahun pengawas.


Minggu ni juga, minggu demam dan selesema. Adam demam dan selesema dan berjangkit pulak dgn Aliff Danny ku yg macho tu pulak.Sila tgk gambar org demam kat bawah ni sebagai bukti.



Adam yg demam tp x serupa org demam, asyik memunggah jer.

Minggu ni jugak la berlangsungnya anugerah cemerlang bg sekolah anak2 aku Izzan dan Izzati dan yg x boleh blahnya sekolah agama dan kebangsaan buat pada hari yg sama. Izzan yg pada mulanya ambil bahagian dlm persembahan choral speaking terpaksa menarik diri sbb dia masuk nasyid dan terima hadiah utk tmpt ke 2 dlm peperiksaan di sekolah agama, padahal dah berlatih bagai nak rak. Izzati pulak dpt tmpt ke 2 dlm peperiksaan akhir tahun di sekolah kebangsaan. Utk mengatasi masaalah ni aku temankan Izzati kat sekolah kebangsaan, manakala Pak Incik aku ke sekolah agama utk temankan Izzan, dan Pak Incik boleh le tlg memasak kat surau tu sambil tgk anak aku ambil hadiah.



izzan dan kumpulan nasyid serta ustaznya.


Tgh beratur utk ambil hadiah.

 Gembira betul bila dah dapat.



No comments:

Autolink