Friday, October 15, 2010

Petua org dulu-dulu.

 Limau Nipis Pictures, Images and Photos

Untuk korang yg ada banyak masa lapang meh la baca petua-petua orang lama yg aku ambil dr Cari Forum ni. Berkesan atau tidak aku tak dpt la nak menjawabnya, tp sebagai alternatif apa salahnya kan??? Jom baca kat bawah ni.....

1- Untuk mengelakkan nasik menjadi mentah atau hangit semasa memasaknya, tambah air dan letak daun pisang diatasnya.

2-Untuk melepaskan tangan yg digigit kura-kura, sila pukul tin kosong dan kura-kura itu akan melepaskan tangan anda.

3- Untuk mengurangkan sakit gigi, anda digalakkan berkumur dgn air garam.

4-Mata anak yg baru lahir berair- gunakan susu ibu dan sapukan dgn menggunakan bulu kucing.

5-Untuk menghilangkan demam benguk(bengkak kat leher), sapu dgn nila yg telah dilembapkan dgn cuka.

6-Hilangkan pening kepala, minum nescafe kemudian picit batang hidung yg diantara 2 mata tu.

7-Untuk menghilangkan jerawat yg baru nak tumbuh, ambil duri pokok kekabu, asahkan pd lesung batu dn sapu pd jerawat.

8-Untuk melambatkan tumbuh uban di kepala, bila dah cuci tangan selepas makan, jgn lap tangan tu, tp terus sapu kat rambut sambil selawat. Yg ni anak2 dara atau yg org yg belum tumbuh uban boleh amalkan, tp kalau rambut tu dah putih penuh kepala, maka anda tlh terlambat...ha..ha..ha.

9-Untuk haluskan kulit biar jadi mulus dan gebu, sila ambil pucuk jambu batu, lepastu gosok ktat tangan dan campur dgn bedak sejuk, kemudian pakai, insyaallah.

10-Untuk yg mengalami kencing kotor, anda di nasihat minum air barli, sesuai utk ibu mengandung yg selalu dpt kencing kotor semasa mengandung.

11- Untuk mengelakkan bibir menjadi kering, letak madu lebah di atas bibir.

12-Untuk hilangkan ketuat, ambil getah betik dan sapukan pd ketuat tu.

13-Untuk hilangkan tompok kuah yg terkene pd baju, sebelum basuh baju, lumur baju yg terkena kuah tadi tu  dgn bedak, biar seketika baru la di basuh.

14-Untuk lebatkan rambut, ambil daun bunga raya, ramas dlm air sampai keluar lendir, lepas tu lumur pd rambut, biar seketika, lepas tu baru di cuci, rambut anda akan lebat seperti rambut syarifah aini.

15-Utk hilangkan parut, ambil kulit kayu manis lepas tu asahkan pd lesung, kemudian sapu pd parut td. Satu lg petua kalau parut masih baru ambil kulit pisang lepas tu tonyohkan kat parut, insyaallah.

16-Utk tegangkan kulit muka, ambil putih telur dan lumur kat muka, biar 15 minit lepas tu cuci dgn air suam, bukan air panas tau...

17-Utk hilangkan sedu baby, ambil sedikit cebisan tisu, letak kat dahi baby, biar sampai kering, utk org tua pulak minum air sambil tutup hidung atau picit belakang telinga.

18-Untuk menghilangkan hapak dlm peti sejuk, ambil arang dan letak kat dlm, biar jer arang tu kat situ,dan korang jgn lak memandai letak arang yg berbara, punah es box korang, jgn salahkan aku tau.....

19-Utk halau lipas dlm almari korang, letak daun pandan bebanyak kat dlm almari tu.

20-Untuk yg nak masuk rumah baru, kalau boleh bg lelaki yg dah berkeluarga dan ada anak2 yg kecil, sila la test tido kat dlm rumah tu dlm semalam dua, kot la ada ganguan, kalo ok, sebelum pindah tu azan la kat 4 penjuru rumah, lepas tu baca yassin kat dlm rumah tu.

21-Untuk hilangkan bisa gigitan lebah, lepas kene tu terus sapu dgn baang merah, tp lg baik kalau terus pg klinik....muah..ha..ha

22-Untuk menghilangkan seram sejuk semasa demam, minum air susu suam yg dicampur dgn sedikit kunyit.


Semua petua tu aku cilok kat cari forum,korang cuba lah yer, tp SEBARANG MASAALAH YG TIMBUL SELEPAS KORANG PAKAI/GUNA PETUA TU,KORANG JGN SALAHKAN PULAK TAU...RISIKO TANGGUNG SENDIRIK...Hippie 1

4 comments:

mamawana said...

Salam..

Tq for sharing the info. Bagus petua tu..

Cik Su said...

banyak gila petua...tak leh nak wat..duk asrama lor..huhu...tapi berguna sangat la..safe my money dari bila ubat yang mahal2 tu kan

orang muo said...

bagus petua ni..warisan tok nenek moyang bangsa..perlu dipertahankan dan disimpan supaya x hilang ditelan zaman

gdoupt_monster71 said...

entri yg bagus

Autolink