Wednesday, October 27, 2010

Mood buat muffin :)



Entah dari mana angin yang bertiup hari ni, tiba2 ada mood nak buat muffin. Cari resepi kat My Resepi tadi, jumpa la satu resepi yg sempoi habis, maka berpoyo-poyo la aku dan Adam membuat muffin yg lazat ni. Nak gambar sebagai bukti? Maaf x de gambar yg aku ambik sbb malas nak bukak almari.

Ni resepi yg aku ambil kat My Resepi tadi:

Muffin coklat

Muffincoklat
Resepi yg simple. tak payah pukul sehingga kembang. Cuma gaul sehingga sebati

Created on : 23-10-2006


 
35Share


Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 200g coklat masakan
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Cara1
     Antara bahan-bahan yang diperlukan
  2. Cara2
     Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
  3. Cara3
     Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  4. Cara4
     Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  5. Cara5
     Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  6. Cara7
     Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  7. Cara8
     Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  8. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.




Jom buat muffinnnnn!!!!!!

1 comment:

ummiross said...

Eee Ummiross nak cuba lah resepi ni,senang dan nampak sedap

Autolink