Saturday, October 23, 2010

Kenangan masa lampau.




Tadi masa belek2 gambar kat fesbuk ternampak la satu gambar kami adik beradik dgn arwah bapak dan jugak arwah mak tiri aku. Tersenyum aku sensorang, dah lama dah tak ambil gambar semua adik beradik. Masa ni aku preggy anak sulung aku Atiqa.Dan kalau x silap gambar ni di ambil masa selepas selesai urusan pengebumian arwah mak sedara aku. Oh ya...gambar ni di ambil kat rumah aku, bukan rumah org meninggal yer...

Dulu kalau berkumpul adik beradik memang seronok sngt, ye la...semua masa tu anak tgh x ramai, dan masih kecil lagi jadi peluang utk bersembang tu memang banyak, terutama waktu malam selepas makan. Selalunya arwah makcik(mak tiri aku) akan buat kopi pekat kaw2 dan hidang dgn biskut tawar. Topik paling best ialah ''cerita hantu''....walau di ulang 100 kali tetap jugak nak dengar, dan seperti biasa yg jadik tukang cerita ialah arwah bapak aku...

Kekadang arwah tu bukan nak cerita sngt pun, tp sbb kami ni suka sngt desak dan pujuk, mmg akan keluar jugak la cerita tu. Dan seperti selalu, kakak sulung aku Yong Yah la yg paling penakut siap tutup telinga lagi, tp selalunya dia dengar jugak, sbb dah x ada tmpt lain utk tidur, nak tak nak kena tadah telinga jugak laa.....kesian yong aku tu..

Cerita paling femes pasal kg bunian kat belakang rumah aku tu, pas tu kg bunian yg satu lg kat hujung kampung selepas rumah pakcik aku, kat situ memang angker.......dan akan di ulang jugak lah kisah abang2 aku ambik pucuk pokok kabung kat hutan tu. Dulu2 arwah bapak aku buat gula melaka, dan pucuk kabung tu di jemur sampai kering dan di gunakan utk membalut gula tu...sangat susah utk membalut gula tu dgn daun kabung tu...hazab okehhh......

Kebetulan salah sorang kakak aku ni perawat, jadik mmg banyak la cerita yg dia akan kongsi bersama kami,hal2 mistik. Tak kurang jugak la kisah2 masa kami tgh kecik dulu. Aku yg bongsu ni diam je la part tu , sbb aku kecik lg dan bnyk yg aku tak ingat, masa ni la kalau laki atau bini memasing nak tau tau hal pasangan memasing akan pasang telinga dan buat modal kalau bergaduh...ha..ha..ha. Kisah susah masa dulu, kisah carik kambing hilang kat hutan, kisah berbendang kat darat, kisah tuba ikan pun boleh masuk.

Tp sekarang amat berbeza dr dahulu, waktu untuk berkumpul semua adik beradik selalunya amat terbatas. Kalau dulu semua anak2 saudara aku masih kecil, tp skg  semuanya dah besar, ada yg dah kawin dan punya keluarga sendiri. Kakak2 aku pun dah ada cucu, cuma aku jer la yg anak masih kecil, mana ada masa lg berkumpul dgn adik beradik, semua pakat kumpul dgn anak beranak dan cucu memasing. Nak pulak orang tua dah tak ada, aku rasa ikatan tu macam makin renggang dari hari ke sehari. Kalau nak berkumpul pun,tunggu la kot ada sapa2 nak kawin,kalau tak tu...mmg tak de la. Kadang2 aku rasa rindu utk berkumpul semula dgn adik beradik, rindu utk bergaduh macam zaman kecik2 dulu, rindu nak mandi sungai, rindu dgn kebun jagung makcik jiran sebelah rumah aku tu, rindu dgn kawan zaman kecil aku dan rindu jugak dgn hobi merembat buah koko jiran sekampung.

Korang rasa rindu tak dgn kenangan masa silam?????? Meh la join aku ni, rindu merindu kenangan masa lampau....sob...sob...sob :(









3 comments:

kakngah said...

mak & pak mentua aku dah xde. so, kalau berkumpul adk beradik ipar duai, tukang cerita akk ipar yg sulong la. ulang beribu kali kisah diorg masa kecik2 dulu.. tetap tak jemu...

Cik Ina Do Do Cheng said...

Bila geledah dan tengok gambar lalu, mulah kita akan mengingat kenangan lampau bersama orang yang dalam gambar tu. itu aktiviti akak masa lapang, geledah album lama.

Kak Mahh said...

Kenangan silam lah membuat kita rindu pd seseorang,kenangan silam juga memberi kekuatan pada diri kita.

Autolink