Monday, October 4, 2010

Adam ku sayang.

 Gamba masa raya .

Adam kecil aku skg ni dah makin lasak dan nakal. Ari tu dtg la member yg ada anak sebaya Adam, beza umur cuma 1 minggu jer, tp anak dia dah pandai cakap sikit2......dah boleh mengadu kat ibu dia kalo kene buli dgn kakak dia ni. Tp Adam aku ni hanya tau sebut ''ayah'' dan ''peace'' jer.....geram tau......sebut ''ibu'' pun x pandai lg....sngt jeles dgn encik hubby, sbb bila dia balik dr kerja jer mesti Adam akan sebut ''ayah'' berulang2 kali, samapi encik hubby aku x larat nak menyahut.

Skg ni ada hobi baru yg dia dpt...angkat tin cat atau botol minyak masak yg 5 kilo tu, ke hulu ke hilir. Letak la kat mana pun dia akan dpt cari. Yg aku x tahan ada satu hari tu, dia angkat botol minyak sampai tertumpah kat dapur, nasib baik minyak kat dalam tu tinggal sikit jer. Tahu rasa bersalah, dia pg bukak almari baju dan ambik kain batik aku buat lap minyak yg tumpah tu....hadoiiiyaaaaa....pening kepala aku, bukan sehelai tau... 3 helaiiii, jenuh aku mencuci kain batik aku tu.....nak marah pun tak sampai hati...

tgk la muka x bersalah dia tu..

Tapi nampak jelas yg dia dah berakal sikit skg ni. Kalau dulu, bila nak sembahyang aku kene tunggu abg chik balik dr sekolah baru boleh sembahyang zohor, sbb dia selalu akan ajuk aku sembahyang, kalo dia duduk kat tepi x pe la, yg x tahan tu....sembahyang siap mengadap aku tu......siap kiss atau peluk aku bila aku tgh duduk antara 2 sujud tu. Tp skg bila aku sembahyang dia akan tutup pintu dan duduk kat atas kerusi sambil layan tv, tp bila ada org kat rumah la, bila x de org dia akan duduk diam kat tepi aku jer sambil baring atas katil. 

Harap Adam akan kurangkan nakal dia selepas ni....sbb kenkadang aku dah tak larat nak kemas rumah yg di sepahkannye, kutip cawan dan mangkuk plastik yg dia pi tabur keliling rumah aku ni. Selak jer la bawah katil aku tu..apa yg tak ada, segala mak nenek ad, dr cawan sampai le spender kakak zatie dia pun bnyk kat situ...Adam....Adam....kurangkan sikit nakal tu yer nak...... Flower

No comments:

Autolink