Sunday, September 5, 2010

Sosilawati pengasas Nouvell Beauty hilang?

Datuk Sosilawati Lawiya,  pengasas produk kecantikkan Novelle Visages, dikatakan keluar selama 30 Ogos peguam, pegawai bank  dan pemandu  beliau atas urusan bisnes ke  Banting, selangor. Tapi selepas 3 hari, Datuk Sosilawati masih tidak pulang ke rumah. Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya dilaporkan oleh anak-anaknya.






5 Sept, 2010

Pengasas syarikat kosmetik terkenal, Nouvelle Beauty Care Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty), Datuk Sosilawati Lawiya dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu. Laporan dibuat keluarganya setelah Sosilawati, 47, tidak pulang ke rumah setelah pergi ke Banting atas urusan perniagaan, bersama tiga lagi yang lain untuk menemui seorang peguam.


Bekas isteri penyanyi kumpulan rock Lefhanded, Nash atau Nasharudin Elias dilaporkan hilang bersama pemandu dan peguam peribadi serta seorang pegawai sebuah bank. Sejak itu, mereka gagal dihubungi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammed Sabtu Osman mengesahkan laporan terbabit.

Seorang anak Sosilawati membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi Khamis lalu.Polis setakat ini mengklasifikasikan kes  sebagai orang hilang kerana setakat ini tiada mana-mana pihak menghubungi keluarga mangsa meminta wang tebusan. Mereka dikatakan menaiki dua kereta termasuk sebuah Mercedes Benz milik Sosilawati. Usaha menjejaki mereka sehingga kini tidak berhasil. Polis  juga sedang menyiasat dakwaan bahawa mangsa hilang bersama sejumlah wang.

Menurut Mohammed Sabtu, polis amat memerlukan kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat bagi membantu mengesan mangsa. Sosilawati mengusahakan rangkaian produk kecantikan Nouvelles Visages (NV) mempunyai enam anak melalui perkahwinan pertamanya. Berkahwin dengan Nash pada 16 November 2006 sebelum bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009. Sosilawati kemudiannya memfailkan tuntutan agar wang pemberian sebanyak RM1.38 juta dikembalikan kepadanya manakala dua pertiga daripada keuntungan, bonus dan dividen daripada saham-saham turut diberikan kepadanya. Setelah bercerai , dia sekali lagi berkahwin namun identiti suami terbarunya dirahsiakan sehingga kini dan pasangan terbabit pernah menimbulkan kontroversi apabila ditangkap berkhalwat gara-gara bernikah di negara jiran.
Source: http://mysuperkids.net/



Minta2 x de la ape2 berlaku kat dia......kesian dah dekat nak raya ni...

2 comments:

Saliha said...

entah-ntah ade konspirasi...kene bunuh ke..mintak dijauhkan sebenanrnyer...tapi...susah nak ckp kn

Normi Ali said...

tu la...dah seminggu hilang...4 org pulak tu yg hilang serentak, takut terbabas masuk gaung ke? mintak2 x de ape2 la yg berlaku...

Autolink