Wednesday, September 22, 2010

Bunuh Syafiah: Fazli dihukum mati

SHAH ALAM – Seorang pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun, Syafiah Humaira Sahari, Februari lepas.
Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mohd. Fazli Azri, 28, didakwa membunuh Syafiah Humaira yang merupakan anak teman wanitanya di padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang kali pada 6.30 petang 25 Februari lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mohd. Fazli Azri, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, didakwa membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa.
Sepanjang perbicaraan yang bermula 7 Jun lepas, mahkamah telah mendengar keterangan daripada 33 orang saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan. – Bernama


Memang patut pun di hukum gantung, tp yg x puas hati tu, camana mak arwah syafiah ni tak terima apa2 hukuman? 

3 comments:

Cipina said...

patutnya ngn maknya skali kena hukum. dh la bersekudukan. ish.

SURIA AMANDA said...

Allah balas cash aje...moga roh arwah aman tenteram selepas si pendajal dapat hukuman setimpal

~cik tiram~ said...

memang patot pun kene hukum mati...haa...:)

Autolink