Friday, July 23, 2010

Mee kerang Cik Omie.

 ni la rupa mee kerang saya

Salam semua....aku tau ramai yg x pernah jumpa mee kerang ni. Aku belajar buat mee ni dgn jiran aku, dia asal dr Pangkor dan mmg terer bab masak-memasak ni. Nak buat dia simple saja, meh aku ajar korang semua...

Bahan2 utk kuah:

ikan sardin dlm tin (besar) hancurkan dan taruh hanya separuh saja sos dia.
bawang besar 1 biji (tumbuk)
cili kisar (ikut suka, klu nak pedas taruh le bebanyak)
daun kesum
asam keping.


bahan2 utk tabur atas mee:

mee kuning 1 peket
timun di potong
daun salad dipotong
fish cake dipotong
kerang yg dah direbus dan di kopek
telur rebus

cara2 nak buat:

1: tumis bawang besar sampai naik bau, masukkan cili kisar dan biar sampai cili tu masak.

2: bila cili dah masak, masukkan ikan sardin yg tlh dihancurkan, gaul sebentar dan masukkan air.

3: masukkan daun kesum dan asam keping, biar mendidih seketika, rasa garam dan tutup api.

4: celur mee dan fish cake.

5: masukkan mee dlm mangkuk dan letak timun, salad, fish cake, telur dan kerang. masukkan kuah dan boleh le di makan.....senang jer kan??

2 comments:

sweetsal said...

omakaish..sedapnye mee kerang..terasa lapar pulak ni..

Dayung Serian said...

tetiba rasa lapar pulak jenjalan malam2 cam ni:)

Autolink