Tuesday, April 27, 2010

Sup Ayam



 Kami anak beranak demam, batuk dan selsema sejak minggu lepas lg. Dah berhari2 x de selera nak makan. Sbb kesian tgk Adam yg lemah dan longlai tu, aku masakkan dia sup ayam utk dia dan utk aku sekali la tu......
ok, nak masak sup ayam ni mudah jer, mari la tgk cara aku masak sup ni ok.

Bahan2nya :-   Ayam 1/2 ekor
                       bawang putih 2 ulas
                       halia
                      bawang kecil 4 ulas
                      sup bunjut
                      kentang 2 biji
                      daun sup/ bawang
                      bawang goreng

Cara2nya:- 1) Cuci ayam dan potong kecil2
                  2) Tumbuk halia, bwg putih dan merah dan campur dlm ayam tadi. Masukkan air dan rebus.
                  3) Masukkan sup bunjut sekali dan biar dia mereneh dlm 1 jam. Masukkan kentag dan masak
                       sampai kentang tu empuk.
                 4) Akhir sekali masukkan garam. Bila nak makan sup ni baru taburkan daun sup/bawang dan juga
                     bawang goreng. Yummy........

Selera betul Adam makan tadi, habis licin 1 mangkuk nasi.Sebab aku malas nak amik keluar camera, maka aku tepekkan gambar sup ayam yg aku gugel td....so..pd yg demam dan x  de selera nak makan tu, cubalah sup ayam ni, cuma klu nak pedas blh la tambah lada hitam sedikit. Aku x blh letak lada hitam sbb nti Adam x nak mkn. Ok selamat mencuba yer........



5 comments:

kak ina mail said...

akak kalau makan sup ayam suka sangat makan ngan sambal belacan ngan nasi panas.sodap

Normi Ali said...

a'ah mmg sodap.......saya pun suka gak :)

sophie said...

Wow,macam menyelerakan!hehehe

RaMa2UnGU said...

yummy!!!..sedapnyee..lama tak mkn sup ayam ni..terliur la puleek...Hehehehhe

Miss Mirror a.k.a Sam said...

nmpk menyelerakan!

Autolink