Tuesday, March 30, 2010

LELAKI & WANITA BERBEZA...LELAKI & WANITA ISTIMEWA...DI SISI ALLAH

 Kredit to Cari Forum

Aku baca ni td, dan rasanya nak share dgn korang semua

1) Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.

2) Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak  perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN??

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan  sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya      terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan  hanya perlu taat kepada suaminya.  Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya  ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN??

       
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi  isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri      lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.  Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.  Begitulah kira-kiranya.


WANITA :
1) Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari  suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya        kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

2) Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.


3) Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.      

4) Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri..

      
5)Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak  ada pada lelaki.



Pernahkah kita lihat sebaliknya??


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak        akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang  wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi  lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
                 
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi  milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan  hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh      makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan  adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini        :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu        Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja
:
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH      akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH  wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

2 comments:

MiD0ri said...

Salam.. entry yang sangat bagus. kadang-kadang perkara macam orang anggap remeh tapi bila dihayati banyak pengajaran nya.

Bagaimana istimewa nya seorang yang bergelar lelaki & wanita disisi Allah S.W.T.

Terima kasih atas entry yang sangat berguna ni.

Anonymous said...

entry yg sangat baik.. sukarnya menjaga maruah seorang wanita tetapi besarnya keistimewaan wanita di sebaliknya :)

Autolink