Friday, December 18, 2009

Kisah seram lagik...

Ghost Hunters Headquarters Pictures, Images and Photos

KISAH ARWAH DATUK MERTUA NGAN ULAR NAGA DI BORNEO

Arwah datuk mertua ilah suka membeli tanah..terutama tanah yang lum diterokai...arwah seorang yang sangat berani..kira leh gi sorang2 masuk hutan gi tengok kebun buah ........pada tahun 1980.arwah datuk mertua..nie bercadang nak beli tanah di barat tanah borneo....jadi dia pun bersama 4 org kawannya gi ke pejabat tanah tuk tanya dan meminta kebenaran nak gi tinjau tanah maner yang leh dibeli.....alhamdullilah ...ada.dan terletak kat barat borneo..jadi  2 pegawai tanah bersama  2 pegawai renjer hutan gi menemani dan menunjukkan jalan bersama arwah datuk dan 4 org kawannya menerokai hutan kat barat borneo...time nie hutan kat borneo banyak lum diterokai..tebal giler


jadi ada 9 org termasuk arwah datuk mertua gi masuk hutan tebal simpanan kat borneo tuk melihat tanak yang ingin dibelinya.....keadaan hutan mase nie..walaupun masih siang tapi gelap sedikit kerana banyak pokok besar yang menghalang chaya matahari masuk....jadi bila dah asar ..dah gelap sedikit...jadi dorang semua membuat keputusan berehat sekejap sebelum sambung  lik perjalanan...

sampailah dorang jumpa tempat yang strategik tuk berehat  iaitu di sebatang kayu yang sangt besar lebarnya sudah tertanam separuh kedalam tanah ...serta berlumut penuh kehijauan....

jadi mereka watlah ungun api ngan kayu2 kat atas batang pokok yang tertanam separuh kat tanah nie.....manakala...mereka sembilan org nie termasuk arwah dok kat batang pokok nie ....kiranya empat org kat sebalh kiri..dan lagi lima org kat sebelah kanan..dan tengah api yang dinyalakan ngan longgokan kayu kat atas batang kayu besar berlumut tu...


pada mulanya tiada apa2 yang berlaku....sehinggalah kayu yang dibuat tuk unggun api tu semakin habis dah api tu mula membakar batang kayu yang berlumut tu..


..pabila api mula membakar di batang kayu besar berlumut tu...tiba2 batang tersebuk bergerak dan meliuk 2..ke kiri dan kekanan...dan terangkat ke atas....dan terus sebahagian badan batang pokok yang berlumut yg tertanam separuh di tanah terkeluar daripada tanah..serta mengeluarkan bunyi mendesis dan hembusan angin kuat

tanpa berlengah lagi mereka melompat terjun daripada batang pokok berkenaan..dan terus lari kearah hadapan..dan tinggalkan semua barang2 kat situ ...dalam kekalutan nie ...salah sorang daripada kawan arwah datuk berlari laju..kearah sebelah kiri dan terus ke depan kerana terlalu panik....

sementara arwah datuk mertua ngan lagi tujuh org yang lain berlari kehadapan terus berlari tak hingat sampai terjatuh2 langgar akar pokok kat utan..sampai lah dorang berhenti berlari kepenatan...dan time nie arwah datuk terus perasan yang salah sorang kawannya hilang ....

tanpa berlengah masa mereka memanggil nama kawan arwah datuk nie..ngan melaungkan nama beliau kuat2 kat dalam hutan....tetapi tiada jawapan....sampailah datuk nak pergi ke tempat yang tadi...sebab takut sesuatu terjadi kat kawan dia yang hilang nie.....tetapi dihalang oleh yang lain sebab time nie keadaan di hutan semakin gelap...setelah dinasihat oleh pegawai renjer hutan..yang pencarian dalam gelap hanya sia2 jer..jadi datuk mencadangkan besok pg dorang patah lik dan mencari kawan yang ilang..tu...

jadi mereka pun gi berpatah lik dan tido di pondok renjer hutan borneo


pada keesokkan harinya..mereka bergerak lik ketempat semalam..tetapi kali ni lebih berhati2..mereka tidak menhampiri tempat batang kayu ijau yang berlumut sebaliknya memerhati dari jauh..terutama bila arwah datuk cakap dia syak batang kayu berlumut tu ialah badan ular...bertapa...

mereka berjalan memerhati sampailah ternampak di depan dorang kawasan yang lapang macam padang bola tidak jauh dari tempat dorang buat unggun api semalam....dari sebelah kiri ke depan dari arah unggun api tu dibuat..dan tul2 arah yang kawan arwah datuk yg ilang  lari semalam

time nie arwah datuk dah rasa lain macam dan suruh yang lain jangan bergerak..dan serentak tu juga  datanglah dua ekor khinzir utan liar melintas di kawasan lapang tu..dan tetiba dorang dengan bunyi berdesis dan hembusan cam nafas serta cam ngauman yang amat kuat 

manakala...dua ekor khinzir tu tiba2 cam disedut...dan abis semua batu2..dan daun pokok serta ranting pokok yang berhampiran terbang dan disedut bersama2 dua ekor khinzir tu...dan time arwah datuk terus nampak ...ya-Alllah ...besar tul .dan cepat2..dikerahnya yang lain kuar dari situ..sementara yang lain tanpa bersuara..terus meninggalkan tempat tu dengan segera...dan sampai ke hari ini kawan arwah datuk tu tidak tahu dimana ...dan dorang anggap kawan yang ilang tu sudah meningggal tetapi tida kubur

..kenkawan nak tahu..apa yang dilihat oleh arwah datuk mertua ilah....hmm dia nampak bende yang menyedut 2 ekor khinzir tu serta mengelurkan ngauman tu ilah kepala ukar yang sangat besar..sangat..semasa ular nie sedut dua ekor khinzir nie...ular nie juz juz bukak mulut..nganga..dan terus di sedut khinzir tu masuk kedalam rongga mulutnya..time nie kata arwah datuk ...taringnya panjang tul..dan matanya sebesar dulang ....sebab tu arwah datuk suruh yg lain cepat2 beredar dari situ...jadi arwah datuk wat kesimpulan yang kawannnya yg ilang tu sudah mati disedut olleh ular tersebut...

tetapi kater datuk pada tahun 1986..kawasan yang dorang pernah nampak ular bertapa tu telah diterokai tuk pembalakan dan peliknya bila datuk gi saner ular terbabit telah tiada ..hmm mungkin dah abis bertapa....dan sudah pergi ke..laut..

..sementara tempat yang ular bertapa tu...ada banyak intan permata...jadi disitu ramai org berduyun gi melombong intan permata nie...tetapi tetiba intan permata nie hilang cam tu..walaupun digali..tidak dijumpai....bila ditanya ngan arwah datuk..arwah datuk hanya berkata sambil tersenyum...' hmm org bunian dah amik baliklah tu..dan alihkan tempat lain'

Credit to ilahkhatibrani@cari forum......thanx ilah yaaaa....


No comments:

Autolink