Saturday, September 19, 2009

Adam gi chek kat sepital...

ari tu aku bawa adam utk follow up kat pead's. temujanji kol 10 pg kat pead's, tp bila sampai kat sana dorang soh aku gi kat main building kat emergency, sbb kat pead's pakar audio ada sblh ptg jer. maka naik la aku shuttle bus ke sana. nak cari audiologist pun aku kena pusing-pusing 2-3 kali baru jumpa. nasib baik aku ni peramah dan x segan silu nak bertanya kat org, klu x, jenuh wehhh....

kat sana aku daftar, dan jumpa pakar audio. maka dia buat le beberapa test, dan suspen bila ujian awal, x de respon dr sblh kiri telinga adam. aku rasa nak nangis jer....kemudian dia suruh aku ikut staff nurse gi klinik kat situ dan makan ubat tidur. seksa nak bg dia makan ubat tu. maka stlh bersusah payah, berjaya gak akhirnye....dan x sampai 10 minit adam pun tidur.

ujian pun dibuat pd adam, dan Alhamdulillah x de sbrg kerosakan pd pendengaran adam. Alhamdulillah dan syukur aku pd Allah



tentu korang tertanye2 nape adam kene buat hearing test ni kan? ceritanye begini....

seminggu slps dilahirkan adam kene kuning, dan sbg mak yg baik, cewah....aku pun anta adam gi klinik buat blood test, masa yg first time tu, keputusan dia 9.8. jd kata doktor tu, below 14 masih under control dan x yah refer ke spital, jd aku kene dedahkan dia kat cahaya terang slalu. bukan jemur direct ke matahari ye kenkawan,salah tu....kat bilik aku pagi2 mmg ada cahaya masuk jd aku pun letak kat bilik aku, dan selepas 2 hari kuning dia makin hilang. dan pd tarikh yg ditetapkan aku pun gi la check. masa tu kuning kat badan dah x de, cuma kat mata jer ada sikit.

bila adam gi amik darah, slalunye budak lab tu anta result terus kat aku, tp dia trus jumpe doktor dan dia angkut aku skali. kat sana dia bg tau aku index darah adam naik mencanak sampai 122, jd doktor suspect machine kat lab mengong dan nak minta izin kat aku amik skali lg. jd aku pun redha jer la.
bila buat skali lg, result dia tetap sama. doktor panggil aku dan ckp aku mesti pg spital skg jugak anta adam dekat pead's, emergency dan jgn miang nak balik umah, mesti straight to hospital.

kat sana adam kene anta kat K8,dan buat blood test skali lg. keputusannye membimbangkan sbb dah naik sampai 200. adam kene jemur kat bwh lampu dan setaip 2 jam kene amik darah. kesian hancur kaki adam kiri kanan dgn jarum. kol 8 mlm doktor pgl aku dan ckp bacaan darah makin naik sampai 350 dan pertimbagkan utk buat transplan darah. dia amik darah aku dan minta aku sain surat kebenaran masa tu gak. tp aku kene minta izin hubby aku dulu gak. slps doktor cakap kat hubby melalui tpon, aku pun sain la surat tu.

yg plg aku x tahan, adam kene puasa start kol 8 tu, korang bayangkan lah, dia punye nangis nak susu.....saat tu aku rasa x berdaya sngt tgk adam menangis,bibir dia kering sngt. dlm kol 2 pg doktor bw adam utk tukar darah.settle semua dlm kol 4 pg. masa tu adam dah tido dan dah boleh minum susu kol 8 pg setelah pakar kanak2 dtg wat lawatan pg. walaupun ada jangkitan darah, tp alhamdulillah semua settle akhirnye.

adam kene buat follow up sampai umur dia 6 tahun, sbb kadang2 effect dia dtg lambat, dan doktor akan sentiasa monitor perkembangan dia. so, pd kenkorang yg ada baby tu, klu anak kene kuning, jgn MALAS pg jumpa doktor, please lah yer...aku bernasib baik sbb masa tu adam hampir kene sawan, klu la aku ikutkan malas aku pd ari tu utk jumpa doktor, aku x blh bayangkan kekesalan yg akan aku pikul sampai akhir hayat aku.........terima kasih la pd jururawat masyarakat yg tpon aku,soh aku dtg buat blood test ari tu...terima kasih sbb selalu membebel kat aku......staff KKIA AU2, you are the best........

No comments:

Autolink