Salam petang selasa untuk semua kenkawan. First, jgn ditanya kenapa saya dah lama tak update blog( ada org yg nak tanya ke?). Bukan senang jadik emak kpd 6 orang anak, lebih2 lg musim cuti sekolah ni, 24 jam sehari mengemas, memasak, mencuci dan bermuka buku...ece..ce..ce... muka tu mmg tugas harian iolls hokey!!! itu antara yg wajib dilakukan.
Baru2 ni, anak jiran saya kawin, kebetulan pulak bakal menantu dia tu pangkat cucu sedara saya.
Macamana saya tau??? haaa...ni yg nak cerita ni, masa rombongan dr pihak lelaki dtg masa bertunang tu, kebetulan masa makan tu, ruang kat beranda dan rumah jiran tu dah tak muat, jadik sebagai jiran yg baik dan super gojes saya mempelawa lah mereka masuk, sementelah ada org tua pulak tu kan, takkan nak biar atuk tu makan bertenggek atas tangga. Masa pakcik tu makan dia tanya lah saya asal mana.
Atuk: Kamu ni orang mane?? memang asal sini ke(kl)?
Aku: ijak...saya orang perak.
Atuk: Hoh....perak tang mane?
Aku: Kampung Gajah tok.
Atuk: Hoh....ate Kg Gajah tang mane?
Aku: Teluk Sareh tok.
Atuk: (masa ni, atuk tu terus berenti makan sbb xcited) Teluk Sareh tang mane?? anak sape kome ni??
Aku: kat Tanjung, anak Ali tokcang yg buat gule melake tu.atuk kenal ke apak keme?
Atuk: ape pulak tak kenai...apak kamu tu pangkat bapak sedare keme, kamu ni pupu le dgn aku,
itu le ropenye yek, kecik beno dunia tu, pg mane2 pun jumpe juge dgn sedare
Itu le ropenye dialog keme kami hari tu, rupanya bakal menantu jiran saya tu cucu sedara saya le, dan dgn tak malunya bakal menantu jiran saya tu panggil saya opah. okey, dah habis pasal soreh menyoreh ni ekk...mari cerita pasal majlis kawin dorang pulak ni.
Majlis akad nikah berlangsung pd ptg sabtu di Masjid Muaz di Setiawangsa, selepas asar, manakala mempelai diraikan di Dewan Melati kat Keramat Wangsa. Ramai juga tetamu yg hadir walaupun hanya majlis kecil-kecilan sahaja.Tema pengantin ialah kaler hijau pucuk kelapa sawit pisang.
sebelum bernikah.
pengantin dlm persalinan hijau.
Selamat pengantin baru buat Hawa dan Faiz, moga jodoh berkekalan hingga kehujung nyawa.